KUALA LUMPUR: Statistik indeks jenayah di Kuala Lumpur, melibatkan jenayah kekerasan dan harta benda mencatatkan penurunan sebanyak 344 kes atau 10.3 peratus sejak 1 Januari hingga 31 Ogos lalu, berbanding 3,349 kes pada tahun sebelumnya.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, jenayah kekerasan secara keseluruhannya mencatatkan penurunan sebanyak 115 kes atau 15.6 peratus pada tahun ini berbanding 738 kes bagi tahun sebelumnya.
"Begitu juga dengan jenayah harta benda yang turut mencatatkan penurunan sebanyak 229 kes atau 8.8 peratus," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini pada Rabu.
Allaudeen berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik telah merampas pelbagai jenis dadah yang benilai RM53.3 juta sejak Januari hingga Ogos lalu.
"Statistik perbandingan tangkapan Januari hingga Ogos lalu dan tempoh yang sama bagi tahun lalu menunjukkan peningkatan seramai 350 orang iaitu 9,765 orang bagi tahun ini berbanding 9,415 orang pada tahun lalu," katanya.
Allaudeen berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial mencatatkan peningkatan kejayaan tangkapan pusat panggilan sindiket penipuan dalam talian.
"Sejak Januari hingga Ogos lalu, sebanyak 64 kes berbanding 57 kes pada tahun sebelumnya dengan kadar pertuduhan untuk tahun ini sebanyak 58 peratus," katanya.
Beliau berkata, sebanyak 24,155 saman atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah dan Penguatkuasaan Trafik Polis Kuala Lumpur dalam Operasi Hormat Undang-undang Jalan Raya bagi Fasa 2 sejak 15 September lalu.
"Operasi sebegini adalah untuk meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya untuk mematuhi undang-undang," katanya.
Allaudeen berkata, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Polis Kuala Lumpur telah membuka sebanyak 157 kertas siasatan tatatertib (KST) bagi tempoh Januari hingga Ogos lalu berbanding 164 KST pada tahun sebelumnya melibatkan pelbagai salah laku di kalangan pegawai dan anggota.
"Sebanyak 18 orang pegawai dan anggota yang telah diambil tindakan hukuman buang kerja dan enam orang diturunkan pangkat dalam tempoh sama," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Sep 20 2023
Allaudeen berkata, jenayah kekerasan secara keseluruhannya mencatatkan penurunan sebanyak 115 kes atau 15.6 peratus pada tahun ini berbanding 738 kes bagi tahun sebelumnya. - Gambar/ Sinar Harian
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Indeks jenayah seluruh negara menurun 2.7 peratus untuk 2016
Kadar indeks jenayah seluruh negara bagi tempoh Januari hingga Disember 2016 mencatatkan penurunan 2.7 peratus.