Operasi menggali bagi mengesan mayat seorang peniaga yang dikhuatiri tertimbus di kawasan runtuhan penebat kilat sejak Sabtu, ditamatkan.

Keputusan itu dibuat berikutan kebimbangan kerja-kerja menggali akan menjejaskan struktur bangunan berhampiran selain kesan jangka panjang terhadap kawasan sekitar.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerja-kerja mengorek yang dilakukan menyebabkan lubang menjadi semakin dalam dan lebar, sekaligus mengakibatkan keretakan di bangunan berhampiran.

Klik video untuk laporan penuh Astro AWANI.