KLANG: Inisiatif Gerbang Maritim Selangor (SMG) yang bertujuan mengubah Sungai Klang menjadi zon ekonomi maritim di negeri itu dijangka menjana pelaburan melebihi RM1 bilion menjelang 2030, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata pelaburan itu akan diwujudkan dalam bentuk usaha sama dengan syarikat tujuan khas negeri itu.
"Sungai Klang dan tambaknya mempunyai prospek cerah yang boleh membuka peluang bernilai tinggi untuk perniagaan dan pelabur yang faham, dan ketika ini kami sedang berunding dengan beberapa pihak untuk merealisasikan sejumlah aktiviti untuk mendorong pemulihan sungai itu," katanya kepada pemberita semasa mengadakan lawatan tapak di sini hari ini.
Amirudin berkata SMG mempunyai banyak potensi dan setakat ini kerajaan Selangor telah membelanjakan kira-kira RM45 juta untuk membersihkan Sungai Klang.
Walaupun negeri itu mengalu-alukan pelabur dan syarikat untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif SMG, beliau menegaskan, sebarang aktiviti yang dibina pada sumber dan ekosistem sungai itu sama ada sebagai sumber air, untuk kesalinghubungan tepi sungai atau hartanah di pinggir sungai, haruslah bersepadu dengan pelan induk SMG untuk memastikan objektif utama pemulihan Sungai Klang bagi menjadikannya kembali bersih tidak akan terjejas.
Beliau berkata empat tonggak- pembersihan sungai, kesalinghubungan sungai, pembangunan sungai dan pemuliharaan telah dikenal pasti sebagai pemacu utama SMG.
"Kesemua projek ini disasarkan siap menjelang 2030, seiring dengan aspirasi Smart Selangor untuk menjadikan Selangor sebagai bandar pintar terkemuka di Asia Tenggara yang sesuai didiami," katanya.
Sementara itu, Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB), anak syarikat milik penuh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), diberi mandat oleh kerajaan negeri Selangor untuk menguruskan SMG.
Pengarah Urusan LLSB Syaiful Azmen Nordin berkata projek SMG iaitu Taman Pangkalan Batu di Klang merupakan antara beberapa taman awam pesisir sungai di negara ini dan satu-satunya di sepanjang koridor SMG.
Beliau berkata taman itu menjalani kerja-kerja naik taraf utama di bawah inisiatif SMG untuk mewujudkan lebih banyak ruang orang ramai yang terbuka.
"Tahun ini akan menyaksikan bermulanya beberapa peluang pelancongan menerusi projek SMG menerusi pelancaran perkhidmatan Teksi Sungai SMG tidak lama lagi, diikuti pembukaan Mangrove Point, taman alam semula jadi pertama di Malaysia yang menyokong pendekatan biofilik, pada akhir tahun ini," kata Syaiful Azmen.
Beliau berkata kerja-kerja juga akan bermula bagi pembangunan dua projek pemangkin terakhir di bawah Fasa 1 SMG -- Grand Bazaar dan Cultural Village, kedua-duanya di Klang, yang merupakan fokus permulaan bagi inisiatif itu.
Pada tahun ini, projek SMG akan turut memperkenalkan ladang bandar organik di tepi sungai (projek perintis yang akan disertakan dalam fokus usahawan tani Selangor dengan sasaran membantu golongan B40) serta beberapa projek kesalinghubungan dan konsep kehidupan yang lestari.
Menurut laman web SMG, pelan induk itu merangkumi 88,000 ekar (35,612 hektar) di sepanjang 56km Sungai Klang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 23 2021

Amirudin berkata SMG mempunyai banyak potensi dan setakat ini kerajaan Selangor telah membelanjakan kira-kira RM45 juta untuk membersihkan Sungai Klang. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

'4,000 buah kereta' dikeluarkan dari Sungai Klang
Mengalir di celah-celah kepadatan manusia dan industri, sungai sepanjang 56 kilometer itu boleh dikatakan umpama 'tapak pembuangan sampah terapung'.

Inisiatif SMG raih pelaburan lebih RM1 bilion menjelang 2030 - MB Selangor
Inisiatif Gerbang Maritim Selangor (SMG) yang bertujuan mengubah Sungai Klang menjadi zon ekonomi maritim di negeri itu dijangka menjana pelaburan melebihi RM1 bilion menjelang 2030.

Stesen televisyen pertama Sarawak, TVS jadi realiti
Stesen penyiaran milik negeri ini mula bersiaran tepat jam 6 pagi Sabtu.

TV Sarawak mencari bakat baharu, serlah keunikan Bumi Kenyalang
Dalam usaha mempamerkan keunikan dan kepelbagaian di negeri Sarawak, TV Sarawak kini memulakan pencarian bakat seni kreatif dan organisasi yang menetap atau berpangkalan di negeri Bumi Kenyalang.

PKP jadikan Sungai Klang lebih bersih
Dari 15 Mac sehingga 15 April, sebanyak 15,580 tan metrik (MT) sampah dikumpul menerusi projek SMG berbanding purata 900 hingga 1,200MT sebulan dalam tempoh enam bulan lepas.