Ketua UMNO Bahagian Bagan, Pulau Pinang, Datuk Dr Shaikh Hussein Mydin yang ditahan berikutan insiden pergaduhan dan rusuhan di Plaza Low Yat di sini, hujung minggu lepas, dibebaskan pada Khamis dengan jaminan polis.
Seorang jurucakap polis berkata Shaikh Hussein dibebaskan dengan seorang penjamin pada pukul 4.30 petang selepas ditahan Rabu lepas bagi membantu siasatan di bawah Akta Hasutan 1948.
Jurucakap itu berkata seorang lagi, penulis blog Papagomo yang nama sebenarnya ialah Wan Mohd Azri Wan Deris direman sehingga esok.
Di Mahkamah Sesyen hari ini, Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali 'Ali Tinju,' mengaku tidak bersalah atas dakwaan menyebut perkataan menghasut ketika insiden rusuhan di Plaza Low Yat.
Dia didakwa menyebut lima ayat berbentuk provokasi perkauman di hadapan bangunan plaza berkenaan, Jalan Bulan 1, Off Jalan Bukit Bintang, di sini pada 8.30 malam, Ahad lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta yang sama, membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Dalam pada itu, 24 individu lain yang ditahan sebelum ini, dibebaskan dengan jaminan polis semalam.
Insiden pergaduhan disusuli rusuhan di luar plaza berkenaan tercetus Sabtu lepas, selepas seorang pemuda berusia 22 tahun ditangkap oleh pekerja sebuah kedai menjual alat komunikasi kerana mencuri sebuah telefon bimbit bernilai RM800.
Bernama
Thu Jul 16 2015
![Insiden Low Yat: Ketua UMNO Bagan dibebas dengan jaminan polis Insiden Low Yat: Ketua UMNO Bagan dibebas dengan jaminan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/61436786464_GARISANPOLIS.jpg)
Dr Shaikh Hussein yang ditahan berikutan insiden pergaduhan dan rusuhan di Plaza Low Yat dibebaskan dengan jaminan polis.
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Ali Tinju sama dengan Jamal 'Jamban' - Muhyiddin Ali Tinju sama dengan Jamal 'Jamban' - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/61542004112_TanSriMuhyiddinYa.jpg)
Ali Tinju sama dengan Jamal 'Jamban' - Muhyiddin
Bersatu tidak menerima kemasukan individu seperti Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali dengan nama Ali Tinju yang mempunyai rekod buruk serta sejarah perjuangan yang tidak baik.
![Bersih 5: Gerakan Merah gesa Dr Mahathir disiasat kerana menghasut Bersih 5: Gerakan Merah gesa Dr Mahathir disiasat kerana menghasut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/41479727546_TunMMahathirMoha.jpg)
Bersih 5: Gerakan Merah gesa Dr Mahathir disiasat kerana menghasut
Pertubuhan Pembela Nasib Melayu Malaysia (Gerakan Merah) menggesa siasatan dibuat terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad kerana dipercayai mengeluarkan ucapan berbaur hasutan.
!['Berhimpun boleh, tapi ikutlah akta' - Armand 'Berhimpun boleh, tapi ikutlah akta' - Armand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/71474720916_AliTinju.jpg)
'Berhimpun boleh, tapi ikutlah akta' - Armand
Rakyat perlu patuh kepada Akta Perhimpunan Aman 2012 yang menjamin hak bersuara mengikut saluran sesuai di samping sentiasa memastikan ketenteraman awam tidak terjejas.
![Bersih 5: Polis siasat Maria Chin, Ali Tinju - KPN Bersih 5: Polis siasat Maria Chin, Ali Tinju - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/51441379303_MariaChin.jpg)
Bersih 5: Polis siasat Maria Chin, Ali Tinju - KPN
Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah disiasat polis mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana cubaan untuk melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.
![Ali Tinju dibebas dengan jaminan polis Ali Tinju dibebas dengan jaminan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/41450861182_AliTinju.jpg)
Ali Tinju dibebas dengan jaminan polis
Veteran tentera Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju yang ditahan reman sejak semalam dibebaskan dengan jaminan polis.
![Insiden Kota Raya: Ali Tinju direman dua hari Insiden Kota Raya: Ali Tinju direman dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/71436974930_ALIBAHAROM.jpg)
Insiden Kota Raya: Ali Tinju direman dua hari
Mohd Ali Baharom, yang juga dikenali sebagai Ali Tinju, direman selama dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan polis mengenai kenyataan berbaur hasutan.
![Ali Tinju ditahan polis Ali Tinju ditahan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/71436974930_ALIBAHAROM.jpg)
Ali Tinju ditahan polis
Polis telah menahan Mohd Ali Baharom, 44, atau lebih dikenali Ali Tinju susulan kenyataan yang dibuat di hadapan kompleks beli belah Kota Raya pada Jumaat lalu.
![Rosakkan imej PVATM, Ali Tinju mungkin dikenakan tindakan tatatertib Rosakkan imej PVATM, Ali Tinju mungkin dikenakan tindakan tatatertib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/71436974930_ALIBAHAROM.jpg)
Rosakkan imej PVATM, Ali Tinju mungkin dikenakan tindakan tatatertib
Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tatatertib terhadap Ali Tinju sekiranya terus melakukan perkara yang menjatuhkan imej persatuan itu.
![Melaka tolak cubaan ganggu ketenteraman dan keharmonian negeri - Ketua Menteri Melaka tolak cubaan ganggu ketenteraman dan keharmonian negeri - Ketua Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/61442224587_IDRISHARON.jpg)
Melaka tolak cubaan ganggu ketenteraman dan keharmonian negeri - Ketua Menteri
Melaka yang mempunyai pelbagai latar belakang hidup aman harmoni sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi dan menolak keras gerakan yang mahu menganjurkan kegiatan seperti perhimpunan haram itu.
![Peguam Negara digesa semak semua kes hasutan Peguam Negara digesa semak semua kes hasutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/71436974930_ALIBAHAROM.jpg)
Peguam Negara digesa semak semua kes hasutan
Lawyers for Liberty (LFL) menggesa Peguam Negara untuk segera menyemak semua kes hasutan yang masih belum selesai berikutan keputusannya semalam untuk menggugurkan dakwaan hasutan terhadap Ali Tinju.