Pemansuhan semua yuran pendidikan sekolah rendah dan menengah mampu membantu mengurangkan bebanan ibu bapa.
Usaha ini sekali gus mampu membantu dalam usaha menggalakkan ibu bapa membuat perancangan menimang lebih ramai cahaya mata, kata Profesor Undang-Undang, Wanita, Keluarga dan Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Noor Aziah Awal.
“Inisiatif yang boleh diambil pembuat polisi untuk membantu mengatasi risiko Malaysia menjadi negara menguncup adalah untuk menyediakan pendidikan percuma dengan memansuhkan yuran sekolah rendah dan sekolah menengah.
“Hal ini kerana ibu bapa dibebankan dengan yuran wajib bayar, daripada yuran khas hingga bayaran tambahan persekolahan.
“Inisiatif ini dapat membantu mengurangkan tanggungan ibu bapa dan mereka tidak perlu risau akan bebanan untuk menyediakan sejumlah wang yang besar,” kata Noor Aziah ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.
Tambahnya, dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, perbelanjaan untuk pendidikan anak-anak sememangnya menjadi salah satu faktor kebanyakan pasangan hanya mahu melahirkan seorang atau dua anak sahaja.
Noor Aziah juga memberikan cadangan supaya pembuat polisi memberi tekanan kepada penyediaan kemudahan penjagaan anak di tempat kerja.
Inisiatif ini mampu membantu meringankan beban ibu bapa yang berkerjaya untuk mengimbangi peranan mereka dalam keluarga dan di tempat kerja.
“Pembuat polisi perlu memberikan sokongan dalam bentuk penyediaan tadika dan tempat jagaan anak di tempat kerja.
“Jika tiada sokongan ini, tiada sesiapa yang akan melahirkan anak kerana tiada sesiapa yang dapat menjaga anak-anak tanpa melepaskan kerjaya mereka,” ujarnya.
Sebelum ini, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh, berkata penduduk Malaysia dijangka mencapai kemuncak 46 juta orang menjelang tahun 2071 sebelum mengalami penguncupan penduduk (population shrinkage) pada tahun 2072.
Keadaan itu bakal menjadi realiti sekiranya kadar kesuburan di negara ini terus menurun dengan kadar semasa dan tiada langkah intervensi diambil.
Isabelle Leong
Fri Jul 12 2019

Inisiatif yang boleh diambil pembuat polisi untuk membantu mengatasi risiko Malaysia menjadi negara menguncup adalah untuk menyediakan pendidikan percuma dengan memansuhkan yuran sekolah rendah dan sekolah menengah. - Gambar hiasan

Eropah jadi pengimport senjata terbesar AS buat kali pertama dalam 20 tahun - SIPRI
Eropah mengatasi Asia Barat sebagai pengimport senjata terbesar dari Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh 2020-2024, meraih gelaran itu buat kali pertama dalam tempoh dua dekad.

Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Industri acara perniagaan di Pulau Pinang mencatatkan anggaran impak ekonomi (EEI) sebanyak RM1.29 bilion pada tahun lepas, peningkatan signifikan sebanyak 24.8 peratus berbanding 2023.

Bertrand yakin pelantikan Ken Nee bantu skuad terjun negara
Katanya, Ken Nee tahu apa diperlukan untuk kembali meraih kejayaan dan sentiasa peka dengan perkembangan teknik dan peraturan terjun terkini.

Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Sebuah kereta Perodua Myvi telah melanggar belakang sebuah lori treler, mengakibatkan seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan.

Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht (100 baht = RM13.08).

Hannah yakin kepimpinan Ahmad Shapawi untuk teraju YAKEB
Katanya, pengalaman luas Ahmad Shapawi dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara dan memastikan mereka dapat sokongan sewajarnya.

Program berteraskan teknologi bakal perkasa sektor pertanian di Bentong
Pihaknya telah kenal pasti produk yang kini di peringkat PoC bagi membantu pemain industri menggunakan teknologi dalam sektor pertanian.

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.

Inisiatif tambah anak: Mansuh yuran sekolah, kurangkan tanggungan ibu bapa
Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, perbelanjaan untuk pendidikan anak-anak sememangnya menjadi salah satu faktor kebanyakan pasangan hanya mahu melahirkan seorang atau dua anak sahaja.