PUTRAJAYA: Inisiatif 'Gelombang Padi" digerakkan tahun ini bagi mengangkat industri padi dan beras negara ke tahap lebih cekap dan berdaya tahan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Beliau berkata Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menggariskan 12 program untuk dilaksanakan menerusi inisiatif itu yang merupakan 'pencetus perubahan' bagi transformasi industri padi dan beras negara antaranya memperkenalkan dasar baharu Insentif Benih Padi Sah (IBPS).
Turut dilaksanakan adalah usaha memulih dan membangunkan kawasan tanah jerlus, memperkasa pembekalan input pertanian, dan memperkasa penanaman padi bukit dan padi huma di Sabah dan Sarawak dengan menyediakan peruntukan bagi pembekalan input pertanian.
"Inisiatif ini juga diharap meningkatkan pendapatan pengeluar makanan di sepanjang rantaian makanan," katanya ketika menyampaikan amanat tahun baharu 2024 kepada warga KPKM di sini hari ini.
"Kita sasar untuk capai 100 peratus kadar sara diri (SSR) beras. Purata pengeluaran beras negara masih tidak mencukupi dengan kadar SSR beras negara hanya 65 peratus (tahun lepas). 35 peratus lagi masih belum mencukupi dan usaha untuk meningkatkan SSR ini perlu dijadikan keutamaan bermula 2024," katanya.
Selain usaha meningkatkan industri padi dan beras, Mohamad berkata KPKM juga akan memberi fokus untuk mengukuhkan industri sedia ada iaitu ayam dan telur, bawang dan nanas tahun ini.
"Produk nanas adalah salah satu produk baharu yang turut boleh diteroka untuk dijadikan sumber kekayaan baharu bagi sektor agromakanan.
"Justeru pada 2024, Malaysia akan memperkenalkan konsep tanaman nanas iaitu 'Sekali Tanam, Tiga Kali Tuai'.
"Konsep ini memberi penekanan kepada hasil tuaian buah, benih dan sisa nanas yang boleh memberi pendapatan tambahan kepada pengusaha sebanyak RM37,000 sehektar daripada jualan sisa nanas sahaja," katanya.
Mohamad berkata penekanan kepada agenda Ekonomi Kitaran dalam aktiviti pertanian juga perlu diperkukuhkan seperti penggunaan baja organik dan kaedah pertanian moden yang lebih cekap bagi mengurangkan jumlah sisa bahan kimia daripada racun yang dilepaskan.
"Selain dapat mengelakkan berlakunya pencemaran dan pembaziran, aktiviti nilai tambah ini mampu memberikan pendapatan tambahan kepada pengusaha agromakanan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 16 2024
Mohamad (foto) berkata KPKM menggariskan 12 program untuk dilaksanakan menerusi inisiatif itu yang merupakan 'pencetus perubahan' bagi transformasi industri padi dan beras negara. -Bernama
Polis mohon bantuan kesan wanita hilang
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang wanita berusia 42 tahun yang dilaporkan hilang sejak keluar bekerja pada Jumaat lepas.
Menerusi satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan kehilangan Junaida Abdul Rahim daripada kakak kandungnya pada 12.58 tengah malam Isnin.
Menerusi satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan kehilangan Junaida Abdul Rahim daripada kakak kandungnya pada 12.58 tengah malam Isnin.
Lima daerah di Terengganu terjejas babit 1,622 mangsa
Selepas Kemaman, empat lagi daerah di Terengganu iaitu Marang, Setiu, Hulu Terengganu dan Dungun terjejas akibat banjir setakat jam 11 malam pada Selasa.
Menurut laman Info Bencana JKM, ia menunjukkan trend peningkatan kepada 1,622 mangsa dengan 11 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka berbanding 212 mangsa di lapan PPS pada jam 10 malam.
Menurut laman Info Bencana JKM, ia menunjukkan trend peningkatan kepada 1,622 mangsa dengan 11 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka berbanding 212 mangsa di lapan PPS pada jam 10 malam.
Ukraine gunakan ATACMS untuk serang Rusia
Ukraine buat pertama kali menggunakan peluru berpandu ATACMS buatan Amerika Syarikat untuk menyerang wilayah Rusia pada Selasa, dalam tindakan yang menandakan hari ke-1,000 konflik tersebut.
Serangan ini dilakukan selepas Presiden Amerika Syarikat Joe Biden memberikan kebenaran baru kepada Ukraine untuk menggunakan senjata tersebut.
Serangan ini dilakukan selepas Presiden Amerika Syarikat Joe Biden memberikan kebenaran baru kepada Ukraine untuk menggunakan senjata tersebut.
Tanpa media, kegigihan kerajaan bantu rakyat sukar disebar luas - Alexander
Kementerian Kerja Raya (KKR) komited untuk menjalin hubungan yang erat bersama pengamal media dalam usaha menyampaikan berita sahih kepada rakyat.
Pembunuh 77 orang di Norway, Breivik, sekali lagi mohon parol awal
Breivik menyatakan bahawa dia mahu meninggalkan Norway secepat mungkin, jika dibenarkan.
Benarkan Ukraine lancar serangan, Rusia bagi amaran keras buat AS
Kremlin mengeluarkan amaran keras terhadap keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden yang membenarkan Ukraine melancarkan serangan ke atas sasaran di wilayah Russia menggunakan peluru berpandu jarak jauh buatan AS.
Israel rompak 100 lori bantuan makanan ke Gaza
Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendedahkan hampir 100 lori yang membawa makanan untuk penduduk Palestin dirompak secara kejam selepas memasuki Gaza, Sabtu lalu.
Pendidikan kanak-kanak Gaza kini terancam - UNRWA
Lebih 100 daripada 183 sekolah dikendalikan Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di Gaza kini menjadi tempat perlindungan bagi keluarga yang kehilangan tempat tinggal.
Menurut badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu, situasi tersebut sekaligus menyebabkan sebilangan besar kanak-kanak di wilayah itu tidak mendapat akses kepada pendidikan.
Menurut badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu, situasi tersebut sekaligus menyebabkan sebilangan besar kanak-kanak di wilayah itu tidak mendapat akses kepada pendidikan.
Israel tawar 5 juta AS dolar jika kembalikan tebusan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata Israel menawarkan ganjaran sebanyak lima juta dolar Amerika (RM23.5 juta) bagi setiap tebusan yang berjaya dikembalikan.
Katanya, mana-mana individu yang menyerahkan tebusan kepada pihak Israel juga akan diberikan laluan selamat untuk keluar, termasuk bersama keluarga mereka.
Katanya, mana-mana individu yang menyerahkan tebusan kepada pihak Israel juga akan diberikan laluan selamat untuk keluar, termasuk bersama keluarga mereka.
AS kenakan sekatan baru terhadap pegawai kanan Hamas
Amerika Syarikat mengenakan sekatan terhadap enam pegawai kanan Hamas pada Selasa, sebagai langkah tambahan terhadap kumpulan pejuang itu, menurut Jabatan Perbendaharaan.
Langkah ini diambil sementara Washington berusaha mencapai gencatan senjata serta pembebasan tebusan di Gaza.
Langkah ini diambil sementara Washington berusaha mencapai gencatan senjata serta pembebasan tebusan di Gaza.
Operasi, obligasi NAFAS tidak terjejas akibat penggantungan - Mohamad Sabu
Operasi dan obligasi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) kepada mana-mana pihak ketiga tidak terjejas berikutan penggantungan perlembagaan pertubuhan itu bermula 1 Nov lepas.
42 isu tadbir urus, tatakelola dikenal pasti dalam NAFAS - Mohamad Sabu
KPKM mengenal pasti 42 isu tadbir urus dan tatakelola dalam NAFAS yang didedahkan melalui Laporan Pengauditan Khas 2018.
KPKM usaha pastikan bekalan beras sentiasa ada di pasaran
Mohamad berkata ketika ini bekalan beras putih tempatan adalah sebanyak 56 peratus, dan dijangka mencukupi.
Gantung perlembagaan NAFAS bukan untuk 'buang orang UMNO' - Mohamad Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) awal bulan ini tiada kaitan dengan politik.
"Marang satu minit pun tak pernah masuk penjara" - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution menegaskan dari aspek sejarah, Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak pernah dimasukkan ke penjara.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
Pembinaan 20 unit pam tambahan di Kelantan dijangka siap Ogos 2025 - Mohamad
Pembinaan 20 unit pam tambahan bernilai RM20 juta yang diumumkan Perdana Menteri dijangka siap dan mula beroperasi pada Ogos 2025.
Hasil padi KADA, MADA merosot ekoran kemarau dan banjir - Mat Sabu
Hasil pengeluaran padi KADA dan MADA merosot lima peratus dalam tempoh setahun berikutan musim kemarau dan banjir.
Kerajaan teroka potensi jelapang padi di Sabah, Sarawak
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang meneroka kawasan-kawasan berpotensi di Sabah dan Sarawak untuk dibangunkan sebagai jelapang padi negara.
Bekalan makanan mencukupi sepanjang Monsun Timur Laut - Mohamad Sabu
Bekalan makanan dijangka mencukupi untuk menampung keperluan rakyat sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL), kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.