Seorang inspektor polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan meminta rasuah berjumlah RM15,500 daripada seorang wanita sebagai dorongan untuk mengurangkan lima pertuduhan teman lelakinya, tahun lepas.
M. Krishnan, 33, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Rozilah Salleh.
Bagi pertuduhan pertama, Krishnan yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan didakwa meminta suapan wang tunai berjumlah RM8,500 daripada Lim Bee Sin, 21, sebagai dorongan mengurangkan lima pertuduhan membabitkan teman lelaki wanita itu, Koay Khoon You, 23, iaitu suspek di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Krishnan didakwa melakukan kesalahan itu di IPD Klang Selatan kira-kira pukul 8.30 malam pada 13 Jan 2016.
Dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.
Bagi pertuduhan kedua, Krishnan didakwa memperoleh suapan wang tunai berjumlah RM7,000 daripada Lim bagi tujuan sama di IPD Klang Selatan, kira-kira pukul 5.15 petang, 14 Jan 2016.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.
Jika sabit kesalahan bagi kedua-dua pertuduhan, Krishnan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi.
Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Hazirah Azeman memohon mahkamah mengenakan jaminan RM30,000 bagi kedua-dua pertuduhan.
Bagaimanapun, peguam tertuduh, Datuk Geethan Ram Vincent memohon supaya mahkamah mengurangkan jumlah jaminan itu kerana terlalu tinggi malah anak guamnya memberikan kerjasama yang baik serta hadir di mahkamah untuk prosiding.
Hakim Rozilah membenarkan Krishnan diikat jamin RM24,000 bagi kedua-dua kesalahan dengan seorang penjamin dan perlu melaporkan diri di IPD Klang Selatan setiap hujung bulan selain menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Beliau turut menetapkan sebutan semula kes pada 3 April.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 08 2017
![Inspektor polis didakwa terima rasuah RM15,500 daripada seorang wanita Inspektor polis didakwa terima rasuah RM15,500 daripada seorang wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/71463672203_CourtGavel.jpg)
Jika sabit kesalahan bagi kedua-dua pertuduhan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi. - Gambar hiasan
![PRK Sungai Bakap: Tarik pengundi atas pagar jika mahu PH menang - Rafizi PRK Sungai Bakap: Tarik pengundi atas pagar jika mahu PH menang - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716190780_RafiziRamli.jpg)
PRK Sungai Bakap: Tarik pengundi atas pagar jika mahu PH menang - Rafizi
Undi kumpulan atas pagar akan menjadi penentu kepada kemenangan calon bertanding dan boleh menyebabkan perubahan kerajaan, kata Rafizi.
![EURO 2024: Pertemuan Sepanyol-Jerman ibarat aksi final, kata De la Fuente EURO 2024: Pertemuan Sepanyol-Jerman ibarat aksi final, kata De la Fuente](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720153549_Euro.jpg)
EURO 2024: Pertemuan Sepanyol-Jerman ibarat aksi final, kata De la Fuente
Kedua-dua pasukan disifatkan sebagai gergasi bola sepak Eropah oleh De la Fuente, dalam perhitungan di Stuttgart Arena, tengah malam ini.
Akta Audit: Pemisahan kuasa, tingkat kecekapan tadbir urus
Menurut Pengarah Penyelidikan Kanan, IDEAS, Sri Murniati Yusuf, audit berperanan dalam menjalankan pemeriksaaan terhadap kewangan organisasi atau syarikat dan tidak memikul tanggungjawab untuk mendakwa kesalahan kewangan.
20 subkontraktor DASH tuntut tunggakan RM100 juta Prolintas
Lebih 20 subkontraktor yang terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) menuntut rundingan penyelesaian bagi mengutip bayaran tertunggak berjumlah RM100 juta yang terhutang kepada mereka secara kolektif daripada Prolintas.
![Bekas Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono buat persembahan di Pestapora 2024 Bekas Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono buat persembahan di Pestapora 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720152748_tbpestapora.jpg)
Bekas Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono buat persembahan di Pestapora 2024
SBY pernah memasarkan album dengan 10 lagu yang bertema cinta dan religi berjudul Rinduku Padamu.
![Lelaki ditahan bawa daging korban dari Bangladesh untuk saudara di Kelantan Lelaki ditahan bawa daging korban dari Bangladesh untuk saudara di Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720151129_tbDagingkorban.jpg)
Lelaki ditahan bawa daging korban dari Bangladesh untuk saudara di Kelantan
Maqis Kelantan menggagalkan cubaan membawa masuk daging lembu korban dari Bangladesh melalui pintu masuk Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di sini, minggu lepas.
![Miss Universe Malaysia 2024 tidak dibuka kepada peserta beragama Islam Miss Universe Malaysia 2024 tidak dibuka kepada peserta beragama Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720152586_missuniversemalays.jpg)
Miss Universe Malaysia 2024 tidak dibuka kepada peserta beragama Islam
Eleen berkata, pihaknya ingin menyebarkan positiviti dan mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan sebarang komplikasi.
![Jam atom paling tepat dibina, hanya ralat 1 saat setiap 30 bilion tahun Jam atom paling tepat dibina, hanya ralat 1 saat setiap 30 bilion tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720151805_tbJamatom.jpg)
Jam atom paling tepat dibina, hanya ralat 1 saat setiap 30 bilion tahun
Ini adalah kejituan lebih tinggi berbanding ralat 1 saat setiap 300 juta tahun pada jam atom sebelum ini.
![Lelaki didenda di mahkamah gagal patuhi waktu kerja dibenarkan Lelaki didenda di mahkamah gagal patuhi waktu kerja dibenarkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720151599_courtgavelmahkam.jpg)
Lelaki didenda di mahkamah gagal patuhi waktu kerja dibenarkan
Seorang lelaki didenda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan gagal mematuhi waktu kerja yang dibenarkan terhadap seorang remaja lelaki berusia 14 tahun.
![Arsenal tebus kontrak David Raya di Brentford Arsenal tebus kontrak David Raya di Brentford](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720151154_tbDavidRaya.jpg)
Arsenal tebus kontrak David Raya di Brentford
Raya menyertai The Gunners menerusi perjanjian pinjaman sepanjang musim tahun lalu dengan nilai pinjaman sebanyak £3 juta.
![Inspektor polis didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja 16 tahun ditahan Inspektor polis didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja 16 tahun ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706696906_TBLOGOPDRM.jpg)
Inspektor polis didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja 16 tahun ditahan
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor ditahan selepas didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berumur 16 tahun.
![Inspektor polis mengaku tidak bersalah terima wang suapan berjumlah RM4,000 Inspektor polis mengaku tidak bersalah terima wang suapan berjumlah RM4,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690187975_CourtGavel.jpg)
Inspektor polis mengaku tidak bersalah terima wang suapan berjumlah RM4,000
Seorang anggota polis berpangkat inspektor mengaku tidak bersalah terhadap lapan pertuduhan menerima suapan berjumlah RM4,000 tiga tahun lepas.
![Inspektor polis antara tujuh ditahan disyaki larikan lelaki Bangladesh Inspektor polis antara tujuh ditahan disyaki larikan lelaki Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695377488_handcuff.jpg)
Inspektor polis antara tujuh ditahan disyaki larikan lelaki Bangladesh
Seorang inspektor polis antara tujuh individu ditahan disyaki terlibat melarikan seorang lelaki warga Bangladesh dari sebuah rumah pada 10 Jan lepas.
![Inspektor polis mengaku tidak salah rogol remaja Inspektor polis mengaku tidak salah rogol remaja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61672897616_tuduhamangseksual.jpg)
Inspektor polis mengaku tidak salah rogol remaja
Tertuduh didakwa merogol remaja perempuan 16 tahun dengan kerelaan mangsa menggunakan kedudukan berkuasa dimilikinya.
![Dakwaan rogol dalam lokap, reman Inspektor polis disambung Dakwaan rogol dalam lokap, reman Inspektor polis disambung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81623479571_pegawaipenyiasatna.jpg)
Dakwaan rogol dalam lokap, reman Inspektor polis disambung
Tahanan reman ke atas seorang pegawai penyiasat narkotik berpangkat Inspektor disambung selama tiga hari bermula hari ini.
![Inspektor polis mengaku tidak bersalah terima rasuah RM1,500 Inspektor polis mengaku tidak bersalah terima rasuah RM1,500](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/61613447405_rasuah.jpg)
Inspektor polis mengaku tidak bersalah terima rasuah RM1,500
Inspektor risikan di Jabatan Siasatan Jenayah IPK Perak itu membuat pengakuan itu selepas tuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim.
![Inspektor polis direman empat hari bantu siasatan kes salah guna jawatan Inspektor polis direman empat hari bantu siasatan kes salah guna jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/81592904669_TBGARI.jpg)
Inspektor polis direman empat hari bantu siasatan kes salah guna jawatan
Suspek didakwa menjatuhkan reputasi seorang lagi pegawai polis berpangkat inspektor dengan tuduhan berkhalwat.
![Arwah sempat ucap selamat hari lahir kepada ibu Arwah sempat ucap selamat hari lahir kepada ibu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/71573697016_TBRBLOCK.jpg)
Arwah sempat ucap selamat hari lahir kepada ibu
Ibunya, Ruziah Jaini berasa terkilan kerana tidak dapat melayan perbualan anak sulungnya itu menerusi panggilan telefon bimbit.
![Inspektor polis mengaku tidak bersalah terima rasuah RM3,000 Inspektor polis mengaku tidak bersalah terima rasuah RM3,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/71511950008_CourtGavel.jpg)
Inspektor polis mengaku tidak bersalah terima rasuah RM3,000
Suapan itu sebagai dorongan bagi meringankan kesalahan seorang individu yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah pada Februari 2016.
![Inspektor polis didakwa terima rasuah RM15,500 daripada seorang wanita Inspektor polis didakwa terima rasuah RM15,500 daripada seorang wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/71463672203_CourtGavel.jpg)
Inspektor polis didakwa terima rasuah RM15,500 daripada seorang wanita
M. Krishnan, 33, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Rozilah Salleh.