SEPANG: Industri penerbangan Malaysia dijangka menyaksikan pertumbuhan lebih kukuh tahun ini, disokong oleh inisiatif berterusan kerajaan untuk meningkatkan sektor tersebut, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Beliau berkata jangkaan peningkatan perjalanan domestik dan juga antarabangsa itu adalah hasil daripada langkah strategik kerajaan terutamanya kelonggaran keperluan visa bagi pelancong China dan India, yang akan menyokong sektor tersebut.
"Melangkah ke 2024, kita menjangkakan pertumbuhan yang lebih kukuh dalam sektor penerbangan kerana bukan sahaja sektor domestik akan terus berkembang maju, tetapi kita juga menjangkakan perjalanan antarabangsa yang tinggi.
"Ini susulan langkah kerajaan, terutamanya dalam melonggarkan keperluan visa untuk pelancong warga China dan India," katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman tawaran tambang rendah tetap AirAsia untuk perjalanan sempena Tahun Baharu Cina, di sini, hari ini.
Loke berkata peningkatan ketara kemasukan pelancong bukan hanya dari pasaran utama seperti China dan India, tetapi juga dari Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina.
Beliau menjelaskan peningkatan perjalanan antara negara Asia ini sebagai perkara biasa, menjalin hubungan yang lebih baik antara negara di rantau ini, dengan Malaysia memiliki kelebihan.
Walaupun mengakui akan kepentingan China dan India sebagai pasaran penting, beliau turut menyedari peningkatan perjalanan dan permintaan besar dari Korea Selatan dan Jepun, dengan Sabah dilihat sebagai sebagai destinasi kegemaran dalam kalangan pengembara Korea.
Sementara itu Loke berkata dengan tumpuan meluas AirAsia terhadap pasaran Asia dan ketersambungan antara bandar sejak dua dekad lalu, kerajaan berhasrat untuk mengukuhkan hubungan antara Kuala Lumpur dan beberapa bandar raya Indonesia yang dikenal pasti sebagai pasaran utama untuk pembangunan selanjutnya.
Selain itu, beliau juga menekankan keperluan untuk menangani cabaran semasa termasuk isu aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan menambah baik kemudahan di semua lapangan terbang utama di Malaysia.
"Di peringkat kementerian, usaha bersepadu sedang dilakukan untuk menangani cabaran ini bagi memastikan keseluruhan ekosistem penerbangan dilengkapi dengan baik untuk menyokong pertumbuhan," katanya.
Menjangkakan kemuncak ketibaan pelancong pada 2026, beliau berkata langkah persediaan perlu dibuat untuk mengekalkan trajektori pertumbuhan sektor tersebut dengan menangani halangan operasi secara proaktif dan kerjasama merentas kementerian untuk mengukuhkan sektor penerbangan Malaysia.
Bersempena Tahun Baharu Cina, AirAsia menawarkan harga tambang rendah tetap untuk penerbangan lewat malam antara Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak, menjadikan perjalanan lebih mampu milik untuk keluarga.
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Miri, Sibu, Kuching, dan Bintulu, serta Johor Bahru ke Sibu, Miri, dan Kuching, berharga RM298 sehala.
Sementara itu, penerbangan antara Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu, Sandakan, atau Tawau, dan antara Johor Bahru dan Kota Kinabalu, berharga RM348 sehala, bagi perjalanan dari 5 Jan hingga 15 Feb, 2024.
Sebagai menyokong inisiatif musim perayaan kerajaan, AirAsia menawarkan 134 penerbangan lewat malam pada tambang rendah tetap ke tujuh destinasi popular di Sabah dan Sarawak, di samping 408 penerbangan mingguan dengan tambang tetap ke Sabah, Sarawak dan Labuan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 05 2024

Menteri Pengangkutan Anthony Loke ketika sidang media pada majlis Pengumuman Tambang AirAsia ke Sabah dan Sarawak sempena Tahun Baharu Cina di ibu pejabat AirAsia hari ini. - Foto Bernama
Majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan rutin berbuka puasa bersama rakyat.
Kali ini lokasi pilihan ialah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Butiran lanjut kita bersama wartawan Firdaus Azil di lokasi.
Kali ini lokasi pilihan ialah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Butiran lanjut kita bersama wartawan Firdaus Azil di lokasi.
Berbuka puasa sambil menyelusuri sungai Terengganu
Meyaksikan keindahan alam sambil berbuka puasa, pengalaman yang jarang dimiliki.
LG Malaysia perkenal DUALCOOL AI, transformasi HVAC ke arah teknologi pintar
LG Malaysia mengorak langkah baharu dalam industri pemanasan, pengudaraan dan penyaman udara (HVAC) dengan memperkenalkan DUALCOOL™ AI, penyaman udara pintar berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang menawarkan kecekapan tenaga, keselesaan optimum dan pengalaman pengguna yang lebih intuitif.
AWANI SABAH+ Ekslusif Bersama Datuk Seri Hajiji Noor, Ketua Menteri Sabah
Temubual eksklusif AWANI SABAH+ bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor melihat kepada bagaimana beliau membawa visi dunia ke negeri di bawah bayu, selain merealisasikan impian demi kesejahteraan rakyat. Dan semua itu diterjemahkan menerusi inisiatif hala tuju Sabah Maju Jaya.
Lapor serangan seksual: Mangsa OKU perlu lebih sokongan, bantuan - CPS KL
Badan bukan kerajaan Children’s Protection Society (CPS) Kuala Lumpur, bersama Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) tampil menganjurkan majlis berbuka puasa meraikan golongan OKU penglihatan dan anak-anak keluarga B40 semalam, yang turut diberi pengisian tentang kesedaran terhadap peningkatan kes serangan seksual.
KKM semak penafian APHM, bayar guna insuran lebih rendah
Kementerian Kesihatan akan menyemak kenyataan Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) berhubung dakwaan tiada perbezaan ketara dalam kos antara pesakit berinsurans dan pesakit yang membayar sendiri.
Kertas cadangan C4P dibentangkan kepada JPA Mei ini
Kertas cadangan untuk memberi autonomi tambahan kepada Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan (C4P) kini di peringkat akhir dan dijangka dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada Mei ini.

Pejalan kaki warga emas maut dilanggar di Miri
Seorang wanita warga emas maut dalam kemalangan di Jalan Airport, Miri, bahagian utara Sarawak malam tadi.
Consider This: Congestion Pricing (Part 1) — What Will Make Traffic Finally Move?
Kuala Lumpur’s worsening traffic congestion is costing Malaysia RM20 billion annually, according to a 2020 Prasarana study. Now, the government is considering a congestion charge—a fee imposed on vehicles using certain roads at peak hours—it’s expected to reduce traffic by an estimated 20%. But will it work? How will it be implemented? And will it place an unfair burden on road users? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Dr Hizal Hanis Hashim, Head of Corporate Communications and Knowledge Management at the Malaysian Institute for Road Safety Research (MIROS).

PRK DUN Ayer Kuning: Calon BN disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.

Industri penerbangan dijangka catat pertumbuhan lebih kukuh pada 2024 - Loke
Industri penerbangan Malaysia dijangka menyaksikan pertumbuhan lebih kukuh tahun ini, disokong oleh inisiatif berterusan kerajaan.