Indonesia mengambil pendekatan rapi dan memberi jaminan bahawa masalah jerebu tidak akan berulang di Malaysia, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Beliau berkata walaupun cuaca kering mula melanda sejak kebelakangan ini, namun Malaysia yakin langkah proaktif yang diambil Indonesia mampu menangani masalah itu yang melanda Malaysia dan Singapura pada tahun 2015.
Katanya Indonesia mengambil tindakan secara besar-besaran dan rapi dalam menangani masalah itu tahun lalu termasuk mengerahkan tentera, polis dan pegawai tempatan serta menambah keperluan asetnya.
"Indonesia telah membeli tiga helikopter yang diubah suai sebagai pengangkut air sama seperti Bombadier kita.
"Malaysia percaya tindakan sistematik dan agresif yang dilakukan oleh Indonesia dalam menangani jerebu dapat mengelak masalah pencemaran itu daripada berlaku tahun ini," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Antarabangsa Mengenai Isu-Isu Terkini Kesan Hutan dan Hasil Perhutanan Ke-18 di sini pada Rabu.
Pada 2015, Indonesia sering mengalami kebakaran hutan sehingga menyebabkan asap tebal merebak ke Malaysia.
Pada Selasa, Agensi Mitigasi Bencana Indonesia (BNPB) memberi amaran mengenai peningkatan ancaman kebakaran hutan berikutan cuaca kering yang dijangka bertambah buruk di Aceh sekali gus menyebabkan wilayah itu mengalami jerebu.
Agensi Pemulihan Tanah Gambut Indonesia dilaporkan memberi jaminan bahawa negara jiran seperti Malaysia dan Singapura tidak mengalami jerebu kerana pihaknya telah mengambil langkah baharu untuk menghentikan kebakaran hutan.
Menurut Wan Junaidi, Indonesia telah mematuhi garis panduan seperti dikeluarkan oleh ASEAN menerusi Pelan Tindakan Bebas Jerebu menjelang 2020.
"Walaupun wujud kebimbangan jerebu akan melanda Malaysia kerana terdapat titik panas di Kalimantan, kita tetap berpegang dengan jaminan yang diberi oleh Indonesia," katanya.
Dalam perkembangan lain, Wan Junaidi meminta kerajaan negeri terbabit dalam inisiatif National Pengurusan Hutan Secara Landskap atau Central Forest Spine (CFS) untuk memberikan kerjasama dalam memilihara kawasan hutan dan habitat asal.
Menerusi pelan itu, sebanyak 37 koridor telah dikenal pasti meliputi lapan negeri antaranya Kedah, Perak, Kelantan dan Terengganu disambung jaringan ekologi bagi kawasan hutan terpisah, katanya.
"Kawasan tanah yang telah dikenal pasti terlibat dalam koridor CFS merupakan habitat asal dan laluan kawasan bagi hidupan liar," katanya.
Mengenai perancangan Malaysia berikutan keputusan Britain melarang penjualan semua jenis kereta menggunakan petrol dan diesel mulai tahun 2040, Wan Junaidi berkata Malaysia mempunyai perancangan untuk menggunakan kenderaan elektrik secara berperingkat bermula pada tahun depan sehingga tahun 2025.
Beliau berkata ia adalah bagi mengatasi masalah pencemaran udara akibat pelepasan asap kenderaan yang menggunakan bahan api berasaskan petroleum dan diesel.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 26 2017
Pada Selasa, Agensi Mitigasi Bencana Indonesia (BNPB) memberi amaran mengenai peningkatan ancaman kebakaran hutan berikutan cuaca kering yang dijangka bertambah buruk di Aceh. - Foto Fail
Satu representasi PU Azman ditolak, hafal satu juzuk al-Quran di penjara
AGC menolak satu daripada dua representasi dikemukakan PU Azman berkaitan pertuduhan melakukan amang seksual fizikal yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen Seremban.
Kes IPIC: 'Nama saya sudah bersih' - Irwan Serigar
'Nama saya sudah bersih' - Irwan Serigar
[TERKINI] Lebih 8,000 mangsa banjir di Kelantan, negeri paling terjejas
Wakil Astro AWANI Kelantan, Muhafandi Muhamad membawakan perkembangan terkini situasi banjir di Kelantan yang menjadi negeri paling terjejas teruk ketika ini.
Kereta dihanyutkan air, lelaki warga emas meninggal dunia
Mangsa Bangau Amping, 75 tahun maut ditempat kejadian selepas kenderaan yang dinaikinya dihanyutkan air ketika cuba meredah banjir di Selirik, Kapit awal pagi Rabu.
Program Rakan Muda: Penglibatan akan dikira dalam pentaksiran aktiviti sukan kokorikulum
Menteri Belia Dan Sukan berkata KBS akan meneroka lebih banyak insentif lain bersama KPM dan KPT bagi penglibatan pelajar sekolah dan IPT dalam Program Rakan Muda.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Program Rakan Muda: Kementerian meneruskan 10 Gaya Hidup Rakan Muda
Menteri Belia Dan Sukan berkata Kementerian meneruskan 10 gaya hidup Rakan Muda dan memperbanyakkan pertandingan di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Program Rakan Muda akan terus dilaksanakan - Hannah Yeoh
Menteri Belia Dan Sukan berkata program Rakan Muda akan terus dilaksanakan diseluruh negeri dan daerah. Tumpuan diberikan dalam bentuk pertandingan sebagai satu platform penyerlahan bakat anak muda dalam pelbagai bidang.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
[TERKINI] Bencana banjir: Mangsa di Kelantan meningkat mendadak, negeri lain terkawal
Mangsa banjir di empat negeri meningkat kepada 1,332 daripada 387 keluarga, setakat jam 6 pagi, pada Rabu.
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Pantai Timur
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di tiga negeri pantai timur sehingga Jumaat (29 November).
Kubang Pasu dilanda banjir selepas hujan berterusan selama dua hari
Lebih 10 buah rumah di Kampung Nang Mah dinaiki air setinggi 1.3 meter.
Inisiatif Jalur dan Jalan China beri nafas baharu kepada Laluan Sutera - Menteri Kanan Kemboja
Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) China telah memberikan nafas baharu kepada Laluan Sutera yang berkurun-kurun usianya dengan skop yang menyeluruh, merangkumi daratan dan lautan, ruang udara serta siber
Menelusuri landskap penyakit jarang jumpa di Asia
Malaysia, berpotensi mendukung pemajuan penjagaan dan rawatan bagi rantau ASEAN dengan membangunkan ekosistem yang menggalakkan kesedaran, kesediaan, mempercepat peraturan dan kepimpinan dasar.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Forum Perniagaan Antarabangsa Rusia-ASEAN tindakan susulan lawatan PM Anwar ke Vladivostok
Rusia terus berhubung dengan Malaysia untuk menganjurkan forum itu bagi membincangkan aspek yang disentuh semasa lawatan Perdana Menteri ke Rusia.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Menjelang giliran Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, sekarang dianggap waktu yang tepat untuk memperbaharui hubungan perdagangan antara Malaysia dan Rusia.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Lawatan PM Anwar kukuh perkongsian global Malaysia di sebalik ketidaktentuan geopolitik
Chong berkata usaha Anwar untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia wajar dihargai.
Kepengerusian ASEAN 2025: Perkukuh komuniti dan tangani cabaran serantau - Mohamad
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia berperanan penting dalam memperkukuhkan komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ringgit ditutup rendah selepas kenaikan selama tiga hari
Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan selama tiga hari berturut-turut, sebelum ini.