JOHOR BAHRU: Dua lelaki disyaki penjenayah terbunuh selepas berbalas tembakan dengan anggota polis di Jalan Abad, dekat sini, petang Jumaat.
Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar mengesahkan menerima satu laporan berhubung kejadian polis berbalas tembakan pada jam 5.04 petang.
Menurut beliau, seorang suspek berusia 42 tahun bersama rakannya mati ditembak ketika berada dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka.
"Kejadian berlaku semasa sepasukan polis dari Bahagian D14, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama Bahagian D9, JSJ Kontinjen Johor mengekori sebuah Toyota Estima berwarna putih di lokasi kejadian dalam keadaan mencurigakan.
"Apabila menyedari telah diekori, suspek bertindak melarikan diri sambil melepaskan beberapa das tembakan ke arah kenderaan polis yang sedang mengekori rapat.
"Tindakan suspek menyebabkan pihak polis turut melepaskan tembakan ke arah MPV dinaiki suspek, kejadian berbalas tembakan berlarutan sehingga keadaan selamat," katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
Kumar berkata, hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua suspek yang berada di dalam Toyota Estima tersebut telah terkena tembakan dan meninggal dunia.
Kata beliau juga, semakan dibuat mendapati suspek berusia 42 tahun mempunyai 38 rekod jenayah dan dadah manakala seorang lagi suspek masih belum dikenal pasti identiti selepas tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai.
"Pemeriksaan lanjut yang dijalankan telah menjumpai dua pucuk pistol di dalam kenderaan dinaiki suspek itu.
"Polis turut menjumpai sepucuk pistol pada badan salah seorang suspek. Turut ditemui pelbagai jenis bahan dipercayai dadah berbahaya di dalam kenderaan tersebut," katanya.
Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat lain berhubung kejadian ini dirayu tampil menyalurkan maklumat ke talian hotline Polis Johor 019-2792095 atau talian bilik gerakan 07-221299," katanya.
Sebelum itu, tular beberapa video memaparkan insiden tembakan itu yang mengejutkan pengguna jalan raya dan penduduk.
Selain itu, terdapat juga video yang menunjukkan anggota polis melencongkan aliran trafik di kawasan Kebun Teh setelah Jalan Abad telah ditutup buat sementara waktu ekoran insiden itu.
Astro Awani
Sat Jun 15 2024

Tangkap layar video tular yang memaparkan kejadian tembakan di Jalan Abad.
Kadar dividen 2024
Kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 2024 yang lebih tinggi iaitu 6.30 peratus bagi kedua-dua jenis simpanan, konvensional dan shariah.
KWSP antara dana persaraan terbesar di dunia - CEO
KWSP berada di ranking ke-13 sebagai dana persaraan terbesar di dunia dan kelima terbesar di Asia setakat September 2024.

Peta haba tunjukkan musim panas Australia semakin panas, berisiko
Musim panas di Australia semakin panas dan lebih berbahaya, dengan lebih banyak pinggir bandar di bandar yang berisiko akibat panas melampau.

PM Anwar seru umat Islam perkukuh ibadah dan takwa di bulan Ramadan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam di Malaysia untuk memperkukuh amal ibadah dan meningkatkan ketakwaan dalam menghayati keberkatan bulan Ramadan.

Dua lelaki melecur dalam kebakaran bengkel di Klang
Dua lelaki melecur dalam kebakaran membabitkan sebuah bengkel kenderaan di Jalan Sungai Puloh 5, Kawasan Perindustrian Sungai Puloh di Kapar, Klang hari ini.
AWANI Borneo [1/3/2025] – Kebakaran | Sambut ramadan di PPS | Majlis berbuka puasa MADANI
#AWANIBorneo bersama Assim Hassan
- 80 rumah setinggan di Likas musnah dalam kebakaran
- Mangsa banjir di Telupid dan Paitan sambut Ramadan di PPS
- Majlis Berbuka Puasa MADANI, PM rancang berbuka puasa bersama rakyat
- 80 rumah setinggan di Likas musnah dalam kebakaran
- Mangsa banjir di Telupid dan Paitan sambut Ramadan di PPS
- Majlis Berbuka Puasa MADANI, PM rancang berbuka puasa bersama rakyat

Tiada peruntukan jelas dakwa aktiviti campur beras - KPKM
Tiada peruntukan undang-undang yang jelas bagi mendakwa aktiviti mencampur beras putih import (BPI) dan beras putih tempatan (BPT).

KKM perluas aktiviti pemantauan jualan makanan di hotel sepanjang Ramadan
Ia bagi memastikan semua pihak terlibat mematuhi piawaian kebersihan dan keselamatan ditetapkan sepanjang bulan Ramadan ini.
250 acara disenarai dalam Kalendar Pelancongan Sarawak 2025
Sarawak menyenaraikan sekurang-kurangnya 250 acara di dalam kalendar pelancongannya bagi tahun 2025 demi mencapai sasaran ketibaan lima juta pengunjung pada tahun ini.
Rina Jainal serah kepada pimpinan GRS tentukan calon di DUN Kukusan
ADUN Kukusan, Datuk Rina Jainal menyerahkan kepada pucuk pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk memilih calon bertanding di kawasan itu pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke17 (PRN17).

Insiden berbalas tembakan di Jalan Abad, dua disyaki penjenayah maut
Semakan mendapati suspek yang berusia 42 tahun mempunyai 38 rekod jenayah dan dadah manakala identiti seorang lagi suspek masih belum dikenal pasti.