KUALA LUMPUR: Intervensi kerajaan dengan mengawal harga barang dan memberi suntikan atau bantuan kewangan sememangnya dapat membantu melegakan bebanan peningkatan kos sara hidup, tetapi ia bukan penyelesaian jangka panjang.
Ketua Ekonomi Bank Islam, Azfanizam Abdul Rashid berpendapat, Malaysia perlu kembali kepada asas ekonomi dengan pendekatan yang lebih terus tanpa melibatkan unsur yang memanjangkan rantaian bekalan dari pembekal hingga ke pengguna.
“Bagi saya bukan pendekatan luar kotak pun, perkara ini sudah dikata dalam economics 101, cuma ia kita lupakan dan ditambah pula dengan pelbagai unsur orang tengah AP (pemilik permit diluluskan) dan sebagainya yang menjadikan pasaran itu sangat kompleks.
“Sedangkan kalau kita hanya fokus pada penghasilan, produktiviti dan pasaran okey... just make it straightforward,” kata Azfanizam ketika berkongsi pendapat dalam program Dialog Tiga Penjuru terbitan Astro AWANI.
Beliau berkata, produktiviti dalam negara harus dipertingkatkan supaya kita mempunyai bekalan bahan mentah sendiri dan tidak lagi terlalu bergantung kepada hasil import.
Pada masa sama, orang tengah juga perlu diatasi manakala pemilik AP perlu dikawal supaya akhirnya harga barang dapat ditetapkan pada kadar yang munasabah.
“Kalau dalam keadaan ekstrem, kerajaan boleh membuat intervensi, meletakkan harga siling, harga lantai, memberi subsidi dan sebagainya.
“Tapi kalau dalam keadaan biasa, suasana pasaran itu sendiri akan menentukan harga barangan,” sambung beliau lagi.
Ketika ini, Malaysia berbelanja RM55 bilion setahun untuk import makanan sementara banyak bahan mentah yang dihasilkan dalam negara berada di bawah paras separuh daripada kehendak pasaran.
Ia satu perbelanjaan tinggi yang menurut Azfanizam, boleh dikurangkan sedikit demi sedikit dengan meningkatkan penghasilan tanaman dan ternakan tempatan.
“Tahap sara diri untuk kobis bulat (ketika ini) 37.5 peratus pada 2020, selebihnya kena import. Begitu juga cili 30 peratus, daging lembu 22 peratus dan daging kambing 9.6 peratus, selebihnya perlu diimport.
“Di sini saya nampak kalau kita dapat perbaiki produktiviti dan pastikan rantaian bekalan makanan itu bebas daripada orang tengah yang tidak bertanggungjawab, saya rasa ia boleh mendatangkan kesan kekayaan kepada petani dan penternak kita," jelas beliau.
Malah dengan teknik pertanian dan penternakan yang sudah serba canggih dipacu oleh teknologi terkini bersandarkan Internet Kebendaan (IoT), langkah itu tidak sukar tetapi, tegas beliau, ia memerlukan keazaman politik para pemimpin untuk melaksanakannya dengan jaya.
Azfanizam menjadi antara panel jemputan program Dialog Tiga Penjuru dihoskan oleh Luqman Hariz pada Khamis.
Tonton video penuh di sini:
Israr Khalid
Fri Jan 21 2022
Negara mempunyai segala kemampuan untuk menanam cili namun masih bergantung kepada bekalan import untuk memenuhi kehendak pasaran. - Gambar hiasan
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Biden, Macron dijangka umum gencatan senjata Israel-Hezbollah
Rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza.
Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
Serangan Israel di beirut tengah ragut 29 nyawa
Kawasan padat penduduk di tengah Beirut, musnah akibat serangan udara Israel pada Sabtu lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 29 orang, termasuk kanak-kanak.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
UAE tahan tiga suspek kes bunuh rabai
Ketiga-tiga suspek merupakan warga Uzbekistan berusia 28 hingga 33 tahun.
Gantz desak Netanyahu dedah perjanjian dengan Lubnan
Pemimpin pembangkang Israel Benny Gantz, mendesak Netanyahu mendedahkan butiran perjanjian gencatan senjata yang dilaporkan hampir dimeterai antara Israel dan Lubnan.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Gubal Akta Parlimen Berpenggal Tetap, pastikan Kerajaan kekal hingga hujung penggal - Penganalisis
Akta Parlimen Berpenggal Tetap perlu digubal dan diluluskan untuk menghentikan sebarang polemik mengenai perubahan tampuk pentadbiran Kerajaan.
Sikap hormat terhadap prinsip demokrasi dalam kalangan wakil rakyat masih lemah - Penganalisis
Ahli Dewan Rakyat ketika ini tidak mencapai kelas penggubal undang-undang yang setaraf negara demokrasi matang dan maju.
Tahfiz kekurangan dana risiko abai keselamatan, kebajikan - Yayasan Pendidikan Khalifah
Aspek kebajikan dan gaji guru juga mungkin tidak dijaga dengan teratur, jika tiada pemantauan pihak kerajaan.
Dasar pendidikan mesti konsisten, untuk semua, bukan individu - PERPEMA
Satinah berkata, pihak kementerian juga perlu terbuka untuk menerima sumbang saran daripada pihak swasta.
Pendidikan: Dasar sering berubah punca berlaku defisit kepercayaan - Samuel Isaiah
Ibu bapa mahukan kestabilan pelaksanaan dasar yang konsisten apabila mereka melabur untuk masa depan anak-anak mereka.
Normalisasi hubungan negara Arab, Israel adalah tidak sihat - Dewan Pemuda Pas
Tindakan normalisasi hubungan negara arab dengan Israel adalah tidak sihat, serta menunjukkan kesatuan negara Islam yang rapuh dalam mengecam kezaliman rejim zionis.
Mansuh hukuman mati mandatori beri hakim pilihan lebih luas - Peguam
Hukuman mati masih dikekalkan untuk jenayah tertentu, khususnya melibatkan jenayah berat.
Tingkatkan mekanisme pencegahan jenayah di samping kekalkan hukuman mati - Penganalisis
Usaha pencegahan jenayah oleh kerajaan adalah tidak mencukupi dan seharusnya aspek tersebut perlu menjadi keutamaan pembuat dasar.
'Pembangkang mesti bentang dasar alternatif jika tidak setuju dengan kerajaan'
Pembangkang bertanggungjawab menawarkan dasar alternatif, untuk menjana persaingan idea yang matang dan mantap.
Pendekatan Madani dalam Belanjawan 2023 bentuk ekonomi manusiawi - ABIM
Belanjawan Malaysia Madani perlu sentuh aspek kemakmuran hidup rakyat dalam konteks lebih besar daripada sekadar ukuran pada angka.