Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyeru agar orang ramai tidak risau susulan kes bunuh anggota cawangan khas Polis DiRaja Malaysia di Bukit Persekutuan. Ini kerana seorang suspek yang merupakan rakan setugas mangsa kini ditahan pihak polis.

Beliau yang dihubungi ketika siaran langsung buletin AWANI 7:45 juga berkata ini adalah masalah terpencil.

"Ini adalah satu kes terpencil dan masalah peribadi melibatkan dua orang. Orang ramai jangan risau," katanya.