KUALA LUMPUR: Masuk ke tahun 2021, ditambah pula dengan serangan pandemik, semakin ramai orang mula bekerja dari rumah (WFH) selaras dengan norma baharu yang dipraktikkan di seluruh dunia.
Begitupun, ada yang mendakwa bekerja dari rumah kurang produktif berbanding bekerja di pejabat.
Mengulas mengenai perbezaan pendapat berhubung WFH, pengasas Gig X Global, Shareen Shariza Abdul Ghani berkata, sebetulnya dalam usaha meningkatkan produktiviti pekerja yang bekerja dari rumah, terdapat beberapa inisiatif yang boleh diberi perhatian.
Menurutnya, elemen yang harus diberi perhatian adalah infrastruktur dan rangkaian internet.
“Infrastruktur mesti bagus, kita mesti kena ada internet yg kuat, digital application yang membantu untuk buat kerja dengan lebih menyenangkan.
“Gunakan teknologi untuk tugasan yang kita selalu buat, gunakan automation untuk tingkatkan produktiviti. Kita juga kena berubah daripada buat kerja cara lama kepada menggunakan teknologi, menggunakan perkakasan.
“Namun infrastruktur internet dan semuanya mesti yang ‘first class’, barulah kita boleh tingkatkan ekonomi kerana ia bergantung pada internet untuk kita buat kerja kita,” katanya ketika bersiaran secara langsung dalam Buletin AWANI pada Sabtu.
Dalam masa sama, tambah beliau, bekerja dari rumah mempunyai cabarannya tersendiri dan pengurusan masa adalah sangat penting bagi memastikan semuanya berjalan lancar.
“Penjanaan ekonomi memang rata-ratanya agak tercabar sebab dalam keadaan pandemik tapi dari segi etika kerja, tugas yang kita lakukan, itu memang semua mesti fokus dan perlu uruskan masa sebaiknya.
“Bila bekerja dari rumah, memang ada banyak cabaran, banyak gangguan. Jadi bagaimana untuk kita uruskan masa bagi memastikan produktiviti, hasil dan dalam masa sama menjaga kesihatan mental kita, itu yang penting,” ujarnya.
Jelasnya, selepas setahun menghadapi pandemik, cabaran tetap ada dan perlu ditangani sebaiknya kerana pandemik akan berterusan.
Astro Awani
Sat May 01 2021
Selepas setahun menghadapi pandemik, cabaran kepada golongan yang bekerja dari rumah tetap ada dan perlu ditangani sebaiknya kerana pandemik akan berterusan. - Gambar Hiasan
Anggota polis cedera, kereta peronda dirempuh ketika mahu siasat kes kemalangan
Tiga lelaki cedera termasuk dua anggota polis selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM)74.5 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini pada Sabtu.
Korea Selatan minat jalin kerjasama pembangunan lebuh raya pintar di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar.
Love Series IV guna teknologi tingkat kualiti tidur pengguna
Love Series IV, tilam yang direka menerusi teknologi Duocare dengan slogan ‘Satu Tilam, Dua Keselesaan’ memastikan pengguna menikmati dua tahap keempukan dalam satu tilam mengikut keselesaan individu.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Tuah bawa Aaron-Wooi Yik ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Aaron-Wooi Yik bersama Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani dari Indonesia menjadi pasangan yang mengisi dua slot terakhir.
Nuklear Malaysia rancang wujudkan badan sampaikan maklumat terus kepada PM
Ia juga bertindak sebagai 'suara' untuk disampaikan ke peringkat Perdana Menteri supaya teknologi itu tidak ketinggalan dan dipandang serong.
Amaran PBB: 343 juta orang di 74 negara hadapi “ketidakamanan makanan akut”
Program Makanan Sedunia PBB menggesa dana AS$16.9 bilion untuk menangani ketidakamanan makanan global yang kini menjejaskan 343 juta orang di 74 negara.
Jumlah mangsa banjir meningkat pagi ini
Di Terengganu, jumlah mangsa banjir di enam daerah meningkat kepada 398 orang berbanding 221 malam tadi, kini berada di 17 PPS.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 November 2024
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
Pendekatan global PM Anwar perkukuh kedudukan diplomatik dan ekonomi Malaysia
Dasar luar Malaysia yang berpegang kepada sikap tidak berpihak kini semakin mendapat momentum apabila negara memperluas hubungan ekonomi dan diplomatiknya.
AWANI Ringkas: Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Majoriti kakitangan sumber manusia lebih suka sistem kerja hibrid
Sektor swasta di Malaysia harus menjadi peneraju dalam melaksanakan perubahan hala tuju budaya kerja hari ini.
Pekerja Malaysia lebih gembira bekerja secara hibrid - Kajian Cisco
Hanya satu daripada lima atau 20 peratus pekerja Malaysia berpendapat bahawa syarikat mereka sangat bersedia untuk bekerja secara hibrid di masa depan.
Adakah waktu kerja 9-5 untuk 5 hari seminggu masih relevan?
Namun selepas dua tahun pandemik melanda pekerja kini dilihat mahukan lebih fleksibiliti dari segi waktu bekerja.
Majikan wajar pertimbang potong elaun perjalanan jika pekerja bekerja dari rumah- MEF
MEF melihat kewajaran majikan memberikan gaji yang lebih kecil termasuk memotong elaun perjalanan jika pekerja memilih untuk bekerja dari rumah.
Hadiah 'housewarming' yang anda juga ingin miliki!
Bagi artikel kali ini, kami ingin bawakan beberapa cadangan untuk anda pertimbangkan ketika menerima kod QR jemputan housewarming daripada rakan baik atau ahli keluarga terdekat.
8 peralatan yang memudahkan urusan anda di dapur
Artikel kali ini kami akan cadangkan kepada anda, lapan peralatan yang bukan sahaja mempunyai kemasan yang baik tetapi juga rekaan 'functional' dalam memudahkan urusan anda di dapur.
Perkara anda perlu konsisten lakukan walaupun ketika 'lockdown'
Kami yakin ramai antara kita sudah terbiasa dan serasi dengan rutin untuk terus berada di rumah dan mencipta keseronokan dalam ruang anda sendiri.
Bekerja dari rumah: Sisi negatif mula kelihatan
Antara aduan diterima ialah pekerja terpaksa korban masa peribadi dan majikan yang terlalu mendesak.
PKP pengaruhi kesihatan mental pekerja dan majikan yang bekerja dari rumah
Tan Sri Lam Thye Lee berkata, isu majikan dan pekerja ini tidak harus dipandang remeh kerana ia melibatkan kualiti serta prestasi kerja individu.
Seronok kerja di rumah? #DiariLockdown tanya warga media sosial
"SERONOK tak kerja di rumah?" "Bestnya, kerja di rumah. Boleh masak, tengok televisyen dan baring-baring sambil kerja".