SHAH ALAM: Waris keluarga kepada seorang lelaki yang maut dalam insiden pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur 7 Mei lalu, layak menerima faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong berkata hasil semakan oleh Skuad Perkeso Prihatin mengesahkan bahawa Md Rizal Atan, 47, yang meninggal dunia ketika insiden itu merupakan pencarum bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) sejak 1 Jan 1995.
Sim berkata balu Allahyarham iaitu Norpahidah Mat Zaman bakal menerima Faedah Orang Tanggungan (FOT) berjumlah RM3,400 sepanjang hayat.
Manakala empat anaknya masing-masing berumur antara 3 hingga 18 tahun diberikan manfaat FOT sehingga berusia 21 tahun jika belum berkahwin dan boleh dilanjutkan sekiranya menyambung pengajian ke peringkat ijazah pertama.
"Sebagai pencarum, waris keluarganya layak menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah RM2,000 secara sekali bayar oleh Perkeso menerusi Skim Bencana Pekerjaan bawah Akta 4," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sim berkata kesedaran majikan dalam melunaskan tanggungjawab untuk mencarum pekerjanya telah meringankan beban keluarga tersebut bagi melalui episod hitam tersebut menerusi perlindungan jaringan keselamatan sosial pemberian Perkeso menerusi sokongan kewangan.
Dalam kejadian pada Selasa lalu, Md Rizal yang bekerja sebagai pemandu sejak 2018 meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke sebuah hotel untuk menjemput tetamu syarikat majikannya akibat terlibat dalam insiden pokok tumbang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 10 2024

Hasil semakan oleh Skuad Perkeso Prihatin mengesahkan bahawa Md Rizal Atan, 47, yang meninggal dunia ketika insiden itu merupakan pencarum. - Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Pemindahan pokok tidak disaran kerana ia memudaratkan sistem ekologi - Pakar
Tambahnya lagi, pemindahan untuk satu pokok juga bukanlah sesuatu perkara yang murah dan ia sekali gus memerlukan satu teknikaliti yang sangat tinggi.

Mujur Nora Danish selamat...
Mujur pelakon popular, Nora Danish tidak terlibat dalam sebarang kejadian yang tidak diingini selepas berjam-jam terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Tapah - Cameron Highlands pada Selasa

Tren komuter di laluan Pelabuhan Klang-KL Sentral tergendala
Perkhidmatan komuter di laluan Pelabuhan Klang ke KL Sentral tergendala pagi ini, berikutan kejadian pokok tumbang antara Klang-Jalan Kastam, dekat Pelabuhan Klang, pagi tadi.

'Pulau haba' di KL mungkin penyebab hujan air batu - Pakar
Proses pembangunan di KL yang pesat serta perubahan iklim menghasilkan fenomena hujan ribut luar biasa.