KUALA LUMPUR : Industri aeroangkasa dijangka pulih dan bakal menjana semula pendapatan seawal 2022, kata Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Menurut beliau, pemulihan itu berupaya dicapai jika negara mampu mewujudkan pakej kerja baharu dengan kesan positif pada keseluruhan ekosistem melalui produk tempatan.
Bahkan, kata Azmin, proses pemulihan itu juga dapat dipercepatkan jika industri ini mampu memperluaskan perkhidmatan kargo udaranya, penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) termasuk perkhidmatan latihan profesional.
“Sejajar dengan perkembangan global dalam ESG (persekitaran, sosial dan pentadbiran), sektor aeroangkasa domestik juga akan membantu menyumbang kepada pengurangan pelepasan karbon melalui penggunaan bahan hijau menggunakan biomas Malaysia, bahan bakar bio-jet dan teknologi canggih," katanya semasa menyampaikan ucaptama dalam Airbus Malaysia Connect Webinar pada Khamis.
Pandemik COVID-19, tegas Azmin, telah menjejaskan industri aeroangkasa negara dengan perolehan keseluruhan merosot 20 hingga 30 peratus pada 2020 daripada perolehan RM16.22 bilion pada 2019.
Dalam pada itu, Azmim berkata, syarikat pengeluar juga digalakkan untuk menilai semula perancangan produk dan syarikat penerbangan mereka selain beralih kepada pesawat yang lebih efisien bahan bakar.
"Satu lagi bidang tumpuan berpotensi ialah pembangunan pesawat tanpa manusia (UAVs) dan dron. Tidak ada kekurangan bakat tempatan dalam bidang ini" tambahnya lagi.
Katanya, kerajaan mahu membangunkan satu ekosistem yang tidak terhad kepada UAVs dan dron sahaja, tetapi juga kepada pesawat Vertical Take-Off and Landing (VTOLs) dan pesawat autonomi bagi pasaran tempatan dan eksport.
"Saya ingin memuji pemain aeroangkasa kerana menunjukkan ketahanan serta kepintaran dalam menghadapi kesulitan dan pelbagai cabaran tahun lalu. Saya menggesa komuniti aeroangkasa untuk sentiasa bersedia dengan sebarang cabaran," kata beliau lagi.
Rahimah Abdullah
Thu Apr 22 2021
Industri aeroangkasa dijangka pulih dan bakal menjana semula pendapatan seawal tahun depan, kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. - Gambar hiasan
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.
PRK Mahkota: Azmin cabar MB Johor tubuh Kerajaan Perpaduan jika BN menang
PN cabar Menteri Besar Johor mengumumkan pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri itu sekiranya Barisan Nasional memenangi PPRK Mahkota.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.
Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin
Kemenangan DAP dalam PRK Kuala Kubu Baharu hanya akan ditentukan oleh pengundi dan bukannya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.