PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini dalam fasa akhir perbincangan dengan pembekal perkhidmatan jalur lebar bagi membolehkan harga borong Internet ditawarkan pada kadar lebih murah, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Fahmi berkata beliau telah meminta agar perbincangan itu diselesaikan pada minggu hadapan bagi membolehkan proses selanjutnya iaitu pemeteraian perjanjian persefahaman (MoU) antara Kementerian Komunikasi Digital (KKD) dan pembekal perkhidmatan jalur lebar.
Beliau berkata proses rundingan mengambil masa kerana melibatkan pelbagai pihak namun hasilnya kelak, harga Internet akan berkurangan dengan agak signifikan.
"Sesi rundingan telah diadakan, saya percaya hampir capai kata putus. Insya-Allah saya jangka menjelang minggu depan akan dimuktamadkan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan KKD di sini hari ini.
Pada 7 Ogos lepas, Fahmi dilaporkan berkata semua penyedia perkhidmatan Internet jalur lebar telah diarahkan untuk mengurangkan harga Internet bermula September selaras dengan pelaksanaan Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP), yang menyaksikan harga borong Internet dikurangkan dan menjadi lebih murah.
Fahmi berkata pengurangan harga Internet itu juga bertujuan mengurangkan kadar inflasi dalam sektor telekomunikasi negara yang kini telah mereda daripada 0 peratus kepada -3.7 peratus pada Julai lepas.
"Dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan, kita berjaya turunkan kadar inflasi sektor komunikasi, ini bermaksud kita memang akan tawarkan Internet pada harga murah," katanya.
Pada 25 Ogos lepas, Fahmi dilaporkan berkata KKD akan melaksanakan pelbagai inisiatif bagi mengurangkan beban kewangan rakyat dalam sektor komunikasi selaras dengan perkembangan positif kadar inflasi tersebut.
Ketika berucap pada perhimpunan bulanan itu, Fahmi berkata KKD akan menjadi hos bagi Forum Pembangunan Telekomunikasi/Teknologi Maklumat dan Komunikasi Asia-Pasifik (ADF2023) yang akan diadakan di ibu negara pada 9 dan 10 Okt ini.
"Saya lihat ini sebagai suatu peluang bagi negara untuk menonjolkan beberapa kemajuan (dalam sektor telekomunikasi). Kita perlu ambil peluang ini untuk tonjolkan beberapa strategi yang kita laksanakan termasuk berjaya melaksanakan 5G dan mengurangkan kadar inflasi sektor komunikasi," katanya.
Penganjuran ADF2023 di Malaysia merupakan sebahagian komitmen negara selaku Ahli Majlis Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) selepas dipilih menduduki kerusi tersebut untuk penggal 2023-2026 pada Persidangan Plenipotentiary ITU 2022 (ITU PP22) di Bucharest, Romania pada 3 Okt 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 21 2023

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bagi Sept 2023 anjuran Sektor Telekomunikasi dan Ekonomi Digital di kementeriannya hari ini. - Foto Bernama
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Internet murah: MCMC dalam fasa akhir bincang dengan pembekal perkhidmatan - Fahmi
MCMC dalam fasa akhir perbincangan dengan pembekal perkhidmatan jalur lebar bagi membolehkan harga borong Internet ditawarkan lebih murah.

Turunkan harga internet: Gobind akan bincang dengan syarikat telekomunikasi
Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan mengadakan pertemuan dengan syarikat telekomunikasi dalam tempoh dua minggu akan datang bagi membincangkan pengurangan harga internet.