KOTA BHARU: Kawasan berhampiran Pantai Tok Bali di Pasir Puteh yang tular kerana dipenuhi sampah adalah kawasan persendirian dan bukan berada di bawah seliaan Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP).
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Izani Husin berkata kawasan yang berada di bawah seliaan MDPP sentiasa dijaga oleh pihak yang diberi kontrak pembersihan.
"Walaupun tanah di pantai berkenaan adalah milik persendirian, namun kami sudah mengarahkan PBT (pihak berkuasa tempatan) untuk membersihkan kawasan itu.
"Kawasan yang kotor di pantai kebanyakannya adalah tanah persendirian yang tidak dijaga dengan baik.
"Apabila ada sampah, orang akan ambil gambar dan tular bagi menampakkan Kelantan kotor. Jadi orang akan salahkan kami (kerajaan negeri) dan ini tidak adil kepada kami," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Kesedaran Autisme Sedunia Peringkat Kelantan di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan penyanyi dan bekas penyampai radio, Hani Farhana Mohd Hatim, 39, atau dikenali sebagai Hunny Madu terkejut dengan tahap kebersihan Pantai Tok Bali yang sangat kotor dan dipenuhi sampah sarap.
Sementara itu, Dr Izani berkata pembuangan sampah harian di seluruh Kelantan adalah sekitar 1,200 metrik tan sehari dan ia meningkat empat kali ganda ketika Ramadan serta Aidilfitri.
"Justeru, bagi memberi kesedaran, kerajaan negeri sentiasa menganjurkan program dengan memberi pendidikan kepada masyarakat secara berterusan dan istiqamah," katanya.
Dalam perkembangan lain, Dr Izani berkata kebakaran tapak pelupusan sampah di Beris Lalang, Bachok tidak mengganggu proses pelupusan sampah kerana ia hanya melibatkan sebahagian kawasan di tapak terbabit.
"Kebakaran itu dapat dikekang dengan pembinaan longkang bagi menghalang kebakaran daripada merebak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 10 2023
Media sebelum ini melaporkan Hunny Madu terkejut dengan tahap kebersihan Pantai Tok Bali yang sangat kotor dan dipenuhi sampah sarap. - Gambar/ Instagram hunnymadu
[TERKINI] SPRM sahkan tiga selebriti dipanggil minggu ini
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan akan memanggil tiga selebriti termasuk penyanyi terkenal pada minggu ini bagi membantu siasatan berkaitan sindiket tawar pinjaman melibatkan syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Op Sky.
Tentera Israel bom bangunan di kem pelarian Tebing Barat
Kepulan asap menyelubungi bandar Palestin di mana tentera Israel menjalankan operasi ketenteraan besar-besaran selama hampir dua minggu, atas alasan menyasarkan pejuang Palestin dan bertujuan merampas simpanan senjata mereka.
Gelagat Tun M, isteri main bola cuit hati netizen
Gelagat mesra bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencuri tumpuan netizen apabila beliau dilihat meluangkan masa beriadah bersama isterinya, Tun Dr Hasmah Mohamad Ali.
Wakil Rakyat perlu rajin teliti usul sebelum dibawa ke Parlimen
Wakil-wakil disaran lebih rajin dan proaktof dalam meneliti isu-isu serta usul yang akan dibawa ke Parlimen.
Lebih 800 kes kesihatan di PPS Sabah dan Sarawak
Kementerian Kesihatan mengesan lebih 800 kes kesihatan melalui pemeriksaan yang dijalankan terhadap 9,379 mangsa di PPS di Sabah dan Sarawak.
[Data & Statistik] Pencerobohan Kapal Nelayan Asing 2020 - 2023
Malaysia mengalami kerugian berjumlah rm823 juta akibat pencerobohan kapal nelayan asing, antara 2020 hingga 2023
Menurut data yang dikeliarkan Jabatan Perikanan (DOF), Agensi Penguatkuasa Maritim (Maritim Malaysia) dan Polis Marin sebanyak 428 kes direkodkan dalam tempoh itu.
2020 sebanyak 117 kes, diikuti 124 kes pada 2021, 2022 104 kes dan 2023 83 kes.
Menurut data yang dikeliarkan Jabatan Perikanan (DOF), Agensi Penguatkuasa Maritim (Maritim Malaysia) dan Polis Marin sebanyak 428 kes direkodkan dalam tempoh itu.
2020 sebanyak 117 kes, diikuti 124 kes pada 2021, 2022 104 kes dan 2023 83 kes.
'Saya masih isteri Najib’ - Rosmah
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan beliau masih lagi isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datul Seri Najib Razak yang sah.
Agenda AWANI: Titah YDPA - Tolak Fitnah, Sepakat Untuk Rakyat
Parlimen bukan tempat untuk bertegang urat, memaki-hamun atau tabur fitnah. Sejauh mana pentingnya ahli Parlimen menjunjung kasih dan memahami sebaiknya titah YDPA, Sultan Ibrahim ini demi kepentingan negara dan rakyat? Diskusi 8.30 malam
Hannah Yeoh kemuka bantahan awal keterangan 4 saksi
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh pada Isnin memfailkan bantahan awal untuk membatalkan keterangan empat saksi yang dikemukakan bagi menyokong pembelaan pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Kamarul Zaman Yusoff dalam kes saman fitnah terhadapnya.
Suami isteri ditahan dipercayai dera anak
Pasangan suami isteri ditahan selepas dipercayai mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun.
"Ini tak adil..." - Exco Kelantan beri penjelasan isu tular sampah di Pantai Tok Bali
Pantai Tok Bali di Pasir Puteh yang tular kerana dipenuhi sampah adalah kawasan persendirian dan bukan berada di bawah seliaan Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP).
Orang ramai diminta patuhi larangan adakan aktiviti di Pantai Tok Bali
Dua bendera merah telah dipasang berhampiran muara Tok Bali sebagai menandakan amaran bahaya kepada pengunjung sejak awal bulan ini.