BANGKOK: Kedutaan Besar Malaysia di sini sedang memudah cara dan membantu sembilan rakyat Malaysia terdiri daripada kru dan penumpang penerbangan SQ321 Singapore Airlines yang cedera selepas pesawat itu mengalami gelora udara dan terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi (BKK), pada petang Selasa.
Duta Besar Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel berkata pegawai konsular telah bertemu dengan kesemua mereka yang cedera daripada dua hospital berasingan di Bangkok dan mereka kini sedang menerima rawatan dan dalam keadaan stabil.
Jojie berkata beliau dimaklumkan seorang kru rakyat Malaysia berusia 32 tahun menerima dua pembedahan di sebuah hospital di sini malam tadi berikutan kecederaan di kepala dan kaki serta kecederaan minor pada spina.
"Setakat pagi tadi, lelaki berusia 32 tahun itu kini berada dalam keadaan stabil selepas pembedahan malam tadi dan pihak kedutaan akan memantau rapi keadaannya dan akan menawarkan bantuan selanjutnya sekiranya diperlukan.
Lapan lagi rakyat Malaysia yang mengalami keretakan tulang rusuk, sakit tengkuk, pening kepala dan kecederaan ringan sekarang ini berada dalam pemantauan di wad biasa di kedua-dua hospital sementara menunggu keputusan perubatan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata menerusi perbincangan dengan doktor-doktor daripada kedua-dua hospital, kesemua mereka mengalami kecederaan fizikal dan dalaman tetapi bukan dalam keadaan kritikal.
Jojie berkata enam warga Malaysia menerima rawatan di Hospital Samitivej Srinakarin serta tiga lagi berada di Hospital Samitivej Sukhumvit dan pihak kedutaan akan terus memantau keadaan mereka.
Pesawat membawa 211 penumpang dan 18 kru itu sedang dalam penerbangan dari London ke Singapura apabila ia mengalami gelora udara yang ekstrem di atas Lembangan Irrawaddy pada ketinggian 11,277.6 meter, kira-kira 10 jam selepas berlepas.
Juruterbang mengisytiharkan kecemasan perubatan dan melencongkan pesawat Boeing 777-300ER ke Bangkok dan mendarat pada pukul 3.45 petang waktu tempatan, pada Selasa.
Seorang penumpang maut dan ramai tercedera dalam insiden itu. Pengarah Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi Kittipong Kittikachorn berkata pada Selasa mangsa yang maut itu adalah seorang lelaki warga British berusia 73 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 22 2024

Seorang kru rakyat Malaysia berusia 32 tahun menerima dua pembedahan di sebuah hospital di Bangkok malam tadi berikutan kecederaan di kepala dan kaki serta kecederaan minor pada spina. - Foto Reuters
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Insiden gelora udara SIA: Sembilan rakyat Malaysia stabil - Duta
Kedutaan Besar Malaysia sedang memudah cara dan membantu sembilan rakyat Malaysia yang cedera ssusulan insiden gelora udara penerbangan SQ321 Singapore Airlines.

Insiden Gelora Udara: SIA beri kerjasama, 143 penumpang dan anak kapal sudah dibawa pulang
Keutamaan SIA adalah untuk memberikan semua bantuan kepada penumpang dan anak kapal syarikat penerbangan tersebut.