PUTRAJAYA: Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) bersama Petronas melaksanakan inisiatif mengumpul minyak masak terpakai di stesen Petronas untuk dijadikan satu sumber bahan mentah utama bagi menghasilkan biobahan api penerbangan lestari.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang melancarkan inisiatif berkenaan hari ini berkata buat permulaan, pusat pengumpulan bagi program pengumpulan minyak masak terpakai itu dilaksanakan di stesen Petronas 1, Presint 9 di sini, stesen Petronas Subang Bestari dan stesen Petronas Kota Kemuning 1, Shah Alam.
"Ia kemudiannya akan diperluaskan ke seluruh negara secara berperingkat, ke stesen-stesen Petronas yang terpilih," kata beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, ketika berucap melancarkan program berkenaan di sini.
Beliau berkata sisa minyak masak terpakai boleh dibawa dan dijual di stesen minyak terlibat dengan setiap penjualan dibuat dengan mata kredit yang dimasukkan menerusi aplikasi SETEL, dan boleh ditebus di mana-mana Stesen Petronas atau Kedai Mesra.
Katanya inisiatif itu merupakan langkah proaktif Petronas sebagai persediaan memenuhi tuntutan Skim Pengurangan dan Mengimbangi Karbon bagi Penerbangan Antarabangsa (CORSIA) yang dibangunkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) bagi tujuan mengurangkan jejak karbon dan memenuhi sasaran pertumbuhan neutral karbon bagi sektor penerbangan antarabangsa.
"Fasa rintis CORSIA bermula pada 2021, manakala fasa satu bermula pada tahun depan, dengan penyertaan oleh negara-negara anggota adalah secara sukarela termasuk Malaysia," katanya.
Bermula tahun 2027, penggunaan SAF adalah mandatori bagi semua negara anggota ICAO.
Fadillah berkata inisiatif berkenaan juga bertujuan untuk menyahut aspirasi matlamat kelestarian dan memberi nilai tambah kepada rantaian bekalan industri sawit yang akan memberi impak positif kepada harga minyak sawit.
"Kerajaan komited membangunkan industri berkaitan kelapa sawit dalam usaha menambah baik kehidupan pengusaha dan pekebun kecil serta rakyat di negara ini," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata pengumpulan minyak masak terpakai juga mampu menjadi sumber pendapatan sampingan isi rumah.
"Jadikan amalan kitar semula minyak masak terpakai sebagai salah satu langkah bijak dalam menguruskan sisa, yang sebenarnya berupaya diproses semula menjadi produk baharu yang bernilai tinggi dan seterusnya membuka peluang kepada penjanaan pendapatan tambahan kepada isi rumah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 18 2023
Fadillah berkata inisiatif berkenaan bertujuan untuk menyahut aspirasi matlamat kelestarian dan memberi nilai tambah kepada rantaian bekalan industri sawit. - Gambar Bernama
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Inisiatif kumpul minyak masak terpakai hasilkan biobahan api penerbangan
KPK bersama Petronas melaksanakan inisiatif mengumpul minyak masak terpakai di stesen Petronas untuk dijadikan satu sumber bahan mentah utama bagi menghasilkan biobahan api penerbangan lestari.