MELAKA: Tiga individu tidak berpuasa yang berada di sebuah kedai makan termasuk seorang yang sedang mencedok lauk lari lintang-pukang selepas 'disergah' penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam Ops Ramadan di MITC, Ayer Keroh di sini pada Selasa.
Dua daripada mereka bergegas melarikan diri menaiki sebuah kereta jenis Perodua Myvi manakala seorang lelaki yang datang menunggang motosikal sanggup meninggalkan motosikal di hadapan kedai dan berlari menyelamatkan diri dengan memakai topi keledar.
Malah air yang telah siap dibungkus juga tidak sempat dilarikan dan ditinggalkan di dapur kedai itu yang didapati tidak serik menjual makanan kepada orang Islam yang tidak berpuasa.
Selain itu, dalam satu serbuan berasingan di Taman Mutiara Melaka Baru, seorang lelaki yang memegang tiga bungkus nasi campur memberi alasan dia membeli makanan untuk pekerjanya warga Bangladesh.
Dia yang menetap di Kuala Lumpur mengakui merentasi negeri untuk melakukan kerja-kerja membaiki alat pendingin udara di negeri ini sebelum ke kedai makan tersebut.
Sementara itu, Pengarah JAIM, Datuk Che Shukri Che Mat berkata, JAIM mengeluarkan dua surat perintah hadir kepada individu berkenaan dan pemilik restoran yang didapati bersubahat menjual makanan kepada umat Islam yang tidak berpuasa.
Menurutnya, operasi berkenaan antara 32 serbuan yang dilakukan sepanjang bulan Ramadan ini membabitkan 399 premis.
Katanya, daripada jumlah itu, 39 kes ponteng puasa berjaya dikesan membabitkan 29 kes di daerah Melaka Tengah dan masing-masing tiga dan tujuh kes di daerah Alor Gajah dan Jasin.
"Kebanyakan kes yang dikesan membabitkan pembelian makanan di kedai makan iaitu sebanyak 12 kes, selain kita turut menahan tiga individu yang sedang makan dan minum di kedai serta 10 individu yang sedang merokok," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 49, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka.
Mengulas lanjut, beliau berkata, dalam operasi itu juga, pihaknya mengesan beberapa premis di daerah ini menjual makanan kepada orang tidak berpuasa menggunakan kaedah pandu lalu.
Menurutnya, JAIM akan terus menjalankan pemantauan dan rondaan secara berterusan biarpun hampir berakhir Ramadan terutama membabitkan lokasi-lokasi panas yang menjadi tumpuan umat Islam tidak berpuasa.
"Kita mengingatkan umat Islam di negeri ini supaya terus memelihara kesucian agama Islam dan tidak mencemar bulan yang mulia ini dengan perkara sebegini," katanya.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Tue May 04 2021
Dua daripada mereka melarikan diri menaiki sebuah kereta manakala seorang lagi meninggalkan motosikal di hadapan kedai. - Gambar/ Sinar Harian
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Restoran tumpuan 'geng plastik hitam' diserbu, dua 'ulat' diberi notis
Antara penerima notis ialah dua pekerja restoran tersebut yang bertindak sebagai penghantar makanan kepada individu tidak berpuasa.
Individu tak puasa lari lintang-pukang 'disergah' penguat kuasa
Dua daripada mereka bergegas melarikan diri menaiki sebuah kereta jenis Perodua Myvi manakala seorang lelaki yang datang menunggang motosikal sanggup meninggalkan motosikal di hadapan kedai.