Ini susulan pengumuman pembukaan hampir semua aktiviti ekonomi pada 4 Mei ini oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas bersempena Hari Buruh pada Jumaat.
Berikut adalah senarai aktiviti dan protokol berhubung aktiviti berhadapan dengan pelanggan dan pihak yang terlibat dalam proses pengoperasian seharian.
A. Sektor Kebudayaan dan Kesenian
Sektor kebudayaan dan kesenian merangkumi acara seperti pameran barangan iaitu arkib atau tugu peringatan, serta perpustakaan.
- Aktiviti dan protokol:
- Penjarakan Sosial
Memastikan penjarakan sosial 1 meter bagi pelawat sepanjang masa. - Penggunaan hand sanitizer
Mewajibkan penggunaan hand sanitizer bagi pekerja dan pelawat - Pelupusan topeng muka
Topeng muka dibuang ke dalam tong sampah bertutup. - Mengambil dan merekod maklumat peribadi termasuk suhu badan pekerja
Mengambil dan merekod maklumat peribadi termasuk suhu badan pekerja sebelum beroperasi. - Pemakaian topeng muka
Digalakkan pemakaian untuk semua pelawat atas tanggungan pelawat sendiri, manakala pekerja diwajibkan pemakaian. - Pembersihan dan sanitasi tempat
Menggunakan cecair pencuci yang dibenarkan atas tanggungan pemilik. - Bilangan pelawat
Tertakluk kepada keluasan premis dan penjarakan sosial yang dibenarkan pada satu-satu masa mengikut premis.
Sektor ini merangkumi tetamu dari perkhidmatan penting sahaja seperti sektor oil and gas dan sektor penerbangan yang mempunyai kontrak bertempoh dengan hotel serta lain-lain sektor yang dibenarkan kerajaan seperti pekerja barisan hadapan (frontliners).
- Aktiviti dan protokol:
- Penjarakan sosial
Memastikan penjarakan sosial 1 meter semasa urusan kaunter/pejabat. - Kemudahan hand sanitizer /disenfecting kits di kawasan umum/lobi masuk
Kemudahan hand sanitizer atau menyediakan kawasan mencuci tangan dengan sabun di kawasan umum. - Penyediaan garis panduan untuk panduan tetamu hotel
Menyediakan dan mempamerkan Garis Panduan “Do” dan “Dont’s” di kawasan strategik hotel untuk panduan tetamu dan pekerja hotel mengenai langkah-langkah pencegahan penularan wabak Covid-19. - Mengambil dan merekod maklumat peribadi termasuk suhu badan pekerja/ Tetamu hotel/ Penyedia perkhidmatan
Mengambil dan merekod maklumat peribadi termasuk suhu badan pekerja sebelum beroperasi.
- Wajib dilaksanakan kepada pekerja hotel, pekerja kontraktor, penyewa, pembekal, vendor yang memberikan perkhidmatan kepada hotel sebelum dibenarkan masuk ke dalam premis hotel setiap hari;
Bagi pemeriksaan suhu:
- Diwajibkan untuk tetamu hotel semasa daftar masuk. - Pembersihan dan sanitasi
Sekurang-kurangnya dua kali atau lebih dalam sehari di kawasan umum. - Susun atur meja/lif/ ruangan menunggu
Menggunapakai jarak 1 meter serta meletakkan tanda. - Jarak antara tetamu
Jarak antara tetamu sekurang–kurangnya satu meter. - Menyediakan peralatan pelindung diri kepada pekerja
Menyediakan topeng muka dan hand sanitizer untuk setiap pekerja. - Penggunaaan komunikasi alternatif di kalangan pekerja dan tetamu hotel
Menggunakan medium komunikasi alternatif bagi mengadakan mesyuarat atau perbincangan seperti video conferencing mahupun whatsapp ataupun panggilan telefon dengan tetamu hotel sekiranya memerlukan bantuan berbanding kontak fizikal. - Perekodan kehadiran kakitangan/ kontraktor/ vendor/ pembekal perkhidmatan
Jumlah kehadiran setiap kakitangan /kontraktor/vendor/ pembekal perkhidmatan pada setiap masa hendaklah direkodkan dalam buku daftar khas bagi tujuan pemantauan dan disimpan minimum 6 bulan. - Hanya pekerja yang sihat dibenarkan bekerja
Mana-mana pekerja PP yang tidak sihat/ menunjukkan gejala demam tidak dibenarkan hadir bekerja dan pekerja PP yang menunjukkan gejala demam atau tidak sihat semasa bertugas perlu dirujuk ke hospital bagi rawatan lanjut. - Mengawal pergerakan tetamu hotel
Menghadkan / mengawal jumlah tetamu di kawasan umum dan lobi hotel. Tetamu hotel hendaklah berada di dalam bilik masing-masing dan tidak dibenarkan berlegar-legar atau berhimpun di satu-satu tempat.
Selain itu, pintu masuk/pintu keluar tertentu bagi dihadkan mengawal pergerakan tetamu hotel. - Pemakaian topeng muka oleh tetamu hotel
Tetamu hotel digalakkan memakai topeng muka semasa daftar masuk, daftar keluar dan semasa berada di luar bilik mahupun kawasan umum hotel. - Pelupusan general waste
Pelupusan general waste perlu dilaksanakan seperti biasa. - Aktiviti housekeeping
Pihak pengurusan hotel dikehendaki menjalankan aktiviti housekeeping seperti kebiasaan. - Kemudahan/fasiliti hotel yang tidak dibenarkan penggunaannya
Tetamu hotel tidak dibenarkan menggunakan fasiliti hotel seperti surau, gim, lounge, kolam renang, spa, bilik mesyuarat dan sebagainya. - Tanggungjawab tetamu hotel sekiranya tidak sihat
Tetamu dikehendaki memaklumkan kepada pihak hotel/ agensi kerajaan yang berkaitan sekiranya mempamerkan simptom COVID-19/ demam semasa menginap di hotel. - Pelupusan topeng muka
Pelupusan topeng muka hendaklah dimasukkan ke dalam tong sampah bertutup. - Pengoperasian restoran / café untuk tetamu hotel / pelanggan
Restoran / café dalam premis hotel dibenarkan untuk beroperasi bagi perkhidmatan dine- in ala carte sahaja untuk tetamu hotel/ pelanggan dan;
hidangan secara buffet tidak dibenarkan. - Pengoperasian Kafetaria/Kantin untuk pekerja
Kafeteria/ kantin di dalam premis PP sekiranya disediakan untuk pekerja hanya dibenarkan beroperasi bagi tujuan penyediaan makanan berbungkus oleh pengendali makanan yang memakai alat penutup hidung dan mulut dan sarung tangan serta memasikan penjarakan sosial dilaksanakan.
Hidangan secara buffet adalah tidak dibenarkan. Waktu rehat tengahari hari perlu dilaksanakan secara berperingkat. - Penyediaan garis panduan untuk tetamu hotel
Menyediakan dan mempamerkan garis panduan “Do's” dan “Dont’s” di kawasan strategik hotel untuk panduan tetamu dan pekerja hotel mengenai langkah-langkah pencegahan penularan wabak COVID-19.