Beliau berkata demikian pada kenyataan pada sidang media bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hyderabad House pada Selasa.
Tiruvalluvar merupakan seorang penyair dan ahli falsafah dari India Selatan yang terkenal dengan sastera klasik Tamil, Tirukkural.
Selain itu kata Modi, India sudah menubuhkan kursi Ayurveda di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
"Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri (Anwar) dan pasukannya ke atas kerjasama untuk merealisasikan usaha ini," katanya.
Dalam pada itu, Modi berkata, India turut menawarkan biasiswa kepada 100 pelajar Malaysia bagi mengikuti kursus keselamatan siber dan kecerdasan buatan (AI) di bawah inisiatif Indian Technical and Economic Cooperation Programme.
Pada 2016, Institut Nasional Ayurveda India dan UTAR menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk meningkatkan kerjasama dalam penyelidikan serta mempopularkan perubatan tradisional itu di Malaysia.
MoU tersebut ditandatangani antara Pengarah NIA, Sanjeev Sharma dan Pengerusi UTAR ketika itu, Tun Dr Ling Liong Sik, sebagai kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi untuk menubuhkan fakulti Ayurveda bagi program Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana.