KUALA LUMPUR: Pelaksanaan inisiatif Menu Rahmah yang menawarkan makanan pada harga RM5 dan ke bawah sejak hujung bulan lepas tidak melibatkan sebarang peruntukan ataupun perbelanjaan daripada kerajaan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata ia sebaliknya adalah sepenuhnya komitmen peniaga yang secara sukarela menyertainya.
Beliau berkata sejak dilancarkan, Menu Rahmah mendapat sambutan baik di seluruh negara dengan ramai peniaga bersama menyahut aspirasi kerajaan dalam membantu mereka yang memerlukan terutamanya golongan B40.
"Ramai golongan peniaga berlumba-lumba menyertai inisiatif ini dengan menawarkan juadah serendah RM5 di premis mereka, ini maknanya mereka mahu bersama melakukannya dengan semangat kebajikan tanpa paksaan sesiapa.
"Jadi konsepnya di sini jelas, tiada libat satu sen pun duit kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan inisiatif Menu Rahmah yang kini disertai Persatuan Pengusaha Tom Yam Malaysia (Pertom) di Lembah Keramat di sini semalam.
Salahuddin berkata kementeriannya tidak pernah memaksa mana-mana perniagaan, pengusaha dan pemain industri makanan baik besar mahupun kecil untuk melibatkan diri di dalam penjualan Menu Rahmah.
"Kita tidak paksa, sebaliknya ia adalah satu libat urus dengan industri antaranya Mydin (Mydin Mohamed Holdings Berhad), Persatuan Pengusaha Restoran India Muslim Malaysia, Pertom dan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia.
"Selepas sesi libat urus ini barulah kita kemukakan idea Menu Rahmah ini dengan sasaran pembeli ialah mereka yang memerlukan juadah harian pada harga mampu," katanya.
Katanya kementeriannya sedang dalam proses membangunkan satu aplikasi yang mengandungi direktori premis makanan yang menawarkan sajian Menu Rahmah di seluruh negara.
Beliau berkata ia bagi memastikan rakyat mempunyai maklumat terhadap peniaga yang menyertai inisiatif kerajaan itu di kawasan mereka selain pada masa sama mempromosikan premis yang menawarkan jualan Menu Rahmah.
Pada 31 Jan lepas, Salahuddin melancarkan inisiatif Menu Rahmah dan sebanyak 15,000 premis menjual makanan turut serta melaksanakan usaha berkenaan bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 08 2023

Salahuddin beramah mesra bersama pelanggan ketika hadir merasmikan Menu Rahmah bersama Persatuan Pengusaha Restoran Tom Yam Malaysia di Medan Selera Lembah Keramat AU5 semalam. --fotoBERNAMA

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

KPDN Selangor, kerajaan negeri teliti pelaksanaan kad diskaun galak peniaga terus tawarkan Menu Rahmah
KPDN Selangor bekerjasama dengan kerajaan negeri memperinci mekanisme kad diskaun bagi peniaga Menu Rahmah.

Permohonan, kelulusan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah dipermudah - KPDN
Seramai 2,800 pengusaha yang menawarkan Menu Rahmah di premis mereka sebelum ini akan mendapat Kad Diskaun Khas Menu Rahmah secara automatik.

Kad Diskaun Khas Menu Rahmah tawar diskaun 40 peratus belian barangan keperluan perniagaan
Beban peniaga makanan menyediakan Menu Rahmah berikutan kenaikan harga barang boleh diatasi, apabila mereka memohon dan menggunakan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah.

Dua stesen minyak tanpa subsidi khusus untuk warga asing di Kelantan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan telah meluluskan cadangan pembinaan dua stesen minyak tanpa subsidi khusus untuk jualan kepada warga asing.

Peniaga bukan Islam di Perak digalak daftar Program Menu Rahmah
Program Menu Rahmah tidak terhad kepada sesuatu kaum kerana semua pihak yang menjual makanan pada harga bawah RM5 boleh menyertainya.

43 permohonan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah setakat ini - Fuziah
Dari segi jumlah pengusaha pula, lebih 2,800 pengusaha menawarkan Menu Rahmah sehingga kini.

Kerajaan perkenal kad diskaun khas peniaga Menu Rahmah esok
Pelaksanaan itu dibuat bagi membolehkan peniaga membeli bahan mentah dengan harga lebih murah.

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen syor tingkat peruntukan Jualan Rahmah
Syor yang dibuat selepas mesyuarat pada Selasa adalah bagi membantu lebih ramai rakyat dalam meringankan beban kos sara hidup.

Pengganti Salahuddin diumum selepas PRN, Armizan pangku tugas Menteri KPDN - PM Anwar
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali diarahkan untuk memangku tugas Menteri KPDN buat sementara waktu.

PM Anwar umum peruntukan tambahan RM50 juta untuk perluas inisiatif Rahmah
Perdana Menteri menjelaskan, beliau mahu inisiatif itu diperluaskan berdasarkan kejayaan awal program itu yang menunjukkan hasil memberangsangkan.