Hanya satu kes penularan dalam negara dikesan setakat pukul 12 tengah hari, Sabtu.

Berikut adalah lima perkara penting yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan media berkaitan perkembangan COVID-19 di Malaysia pada hari ini (29 Ogos 2020).


1) 11 kes baharu melibatkan 10 kes jangkitan luar negara dan satu jangkitan tempatan.

2) Lapan kes pulih dilaporkan dengan jumlah kes pulih sepenuhnya sebanyak 9,038 kes bersamaan 97 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

3) Jumlah kematian kekal 125 orang. Tiada kematian baharu dilaporkan.

4) Lapan kes positif ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan enam daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

5) Sehingga 29 Ogos 2020, seramai 109 individu yang ada kaitan dengan Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak di Melaka disaring dan masih menunggu keputusan.