Larangan untuk ahli Parlimen pembangkang memasuki sekolah kerajaan seperti dinyatakan Menteri Pendidikan, Maszlee Malik di Dewan Rakyat hari ini dipersoal.
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin di laman Twitternya dipercayai menyindir kenyataan Maszlee mengenai larangan tersebut.
“Ingat Malaysia baharu tiada larangan dah,” katanya.
Sementara itu, penasihat Lawyer of Liberty, N Surendran berkata, tindakan tersebut sama seperti kerajaan BN dahulu.
“Jika anda melakukannya, anda tiada beza dengan pemerintah BN dulu yang melakukan perkara sama ketika mereka berkuasa,” katanya.
Hari ini, Maszlee dalam ketika menggulung perbahasaan Belanjawan 2019 berkata ahli Parlimen pembangkang yang berhasrat masuk ke sekolah kerajaan bagi menghadiri program perlu mendapatkan kebenaran daripada Kementerian Pendidikan.
Isu larangan ahli Parlimen pembangkang memasuki sekolah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Jerai, Sabri Azit semalam.
Susulan itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin mengeluarkan kenyataan tidak wajar ahli Parlimen pembangkang didiskriminasi sebegitu.
“Ya, ia pernah dan agak kerap berlaku ke atas para ahli Parlimen pembangkang seperti kami semasa rejim BN berkuasa dahulu.
“Andai kata dakwaan itu benar, saya rasa ia amat tidak betul dan jelas bercanggah dengan prinsip dan roh kesamarataan di sisi undang-undang (equality before the law) di bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Sinar Harian
Mon Nov 19 2018
Khairy dipercayai menyindir kenyataan Maszlee mengenai larangan ahli Parlimen pembangkang memasuki sekolah kerajaan. -Astro AWANI
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
KPM lancar Kit Duta Sahsiah bantu sekolah bangunkan pendidikan karakter pelajar
Kementerian Pendidikan melancarkan Kit Duta Sahsiah, satu inisiatif kerajaan untuk membangunkan pendidikan karakter pelajar.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KPM siapkan panduan pengurusan bencana banjir hadapi Monsun Timur Laut
KPM memandang serius kebajikan dan keselamatan seluruh warga institusi pendidikan, dan telah melakukan persiapan awal mendepani banjir susulan MTL yang dijangka berlaku lebih awal kali ini.
KPM setuju pengambilan guru baharu dipecah mengikut tiga wilayah
Pengambilan guru baharu dipecahkan mengikut tiga wilayah, iaitu Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
883 sekolah di seluruh negara berisiko banjir - KP Pendidikan
Sebanyak 883 sekolah termasuk rendah dan menengah dikenal pasti berisiko dilanda banjir di seluruh negara.
Seminar AI Teknologi Pendidikan medan praktikal, hasilkan natijah positif - IKIM
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menganjurkan Seminar Kecerdasan Buatan (AI) Dalam Teknologi Pendidikan pada 11 dan 12 November.
Projek 1BestariNet: KPM serah siasatan kepada SPRM
KPM juga sedia beri kerjasama kepada SPRM selain sedang dalam proses memuktamadkan cadangan penyelesaian sebelum dikemukakan kepada Kabinet.
MOSTI terus perkasa program Malaysia Techlympics, STEM
MOSTI akan terus memperkasa pelaksanaan program Malaysia Techlympics dan inisiatif dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.
KPM laksana intervensi semua segmen bagi tingkat penglibatan murid dalam STEM - Fadhlina
Kementerian Pendidikan sedang melaksanakan intervensi di peringkat semua segmen bagi meningkatkan penglibatan murid dalam STEM.
Cikgu Din yang diuji masalah kesihatan isteri diberikan cuti - KPM
Kementerian Pendidikan melaksanakan tindakan segera bagi memberi bantuan terhadap Cikgu Din yang sedang diuji dengan masalah kesihatan isterinya seperti tular di media sosial.