IPOH: Asalkan produk barangan kulit, ia mesti dikaitkan dengan warna coklat. Selain daripada warna itu, pasti dikhuatiri tidak asli dan diperbuat daripada sintetik.
Sayangnya, maklumat tentang barangan kulit masih belum meluas dalam kalangan masyarakat kita, bahkan ada yang masih keliru antara asli dengan sintetik.
Dengan teknologi terkini yang makin canggih, memang sukar untuk mengenal yang asli dan tiruan. Namun bagi yang sudah arif dan biasa memakainya, pasti tahu membezakan dengan hanya merasa teksturnya.
Selain warna coklat, sebenarnya terdapat pelbagai pilihan warna yang boleh dijadikan barangan kulit, sebut sahaja warna apa, asalkan anda berani memakainya.
Bagi pembuat barangan kulit, Mohd Noor Said, 56 tahun, yang mesra disapa 'Ustaz gondrong' kerana rambutnya yang panjang, industri ini disifatkannya masih belum agresif di Malaysia.
Katanya, tidak dinafikan produk hand made atau buatan tangan masih menjadi pilihan ramai, kerana tampak lebih eksklusif dan rekaannya lebih menonjol.
"Bagi saya maklumat tentang industri kulit ini masih belum meluas, daripada jenis kulit, cara pemprosesan dan berapa ramai pengusaha kulit yang terlibat secara serius.
"Ramai yang lebih gemar memakai barangan hand made berbanding ready made. Tetapi, bukan semua boleh buat, kerana ia perlukan kesabaran, tekun dan tidak putus asa.
"Selain itu, apabila pengetahuan tentang produk kulit kurang, orang cuma andaikan warna barangan kulit hanya coklat, tetapi sebenarnya ada banyak, ia boleh diwarnakan.
"Ada hijau, biru, merah dan sebagainya," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Ditanya sama ada boleh menguji barangan kulit sama ada asli atau tidak dengan cara membakarnya sedikit, Mohd Noor mengakui cara itu boleh diguna pakai.
Namun, katanya, ia secara tidak langsung akan merosakkan produk tersebut.
"Memang ramai kata, nyalakan pemetik api dekat barang kulit untuk pastikan ia asli. Kalau ada bau macam daging terbakar, itu memang asli.
"Tetapi bagi saya, cara itu agak tidak sesuai. Sebab ia merosakkan kulit. Lebih baik merasa dengan tangan di bahagian belakang kulit - kalau berserat, kita boleh tahu asli," jelasnya.
Bagaimanapun, beliau mengakui, hingga kini, warna coklat paling banyak mendapat tempahan berbanding warna lain, walaupun sudah dijelaskan berkenaan hal itu.
Selain itu, menurut Mohd Noor, kulit daripada sumber seperti lembu dan kerbau dilihat lebih menumpukan kepada pembuatan rebana dan kompang.
"Bagi saya, ia tidak agresif. Jika dibandingkan dengan negara jiran Indonesia, mereka lebih serius untuk ketengahkan industri ini.
"Malah mereka ada jabatan kraftangan yang memantau industri tersebut, sekali gus menjadikan ramai usahawan membuat barangan kulit lebih berdaya maju," katanya lagi.
Justeru, menjadi harapannya untuk melihat orang ramai diberi kefahaman lebih mendalam mengenai industri tersebut.
Katanya, terdapat tiga jenis kulit yang sering diguna pakai iaitu lembu, kambing dan kerbau.
"Kulit lembu ketahanannya lebih baik dan murah, ia juga cantik untuk hasilkan produk.Kulit kambing pula bersifat lembut dan cantik namun ketahanannya kurang.
"Kulit kerbau pula lebih lasak dan sesuai untuk hasilkan produk tahan lama seperti beg galas dan tali pinggang, tetapi ia tidak begitu cantik seperti kulit lembu dan kambing," Mohd Noor menjelaskan.
Aida Aziz
Sun Jul 23 2023
Mohd Noor mengakui, hingga kini, warna coklat paling banyak mendapat tempahan berbanding warna lain. - Foto Astro AWANI
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
'Industri pembuatan barangan kulit Malaysia perlu lebih agresif'
Pembuat barangan kulit harap orang ramai diberi kefahaman lebih mendalam mengenai industri tersebut.