Pelbagai inisiatif untuk membela nasib golongan miskin hanya akan berjaya jika rakyat terus memberi sokongan kepada kerajaan, kata Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.
Beliau berkata golongan miskin dan berpendapatan rendah, penoreh, petani serta nelayan tidak akan sesekali diabaikan dan nasib mereka akan sentiasa dibela bagi mengurangkan himpitan dan bebanan sara hidup.
"Namun kejayaan program-program ini bergantung kepada kesungguhan dan kesanggupan rakyat untuk menyokong usaha murni kerajaan ini.
"Untuk berjaya, kita mesti berani membuat perubahan dan bertindak dengan bijaksana," katanya dalam perutusan sempena Hari Raya Aidilfitri di sini, Selasa malam.
Beliau berkata setiap tanggungjawab perlu dilaksanakan dengan ikhlas dan berintegriti dalam membangunkan negeri dan negara.
Mukhriz berkata kerajaan negeri akan sentiasa berusaha mengukuhkan ekonomi rakyat antaranya menerusi pembangunan zon-zon industri berimpak tinggi yang bakal menawarkan ribuan peluang pekerjaan dengan pendapatan lumayan kepada rakyat.
Selain itu untuk mengekalkan keamanan serta keharmonian di Kedah khususnya, perpaduan dan kestabilan politik harus terus dijaga kata beliau.
Beliau berkata, rakyat Malaysia, tanpa mengira kepercayaan agama misalnya, menyambut perayaan ini bersama-sama dengan cara yang unik dalam suasana penuh muhibbah.
"Ini mencerminkan betapa teguhnya perpaduan, keharmonian dan toleransi agama yang terjalin dalam masyarakat Malaysia yang berbilang budaya dan inilah yang menjadikan kebanyakkan masyarakat dunia menyanjungi kita," katanya.
Beliau berkata kepentingan diri dan perbezaan politik harus diketepikan demi kebaikan bersama negeri, negara dan masyarakat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 04 2019

MUKHRIZ: Untuk berjaya, kita mesti berani membuat perubahan dan bertindak dengan bijaksana.
Beri perhatian 10 cadangan projek di Negeri Sembilan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kementerian Ekonomi memberikan perhatian khusus kepada 10 cadangan projek keutamaan di Negeri Sembilan, khususnya berkaitan projek tebatan banjir.
Jalan TAR meriah, warga kota buat persiapan raya
Lintas langsung wartawan Astro AWANI, Hasimi Muhamad di Bazar Aidilfitri di Jalan Tunku Abdul Rahman KL
Masyarakat lega beras putih tempatan kembali ke pasaran
Orang ramai menarik nafas lega apabila stok beras putih tempatan yang 'hilang' sejak tahun lalu sudah kembali di pasaraya setempat.
Penjenayah ditembak mati di besut disyaki terlibat edar dadah
Polis percaya suspek yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Besut, Terengganu awal pagi Ahad terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.
Polis terima laporan pelajar sekolah didakwa dibuli
Polis menerima laporan daripada tujuh pelajar sebuah sekolah berasrama penuh di Teluk Intan yang mendakwa menjadi mangsa buli pelajar senior dalam satu kejadian pada 8 Mac lepas.
JAIS diarah mulakan semakan tauliah mengajar MAIS - EXCO
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diarah memulakan semakan sekiranya agamawan atau guru terkait dengan kes mencederakan seorang remaja lelaki di Kajang baru-baru ini memegang sebarang bentuk tauliah mengajar yang diberikan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Mac 2025.

Imigresen Kelantan tahan 35 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menahan 35 pendatang tanpa izin menerusi operasi penguatkuasaan yang dijalankan sekitar bandar ini termasuk di Terminal Bas Lembah Sireh semalam.
Tumpuan Isnin – 17 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (16 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

MAPIM saran NGO turut dilibatkan untuk bantu pesakit rakyat Palestin
MAPIM mencadangkan agar organisasi NGO di negara ini turut dilibatkan dalam usaha membantu pesakit dari Gaza yang dibawa ke Malaysia.

Seawal usia 4 tahun sudah terdedah misi bantuan banjir
Kini, Zhafran sudah 8 tahun dan tidak kekok ke hulu ke hilir mengangkat barangan sumbangan untuk mangsa-mangsa banjir.

Banjir: UMT hantar 400 sukarelawan bantu mangsa di Selangor, Pahang
Penghantaran sukarelawan itu akan dijalankan secara berperingkat ke negeri terjejas banjir bermula 25 hingga 27 Disember ini.

Pemandu bot bantu pindahkan mangsa banjir di Terengganu
Setiap kali tibanya musim tengkujuh dia memperuntutkan kira-kira RM300 bagi membeli minyak petrol.

COVID-19: "Sudah tiba masanya negara kaya bantu negara lain" - Tun M
Sekarang juga adalah masa untuk semua negara menghentikan sebarang bentuk serangan ketenteraan kepada mana-mana pihak, kata Dr Mahathir.

COVID-19: MAIS peruntuk RM2 juta bantu golongan terkesan
MAIS memperuntukkan sebanyak RM 2 juta untuk membantu 20,000 keluarga Islam yang terkesan akibat COVID-19.

Moto2: Hafizh terharu Tunku Ismail mahu hulur bantuan
Tunku Ismail menyatakan sentiasa sedia untuk membantu atlet negara yang memerlukan bantuan.

COVID-19: 31 hospital swasta bantu KKM - PM
KKM juga memperuntukkan RM27 juta pada 2021 untuk tujuan tersebut.

Kerajaan cari kaedah lebih realistik bantu rakyat terjejas pendapatan - Mustapa
Berdasarkan laporan sebelum ini, sekatan pergerakan yang tegas akan menyebabkan negara kehilangan pendapatan kira-kira RM2.4 bilion sehari.

Kerajaan Pusat, negeri perlu bekerjasama pastikan kebajikan mangsa banjir - Muhyiddin
Perdana Menteri berkata sebaliknya, usaha itu perlu diteruskan sehingga satu tempoh yang sesuai selepas mereka pulang ke rumah masing-masing.