Masyarakat mungkin terlupa penyimpanan sebarang bentuk video lucah merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang.
Pakar kriminologi, Datuk Shahul Hamid Abd Rahim berkata, lebih mengejutkan ada pihak yang menganggapnya hiburan malah berkongsinya dalam bentuk pesanan termasuk di kumpulan-kumpulan aplikasi WhatsApp.
Jelasnya, paling penting semua pihak harus berwaspada dan segera memadamkan video berkenaan jika ada di dalam simpanan telefon bimbit masing-masing.
"Jadi padamlah, benda ini terutama kaum-kaum lelaki yang dapat video serupa ini mereka ingat hiburan. Tetapi ada undang-undang yang boleh dikenakan tindakan apabila menyimpan video ini.
"Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) juga perlu melihat semula peranan, dan undang-undang yang ada juga perlu dipinda untuk menjelaskan sebarang video lucah yang dimpan di dalam telefon juga boleh dikenakan tindakan, kena uar-uarkan kepada masyarakat.
"Masyarakat lupa atau tidak tahu ada undang-undang yang demikian, mereka ingat ia bentuk hiburan, tetapi ada undang-undang dikenakan ke atas sesiapa yang menyimpan video lucah ini. Penyimpanan itu bukan di dalam telefon sahaja tetapi apa-apa juga yang digunakan untuk menyimpan bahan lucah ini, ia adalah satu kesalahan," katanya semasa dihubungi, hari ini.
BACA: Padah simpan video dan gambar lucah, pekerja kilang didenda RM7,000
BACA: Penumpang berbogel, tonton filem lucah atas pesawat ditahan
Bagaimanapun, ketika ditanya, apakah hak pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan telefon bimbit secara rambang, ini katanya: "Kalau pihak berkuasa hendak melihat telefon, mereka kena ada asas kerana telefon adalah milik peribadi.
"Dalam apa juga keadaan seseorang yang hendak melihat telefon perlu ada aduan, atau, jika polis syak ada video, pemeriksaan itu harus dibuat di depan tuan punya telefon itu sendiri."
Pada Jumaat, seorang pekerja kilang minyak masak didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret Ipoh kerana memiliki video dan gambar lucah di dalam telefon bimbitnya.
Majistret Siti Hafiza Jaafar menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, K. K. Ravi, 34 tahun, membuat pengakuan bersalah sebaik sahaja pertuduhan terhadapnya dibacakan.
Wan Syamsul Amly
Sat Mar 31 2018
![Ingat, video lucah bukan hiburan! - Pakar kriminologi Ingat, video lucah bukan hiburan! - Pakar kriminologi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/51522492988_smartphone.jpg)
Masyarakat mungkin terlupa penyimpanan sebarang bentuk video lucah merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang. - Gambar hiasan
![Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721113188_DonaldTrump.jpg)
Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh
Donald Trump menghadiri Konvensyen Kebangsaan Republikan pada malam Isnin, penampilan umum pertamanya sejak terselamat daripada cubaan bunuh.
![Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715148599_wismaputra.jpg)
Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat
Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
![Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721112073_PangonHarimauMal.jpg)
Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya
Kim Pan-gon memiliki rekod yang cukup baik bersama Malaysia, menjadi pengendali Harimau Malaya paling banyak mendapatkan keputusan yang positif sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
![Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721112865_FahmiFadzil.jpg)
Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa
Kementerian Komunikasi hari ini mengumumkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa pada harga tidak melebihi RM30.
![Messi harap cepat pulih daripada kecederaan Messi harap cepat pulih daripada kecederaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719647184_LionelMessi.jpg)
Messi harap cepat pulih daripada kecederaan
Kapten Argentina, Lionel Messi berharap agar beliau cepat pulih daripada kecederaan buku lali yang dialaminya perlawanan akhir Copa America.
![MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721105894_AhmadZahidHamidi.jpg)
MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid
MARA diminta untuk terus meneroka potensi antarabangsa dalam industri halal yang mempunyai prospek besar menerusi program Gate to Global (GTG).
Saya akan rindu bau durian - Kim Pan-gon
Menurut Kim Pan-gon, beliau akan tetap bangga dengan pasukan bola sepak Malaysia walaupun dimana beliau berada.
Katanya beliau akan merindui bau durian dan langit Malaysia. #AWANInews
Katanya beliau akan merindui bau durian dan langit Malaysia. #AWANInews
Kim Pan-gon letak jawatan berikutan komitmen peribadi
Pengurus pasukan kebangsaan Malaysia, Kim Pan-gon menyatakan perletakan jawatan tersebut kerana komitmen peribadi.
#AWANInews
#AWANInews
![Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721102997_SimposiumDronKeban.jpg)
Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi
Penggunaan dron membolehkan pemantauan pencemaran alam sekitar dan hidupan liar serta pencerobohan hutan dilaksanakan dengan lebih berkesan.
![Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih, akan terus rindui sokongan rakyat Malaysia Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih, akan terus rindui sokongan rakyat Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718142997_KimPanGon.jpg)
Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih, akan terus rindui sokongan rakyat Malaysia
Beliau telah mengadakan pertemuan dengan Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin, sebelum kedua-dua mereka mencapai persetujuan berhubung keputusannya itu.
![Tidak pernah goda atau punya hubungan dengan Ebit Lew - Saksi Tidak pernah goda atau punya hubungan dengan Ebit Lew - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716549971_EbitLew.jpg)
Tidak pernah goda atau punya hubungan dengan Ebit Lew - Saksi
Saksi kesembilan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew, memberitahu mahkamah dia tidak pernah menggoda atau mempunyai sebarang hubungan dengan pendakwah tersebut.
![Ebit Lew kerap hubungi, hantar gambar, tunjuk kemaluan - Pengadu Ebit Lew kerap hubungi, hantar gambar, tunjuk kemaluan - Pengadu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707807587_TBkesEbitLew.jpg)
Ebit Lew kerap hubungi, hantar gambar, tunjuk kemaluan - Pengadu
Pengadu kes Ebit Lew memberitahu mahkamah dia kerap menghubunginya melalui panggilan telefon dan video selain menghantar gambar serta menunjukkan kemaluan.
![Lelaki didenda RM7,000, buat hantaran berbaur lucah terhadap pegawai polis wanita Lelaki didenda RM7,000, buat hantaran berbaur lucah terhadap pegawai polis wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61701341186_JUDGE.jpg)
Lelaki didenda RM7,000, buat hantaran berbaur lucah terhadap pegawai polis wanita
Pertuduhan terhadap Mohamad Fatariza adalah menurut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
![Kes Ebit Lew: Saksi kelapan diminta keluarkan data 'pendrive' berunsur lucah Kes Ebit Lew: Saksi kelapan diminta keluarkan data 'pendrive' berunsur lucah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695711562_EbitLew.jpg)
Kes Ebit Lew: Saksi kelapan diminta keluarkan data 'pendrive' berunsur lucah
Saksi pendakwaan kes pendakwah Ebit Lew memberitahu mahkamah bahawa dia diminta oleh pegawai penyiasat untuk mengeluarkan data berunsur lucah daripada pemacu pena yang diterimanya.
![Perbicaraan kes Ebit Lew disambung September depan Perbicaraan kes Ebit Lew disambung September depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692355014_EbitLew.jpg)
Perbicaraan kes Ebit Lew disambung September depan
Perbicaraan kes pendakwah terkenal, Ebit Lew ditangguhkan pada Jumaat dan akan disambung semula pada September depan.
![Bincang topik berbaur lucah di Telegram: Jakim kemuka aduan rasmi kepada MCMC Bincang topik berbaur lucah di Telegram: Jakim kemuka aduan rasmi kepada MCMC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41684310207_TBNAIM.jpg)
Bincang topik berbaur lucah di Telegram: Jakim kemuka aduan rasmi kepada MCMC
JAKIM mengemukakan aduan rasmi kepada MCMC berhubung kewujudan akaun Telegram yang membincangkan topik lucah kendalian seorang wanita.
![Lelaki halang kereta wanita, cakap lucah ditahan Lelaki halang kereta wanita, cakap lucah ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681249193_TBlelakitular.jpg)
Lelaki halang kereta wanita, cakap lucah ditahan
Mangsa dan empat anak terpaksa menunggu sehingga setengah jam sebelum keretanya dapat dikeluarkan dari petak parkir.
![Lelaki lakukan aksi lucah ketika tunggang motosikal direman Lelaki lakukan aksi lucah ketika tunggang motosikal direman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81675655811_TBreman.jpg)
Lelaki lakukan aksi lucah ketika tunggang motosikal direman
Perintah reman dikeluarkan Majistret Mahkamah Yan, Anis Suraya Ahmad bermula hari ini sehingga 9 Febuari.
![Treler filem 'Pulau' tidak sesuai ditayangkan - Fahmi Treler filem 'Pulau' tidak sesuai ditayangkan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81674084070_TBMASHUPFAHMIP.jpg)
Treler filem 'Pulau' tidak sesuai ditayangkan - Fahmi
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak boleh bercakap bagi pihak LPF yang berada di bawah naungan Kementerian Dalam Negeri.
![KPWKM pandang serius isu jenayah seksual kanak-kanak di alam siber KPWKM pandang serius isu jenayah seksual kanak-kanak di alam siber](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81653759457_DatukSeriRinaMohd.jpg)
KPWKM pandang serius isu jenayah seksual kanak-kanak di alam siber
Rina berkata kes berkenaan memerlukan kerjasama segenap anggota masyarakat, untuk sama-sama mencegah dan melindungi kanak-kanak di negara ini.