KUALA NERUS: Sebanyak 33 produk penyelidikan dan inovasi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berjaya meraih pingat emas pada Minggu Penyelidikan dan Inovasi (MPI) 2022 yang berakhir di sini, semalam.
Lebih membanggakan, produk 'Bunga Kantan Flakes' yang dihasilkan oleh kumpulan penyelidik UniSZA dengan kolaborasi Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian itu dipilih memenangi 'Grand Award', iaitu anugerah tertinggi MPI.
Menurut Ketua projek 'Bunga Kantan Flakes' Dr Nor Asiah Muhamad Nor dari Fakulti Sains Kesihatan UniSZA, beliau serta tiga rakannya mengambil masa lebih lima tahun untuk menyiapkan produk yang mampu mengurangkan paras gula dalam darah itu.
Katanya, idea untuk menghasilkan produk daripada tumbuhan tersebut timbul apabila melihat skop penggunaannya yang terhad kepada masakan selain dijadikan ulam.
"Penggunaan bunga kantan sangat terhad, iaitu dalam masakan seperti asam pedas, laksa asam dan nasi kerabu. Ini amat merugikan kerana ia sebenarnya mempunyai banyak manfaat lain.
"Sebelum dapat menghasilkan produk akhir, banyak uji kaji seperti ujian ketoksikan dan antidiabetik yang kami jalankan dan ia memakan masa bertahun sebelum dapat dibuktikan secara saintifik," katanya ketika ditemui pada MPI 2022 di UniSZA, semalam.
Sebanyak 348 produk penyelidikan dan inovasi daripada pelbagai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta dipertandingkan pada program berkenaan.
Selain mampu mengurangkan paras gula dalam darah, Nor Asiah berkata kajian juga mendapati pengambilan produk itu secara berterusan dan konsisten dapat membantu mengurangkan berat badan.
"Proses penghasilan bermula daripada bunga kantan segar ke bentuk serpihan (flakes) yang melalui pengeringan dalam makmal mengambil masa kira-kira dua minggu untuk siap.
"Produk ini boleh diambil oleh pesakit diabetik atau orang normal sebagai makanan pengalak, bahan dalam masakan atau penyediaan teh serta jus minuman," katanya yang berhasrat bekerjasama dengan mana-mana syarikat berminat untuk mengkomersialkan produk itu.
Selain Nor Asiah, tiga lagi ahli kumpulan itu ialah Dr Liza Noordin dari Pusat Pengajian Sains Perubatan USM; Dr Nor Hidayah Abu Bakar dari Fakulti Perubatan UniSZA dan Prof Madya Wan Amir Nizam Wan Ahmad yang merupakan Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 24 2022
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (tiga, kiri) menyampaikan anugerah 'Grand Award' kepada Nor Asiah, bersama penyelidik dari USM Kubang Kerian pada MPI 2022, di UniSZA, Kuala Nerus, 24 Mei 2022. --fotoBERNAMA
Bukan Rumah Mampu Tengok, PRR bakal dilancar tahun depan - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) pertama akan dilancarkan pada tahun 2025, sempena kepengerusian ASEAN yang akan diterajui oleh Malaysia.
Anggota kesihatan diingat lapor kesan advers ubat - KKM
Anggota kesihatan diingatkan supaya membuat laporan mengenai sebarang kesan advers ubat-ubatan bagi menjamin keselamatan pengguna.
Permaisuri Britain Camilla alami jangkitan di dada, tarik diri daripada acara awam
Permaisuri Camilla telah menarik diri daripada acara awam kerana mengalami jangkitan di dada.
Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
KPKT telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Inovasi Bunga Kantan Flakes raih anugerah tertinggi MPI 2022
Produk Bunga Kantan Flakes yang dihasilkan kumpulan penyelidik UniSZA dengan kolaborasi USM Kubang Kerian itu memenangi Grand Award MPI.