GEORGE TOWN: Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kejadian kekecohan ketika upacara pengebumian Allahyarham Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong pada 24 April, seperti yang tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Ab Hamid berkata kertas siasatan kes itu, dihantar ke Bahagian Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri untuk penilaian sebelum tindakan lanjut dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan (Khianat).
"Siasatan kes itu dah selesai dan sehingga semalam kita terima satu laporan polis dari pemandu kereta yang merupakan lelaki tempatan berusia 46 tahun dan lima lagi laporan polis dari orang awam berhubung kejadian tersebut.
"Kita telah serahkan kertas siasatan kes itu kepada Bahagian Perundangan (JSJ Pulau Pinang) dan seterusnya kita tunggu tindakan selanjutnya (sama ada pendakwaan di bawah seksyen berapa)," katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Pulau Pinang di sini, malam tadi.
Majlis sambutan tersebut yang turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan isteri Toh Puan Khadijah Mohd Noor itu, dimeriahkan dengan lebih 1,000 pegawai dan angota polis termasuk Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad dan Timbalannya Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin.
Satu rakaman video tular pada 24 April, memaparkan kereta yang dipandu oleh seorang lelaki dilihat dikerumuni orang ramai, selepas didakwa membunyikan hon hingga berlaku kekecohan ketika upacara pengebumian Muhammad Firdaus berlangsung.
Susulan itu, polis mengesahkan menerima laporan daripada pemandu tersebut yang mendakwa keretanya telah dilanggar oleh motosikal ketika berada di jalan raya berhadapan masjid itu kira-kira 7.45 malam.
Muhammad Firdaus, 44, merupakan antara 10 tentera yang maut dalam tragedi nahas dua helikopter di Pangkalan Tentera Laut TLDM di Lumut, Perak pada 23 April.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 06 2024
RAZLAM: Kita telah serahkan kertas siasatan kes itu kepada Bahagian Perundangan JSJ Pulau Pinang dan seterusnya kita tunggu tindakan selanjutnya. - Gambar fail/BERNAMA
AirTag generasi baharu dijangka diperkenal tahun depan, dengan cip dikemas kini
Apple kini dalam fasa pembangunan AirTag generasi baharu, dan menyasarkan untuk melancarkannya sekitar pertengahan tahun 2025 kelak.
Siri kelak boleh rumus notifikasi pada iPhone - dengan sokongan integrasi AI
Siri juga kelak boleh meringkaskan sesuatu berita, melakukan transkrip untuk memo suara, serta penambahbaikan pada gambar yang dirakam.
Lawatan Tiga Negara: Berjaya jana potensi pelaburan, perdagangan lebih RM2.1 bln - PM Anwar
Kunjungan ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan sekurang-kurangnya berjumlah lebih RM2.1 bilion, ia bakal memanfaatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Radang Paru-Paru: Raja Salman jalani rawatan di Jeddah
Raja Salman akan menjalani program rawatan untuk radang paru-paru di Istana Al Salam di Jeddah, pada Ahad.
PAS kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
PAS mengutuk keras insiden ugutan bunuh melalui surat terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim, pada Sabtu.
THSS: Datin Alyah tarik diri, Putera & Stacy kekal beraksi
Masih kekal ditangga tiga teratas, minggu ini Aepul Roza berjaya merampas kedudukan Ayda Jebat sebagai juara mingguan selepas mendapat markah 90.40 dan berjaya membawa pulang Anugerah The Hardest of The Night serta wang tunai RM2,000.
Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung
Dua orang terbunuh dan lima lagi hilang selepas sebuah bot bermotor kecil bertembung dengan sebuah kapal persiaran di Sungai Danube di utara Budapest lewat Sabtu.
Serpihan komet melalui langit Portugal dan Sepanyol
Rakaman sebuah kamera keselamatan menunjukkan serpihan komet terang melalui langit di bandar Braga Portugal pada malam Sabtu.
Lapan pasangan kembar belajar sekolah sama
Persamaan dimiliki kembar tersebut sering kali mengelirukan guru-guru dan kadangkala mereka tersilap menghukum salah seorang pasangan kembar.
Nahas Helikopter: Cuaca buruk sukarkan operasi SAR Raisi
Persatuan Bulan Sabit Merah Azerbaijan berkongsi rakaman menunjukkan pasukan penyelamat sedang bertungkus-lumus dalam operasi mencari dan menyelamat nahas yang melibatkan presiden Iran Ibrahim Raisi.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah Komander Muhammad Firdaus selamat dikebumi di kampung halaman
Jenazah Allahyarham Muhammad Firdaus disemadi dengan penuh istiadat pengebumian ketenteraan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Nibong Besar.