KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mempertimbang untuk memperluaskan lagi inisiatif Rahmah bukan sahaja dalam industri makanan tetapi turut melibatkan sektor korporat dan perbankan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata kerajaan mendapat banyak maklum balas positif berhubung inisiatif itu melalui sesi libat urus bersama pengusaha industri makanan serta pakaian, justeru beliau yakin reaksi sama akan turut diberikan sektor korporat dan perbankan.
"Kalau kita pergi nanti (libat urus) kepada sektor korporat yang lebih besar seperti Petronas, Sime Darby dan syarikat berkaitan kerajaan serta bank, saya yakin lebih banyak syarikat akan tampil membantu kerajaan menangani kos sara hidup," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Menu Rahmah oleh Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) di restoran Nasi Kandar Stadium di sini, yang merupakan sebahagian daripada Jelajah Menu Rahmah seluruh negara. Turut hadir Timbalannya Fuziah Salleh.
Inisiatif Menu Rahmah yang menawarkan makanan pada harga RM5 dan ke bawah dilancarkan pada Januari lepas sebagai antara usaha kerajaan menangani kenaikan kos sara hidup.
Ditanya bila sesi libat urus dengan sektor perbankan dan korporat berkenaan akan dijalankan, Salahuddin berkata kementerian masih mempunyai tempoh empat bulan lagi untuk berbuat demikian.
Mengulas tentang ramalan sesetengah pihak yang menyatakan inisiatif Menu Rahmah hanya mampu bertahan tiga bulan sahaja, Salahuddin berkata pihaknya tidak menetapkan sebarang indeks prestasi utama (KPI) berhubung perkara itu.
"Kita tidak mengambil itu sebagai KPI, apa yang penting ketika ini adalah kerajaan khususnya kementerian mengambil pendekatan terbaik untuk memastikan tidak ada rakyat Malaysia yang berlapar.
"Selagi mana kebajikan ini sanggup diteruskan oleh pemain industri, sepanjang itulah Menu Rahmah akan dapat diberikan kepada rakyat dalam negara kita," katanya.
Salahuddin berkata pelaksanaan inisiatif Menu Rahmah juga tidak melibatkan sebarang peruntukan ataupun perbelanjaan daripada kerajaan, sebaliknya ia adalah komitmen sepenuhnya peniaga yang menyertainya secara sukarela.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 13 2023

Salahuddin (tengah) pada sidang media ketika hadir ke Restoran Nasi Kandar Stadium sempena pelancaran Menu Rahmah di sini, hari ini. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

KPDN Selangor, kerajaan negeri teliti pelaksanaan kad diskaun galak peniaga terus tawarkan Menu Rahmah
KPDN Selangor bekerjasama dengan kerajaan negeri memperinci mekanisme kad diskaun bagi peniaga Menu Rahmah.

Permohonan, kelulusan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah dipermudah - KPDN
Seramai 2,800 pengusaha yang menawarkan Menu Rahmah di premis mereka sebelum ini akan mendapat Kad Diskaun Khas Menu Rahmah secara automatik.

Kad Diskaun Khas Menu Rahmah tawar diskaun 40 peratus belian barangan keperluan perniagaan
Beban peniaga makanan menyediakan Menu Rahmah berikutan kenaikan harga barang boleh diatasi, apabila mereka memohon dan menggunakan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah.

Dua stesen minyak tanpa subsidi khusus untuk warga asing di Kelantan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan telah meluluskan cadangan pembinaan dua stesen minyak tanpa subsidi khusus untuk jualan kepada warga asing.

Peniaga bukan Islam di Perak digalak daftar Program Menu Rahmah
Program Menu Rahmah tidak terhad kepada sesuatu kaum kerana semua pihak yang menjual makanan pada harga bawah RM5 boleh menyertainya.

43 permohonan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah setakat ini - Fuziah
Dari segi jumlah pengusaha pula, lebih 2,800 pengusaha menawarkan Menu Rahmah sehingga kini.

Kerajaan perkenal kad diskaun khas peniaga Menu Rahmah esok
Pelaksanaan itu dibuat bagi membolehkan peniaga membeli bahan mentah dengan harga lebih murah.

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen syor tingkat peruntukan Jualan Rahmah
Syor yang dibuat selepas mesyuarat pada Selasa adalah bagi membantu lebih ramai rakyat dalam meringankan beban kos sara hidup.

Pengganti Salahuddin diumum selepas PRN, Armizan pangku tugas Menteri KPDN - PM Anwar
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali diarahkan untuk memangku tugas Menteri KPDN buat sementara waktu.

PM Anwar umum peruntukan tambahan RM50 juta untuk perluas inisiatif Rahmah
Perdana Menteri menjelaskan, beliau mahu inisiatif itu diperluaskan berdasarkan kejayaan awal program itu yang menunjukkan hasil memberangsangkan.