Inovasi dalam sektor awam dan swasta akan terus mempercepatkan produktiviti dan seterusnya meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Shukri berkata perubahan landskap sosial dan ekonomi masa kini membuktikan bahawa memiliki pengetahuan sahaja tidak lagi mencukupi.

"Penyelesaian bagi ketidaktentuan hari ini terletak pada inovasi apabila aplikasi pengetahuan dan kemahiran bergabung untuk menghasilkan penyelesaian dan memperbaiki kehidupan.

"Dan untuk menangani keperluan membangunkan kemahiran inovasi di Malaysia, Sekolah Pemikiran Design (Genovasi) diwujudkan untuk mengajar Pemikiran Reka Bentuk (DT)," kata beliau dalam ucapan beliau semasa lawatan rasmi yang pertama ke Genovasi, di sini pada Isnin.

Sempena lawatan, beliau turut melancarkan Persatuan Design Thinking Malaysia (DTAM), yang ditubuhkan oleh Genovasi Malaysia sebagai platform untuk melindungi dan mewujudkan profesionalisme dalam penggunaan kaedah DT.

Melalui persatuan, pengamal DT mempunyai saluran formal untuk mewujudkan jaringan, bekerjasama dan memajukan penggunaan DT sebagai teras kemahiran penyelesaian masalah inovasi.

Sejak ditubuhkan pada 2013, Genovasi Malaysia telah melatih lebih 3,500 peserta sektor awam dan swasta melalui pelbagai program latihan termasuk Program Pembangunan Duta Inovasi (IADP). - BERNAMA