SEREMBAN: Mahkamah Koroner di sini mengarahkan notis sapina diserahkan kepada seorang saksi yang juga jiran pusat asuhan Baby Syifaa selepas dia tidak hadir untuk memberi keterangan pada Selasa.
Mahkamah dimaklumkan wanita tersebut tidak hadir atas alasan anaknya tiada orang jaga, anak sulung sedang menduduki Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) dan suaminya pula bekerja di luar kawasan.
Pegawai Pengendali Inkues, Zahida Zakaria memberitahu saksi ke-28 tersebut bersedia memberi keterangan secara sidang video atau Zoom.
Bagaimanapun Koroner, Datin Surita Budin menolak permohonan untuk mengadakan perbicaraan inkues secara sidang video kerana wanita itu masih berupaya lagi untuk hadir ke mahkamah bagi memberi keterangan secara lisan.
Beliau turut mengarahkan sapina dikeluarkan terhadap saksi berkenaan yang memerlukannya hadir pada tarikh prosiding akan datang.
"Kalau nak buat secara Zoom perlu ada alasan yang munasabah, sakit atau orang tua yang susah nak datang mahkamah.
"Alasan UPKK dan tiada sesiapa jaga anak, bagi saya ia alasan remah.
"Saya mahu serahan sapina secara rasmi kepada saksi itu untuk hadir pada tarikh akan datang dan jika dia gagal, saya akan keluarkan waran tangkap kepada beliau," katanya.
Mahkamah kemudian menetapkan prosiding inkues itu bersambung pada 29 April depan.
Media sebelum ini melaporkan, Baby Syifaa atau nama sebenarnya Nour Rania Asyifaa yang berusia 15 bulan ditemui tidak sedarkan diri dalam buaian di sebuah bilik di pusat asuhan di Taman Nusari Aman di Bandar Sri Sendayan pada 22 Februari 2022.
Pada 30 Mac 2022, Yuseri Yusoff mendakwa anaknya dijerut dan bukan meninggal dunia disebabkan kepala terjerut pada kain buaian. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jan 23 2024

Yuseri (kiri) mendengar penerangan daripada peguamnya berhubung prosiding inkues yang ditangguhkan. - Gambar/ Sinar Harian
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Inkues Baby Syifaa: Saksi tidak hadir, mahkamah arah sapina
Mahkamah Koroner di sini mengarahkan notis sapina diserahkan kepada seorang saksi yang juga jiran pusat asuhan Baby Syifaa selepas dia tidak hadir untuk memberi keterangan pada Selasa.