Sepanjang fasa pertama Op COVID-19, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) telah menahan seramai 111 individu dan membuka 23 kertas siasatan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, daripada jumlah itu, 73 individu telah dituduh di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini atas kesalahan ingkar PKP.
Menurut Noorzainy, kedegilan masih lagi berterusan apabila 30 lagi individu sekitar daerah SPU ditahan pada minggu akhir fasa pertama PKP.
Katanya, tangkapan kesemua 30 individu itu dilakukan pada pukuk 3.30 petang Isnin hingga jam 1.40 pagi Selasa.
Melepak, menghisap dadah dan berjudi antara kesalahan yang dilakukan sekumpulan lelaki berkenaan di beberapa lokasi di kawasan di SPU ketika polis mengadakan OP COVID-19.
“Walaupun berkali-kali arahan dikeluarkan tetapi masih ada lagi yang mengingkari PKP dan memaksa polis melipat gandakan usaha bagi fasa kedua ini.
“Polis menyeru sekali lagi supaya penduduk mematuhi arahan bagi membantu menghapuskan penularan wabak COVID-19 yang begitu berbahaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, dalam operasi yang diadakan Isnin, kesalahan sama dilakukan antaranya berkumpul dan melepak di pondok serta bengkel kenderaan, menghisap dadah dan berjudi selain ada yang cuba lari dari sekatan polis.
Kesemua individu ini ditahan untuk siasatan selanjutnya dibawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 25 (1) (n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 dan Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Penyakit Berjangkit 2020.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue Mar 31 2020
Sebahagian daripada 73 individu dituduh di Mahkamah Majistret Butterworth pada Selasa atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Polis tahan lapan individu berjudi dalam apartmen
Polis menahan lapan individu termasuk dua wanita ketika sedang bermain judi 'poker' dalam serbuan di sebuah apartmen studio di Subang Jaya, awal pagi tadi.
Sembilan termasuk enam warga emas ditahan berjudi di kedai kopi
Ketika serbuan pukul 2 petang itu, tujuh lelaki dan dua wanita yang kesemuanya berusia 44 hingga 70 tahun sedang berjudi di situ.
'Bosan duduk rumah, keluar berjudi'
Itu antara alasan yang diberikan 20 individu yang hampir ke semuanya warga emas ketika ditahan pada Ahad.
Polis buka kertas inkuiri, siasat dakwaan judi di MAEPS
Wan Kamarul Azran berkata, satu laporan telah dibuat oleh anggota polis di Balai Polis Dato Abu Bakar Baginda.
Ingkar PKP: 30 lagi individu di Seberang Perai Utara ditahan
Kedegilan masih lagi berterusan apabila 30 lagi individu sekitar daerah SPU ditahan pada minggu akhir fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan.