KUALA LUMPUR: Inisiatif yang telah dilaksanakan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) (2013-2025) menunjukkan pencapaian positif setakat ini, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Beliau berkata sebagai contoh, kemasukan ke sekolah di semua peringkat menunjukkan peningkatan yang sangat ketara, sekali gus memastikan kanak-kanak di negara ini terus berada dalam sistem pendidikan.
"Dalam konteks daya saing peringkat antarabangsa, Malaysia telah mencatatkan pencapaian murid yang memberansangkan dalam Kajian Trend Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) 2019 dan pencapaian skor individu murid dalam mata pelajaran sains adalah yang tertinggi sejak penyertaan Malaysia dalam TIMSS bermula tahun 1999.
"Untuk Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA), Malaysia mencapai peningkatan 13 peratus merentas literasi bacaan, matematik dan saintifik dari tahun 2012 hingga 2018," katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Susan Chemerai Anding yang ingin mengetahui sejauh mana tahap keberkesanan dasar dan inisiatif pendidikan semasa yang bertujuan memperbaiki kualiti pendidikan Malaysia, pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara hari ini.
Fadhlina berkata Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa memberikan perhatian dan mendukung dasar pendidikan yang telah ditetapkan kerajaan termasuk memastikan kejayaan lima aspirasi sistem pendidikan iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan yang terkandung dalam PPPM 2013-2025.
"Dalam usaha melengkapi PPPM, KPM pastikan tunjang sistem pendidikan iaitu kurikulum kebangsaan melengkapi PPPM dan akan kekal relevan bagi memastikan anak murid yang lahir daripada pendidikan menggunakan kurikulum kebangsaan mempunyai sifat berdaya saing dan kompetitif apabila mereka tamat persekolahan," katanya.
Fadhlina berkata inisiatif yang terkandung dalam PPPM dipantau rapi oleh Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU) dengan menetapkan sasaran indeks prestasi utama (KPI) yang tekal, melibatkan pengurusan tertinggi KPM secara langsung dalam menyemak prestasi pencapaian.
Dalam pada itu, Fadhlina berkata KPM ketika ini turut memberi penekanan kepada memastikan kurikulum kebangsaan diintegrasikan dengan teknologi, agar murid menjadi generasi fasih digital.
"Bagi menyokong pendekatan ini, KPM dalam proses akhir untuk memuktamadkan Dasar Pendidikan Digital yang akan menjadi elemen penting dalam pengajaran dan pembelajaran," katanya.
Mengenai kualiti guru, beliau berkata profesionalisme guru akan diperkasa menerusi pembangunan profesionalisme berterusan untuk memastikan semua guru KPM berkualiti, kompeten dan kekal bermotivasi dalam menjalankan tugas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 22 2023

Fadhlina berkata, kemasukan ke sekolah di semua peringkat menunjukkan peningkatan yang sangat ketara, sekali gus memastikan kanak-kanak di negara ini terus berada dalam sistem pendidikan. - Gambar/ Bernama
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Letupan bom di Sungai Golok: Pelbagai langkah diambil KPM pastikan keselamatan murid
KPM sentiasa bekerjasama dengan pasukan keselamatan untuk memastikan keselamatan murid terutamanya mereka yang melintas sempadan setiap hari.

KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina
Fadhlina berkata, KPM akan bertindak tegas jika ada pihak yang menjual makanan yang berbahaya kepada keselamatan murid.

Rodziah pertimbang bertanding jawatan Ketua Wanita PKR
Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail sedang mempertimbangkan keperluan untuk bertanding jawatan Ketua Wanita PKR susulan melihat sayap itu lesu.

17 sekolah baharu dijangka mula operasi tahun ini - Fadhlina
Ia merangkumi lapan sekolah rendah dan sembilan sekolah menengah melibatkan Selangor, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan - Fadhlina
Kementerian Pendidikan menerima baik cadangan DBKL untuk membina sekolah 17 tingkat di sekitar pusat bandar raya namun perlu diteliti dari aspek keselamatan dan kesesuaiannya.

Hantar anak tuisyen pilihan peribadi- Fadhlina
Keputusan menghantar anak ke pusat tuisyen untuk mengikuti pembelajaran tambahan adalah pilihan peribadi.

Guru bersara awal pilihan peribadi, pentadbiran perlu bersifat manusiawi - Fadhlina
Fadhlina berkata, terdapat pelbagai faktor termasuk kesihatan dan tanggungjawab keluarga yang mempengaruhi keputusan mereka.

KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa Inggeris guru, murid
Penstrukturan semula ELTC secara radikal dijangka memberikan impak kepada peningkatan dan penguasaan guru-guru.

KPM tidak pernah benar syarikat, sindiket tawaran pinjaman masuk ke sekolah - Fadhlina
KPM tidak pernah membenarkan mana-mana syarikat swasta atau sindiket tawaran pinjaman oleh syarikat perunding kewangan masuk ke sekolah-sekolah.

Banjir Sabah, Sarawak: Baik pulih sekolah terjejas libatkan kos besar
Kementerian Pendidikan (KPM) menjangkakan kos membaik pulih keseluruhan sekolah dan premis yang mengalami kerosakan akibat banjir di Sabah dan Sarawak melibatkan jumlah perbelanjaan yang sangat besar.