GEORGE TOWN: Bayaran insentif kepada pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah sebanyak RM600 bagi tahun ini akan dibuat secara 'one off' (sekali gus).
Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital, Zairil Khir Johari berkata, bayaran akan dilakukan kepada semua pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah yang memenuhi syarat ditetapkan oleh kerajaan negeri.
Menurutnya, permohonan akan dibuka sepanjang tahun dan bayaran pertama akan dilakukan pada Mac ini bergantung kepada jumlah permohonan yang diterima.
"Dua syarat baharu akan berkuat kuasa bagi permohonan mulai tahun 2024 ialah pemohon perlu merupakan pengundi di Pulau Pinang sahaja selaras dengan permohonan program lain di bawah sistem i-Sejahtera.
"Syarat kedua pula, pemohon perlu berdaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) bagi pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah yang bekerja sendiri.
"Senarai penuh syarat-syarat boleh dilayari di laman sesawang i-Sejahtera https://isejahtera.penang.gov.mysyarat.php," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Zairil berkata, Skim SKSPS bagi mereka yang bekerja sendiri adalah wajar diwajibkan kepada semua pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah.
"Perkara ini disyaratkan demi membantu semua pemandu teksi agar sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini, sekurang-kurangnya pemandu teksi mempunyai perlindungan insurans.
"Sebagai maklumat tambahan, mulai tahun ini juga, pencarum hanya perlu membayar 10 peratus sahaja daripada jumlah caruman berikutan 90 peratus lagi telah dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan menerusi Belanjawan 2024," katanya.
Tambah beliau, kerajaan negeri mula menyalurkan sumbangan insentif kepada pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah sejak 2013 yang mana, tahun ini merupakan tahun ke 11 insentif itu dilaksanakan.
"Sejak 2013 hingga tahun lalu, jumlah keseluruhan insentif yang telah disumbangkan kepada pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah berjumlah RM16.56 juta.
"Jumlah kumulatif bantuan kewangan sebanyak RM600 ini adalah berbentuk tunai yang mana pembayaran adalah dilakukan sebanyak dua kali setahun iaitu RM300 pada Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri," katanya.
Tambahnya lagi, ketika negara dilanda pandemik Covid-19 pada 2020, bayaran telah dilakukan secara bayaran terus ke akaun melalui pindahan wang elektronik (EFT).
"Pada tahun 2022, mod bayaran insentif ini telah dinaiktaraf dan ditambah baik dengan menggunakan sistem iSejahtera.
"Permohonan dibuat oleh pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah secara dalam talian sahaja tanpa perlu mengemukakan borang permohonan dan lain-lain dokumen secara fizikal, sebaliknya hanya perlu kemukakan secara dalam talian sahaja," katanya.
Beliau berkata, kerajaan negeri berharap sumbangan insentif tersebut dapat mengurangkan beban yang dihadapi pemandu teksi dan pengusaha bas di Pulau Pinang.
"Kerajaan negeri juga berharap semua pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah di Pulau Pinang dapat terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pengguna," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jan 05 2024

Bayaran insentif kepada pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah sebanyak RM600 bagi tahun ini akan dibuat secara 'one off'. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Zairil) - Foto Sinar Harian
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.

Pemandu nyaris maut teksi terbakar
Kebakaran membabitkan kereta jenis Proton Persona yang musnah 100 peratus.

Fahmi arah telco tawar pelan lebih baik, murah kepada pemandu teksi, e-hailing
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta syarikat telco mencari mekanisme terbaik untuk menyediakan satu pakej internet yang lebih baik serta murah kepada pemandu teksi dan e-hailing.

Penghantar barang didakwa bunuh pemandu teksi
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Mohd Latif Idris, 51 tahun.

Insentif pemandu teksi, pengusaha bas sekolah dibayar 'one off' tahun ini
Bayaran akan dilakukan kepada semua pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah yang memenuhi syarat ditetapkan oleh kerajaan negeri.

Pemuda autistik ditemui selamat oleh pemandu teksi
Pemuda itu ditemukan kira-kira jam 9 malam oleh seorang pemandu teksi sejauh kira-kira 35 kilometer dari dia dilaporkan hilang.

Pemandu teksi Jepun ditahan akibatkan kematian burung merpati
Sistem perundangan Jepun menetapkan hukuman berat bagi penderaan haiwan.

Buruh didakwa bunuh pemandu teksi
Tertuduh didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Mohd Latif Idris.

Pemandu teksi 'jahat' pulang wang tunai lebih RM50,000
Pemandu teksi itu menemui sejumlah wang tunai ditempat duduk belakang dipercayai milik tiga warga Bangladesh.

Suspek kes bunuh pemandu teksi direman
Seorang lelaki direman selama tujuh hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan kes bunuh melibatkan seorang pemandu teksi dalam kejadian berhampiran Klinik Kesihatan Seberang Takir.

Mahkamah Rayuan kekal 10 tahun penjara pemandu teksi seludup warga Indonesia
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman 10 tahun penjara ke atas seorang pemandu teksi yang mengaku bersalah menyeludup 24 imigran warga Indonesia.