Indeks Gaji Kebangsaan (NWI) yang dilancarkan hari ini akan menjadi garis panduan bagi mengukur perubahan upah dan gaji pekerja di pasaran buruh Malaysia, kata Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran.
Indeks itu, yang pertama di negara ini, merupakan satu daripada 11 inisiatif konsolidasi pasaran buruh di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (11MP) dalam bidang-bidang prioriti meningkatkan produktiviti, mendorong pewujudan kerja dan menaikkan struktur gaji, kata beliau.
Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan NWI, Kulasegaran berkata majikan boleh menggunakannya sebagai panduan dalam menetapkan tahap gaji untuk pelarasan dan sebagai input kepada dasar sumber manusia mereka.
"Pekerja dan pencari kerja boleh menilai perubahan gaji mereka dengan trend pasaran buruh yang lebih luas dan dalam laluan kerjaya mereka," kata beliau.
Sebagai pembuat dasar, kata Kulasegaran, kerajaan boleh menggunakan NWI untuk memantau pelarasan gaji, sebagai input bagi menetapkan gaji dan menyemak gaji minimum untuk pertimbangan dasar.
NWI telah dibangunkan oleh Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA) berdasarkan tinjauan suku tahunan mengenai maklumat dan pelarasan daftar gaji antara Sept 2016 hingga Jun 2018.
Beliau berkata antara keputusan utama tinjauan itu menunjukkan gaji asas naik 8.2 peratus sepanjang lapan suku tahun.
Katanya, kementeriannya akan menerbitkan NWI setiap suku tahun dan terbitan akan datang ialah pada suku kedua 2019.
Menyentuh hal lain, Kulasegaran juga berkata kerajaan akan memberi fokus kepada meningkatkan penyertaan wanita, pesara berusia lebih 60 tahun dan orang kurang upaya sebagai pekerja prospektif dalam kumpulan buruh.
"Kita tidak harus membiarkan bakat dan pengalaman pekerja lebih tua dibazirkan oleh kerana mereka boleh menyumbang banyak kepada pertumbuhan ekonomi," kata beliau, dan menambah kerajaan akan mengkaji model Singapura yang membenarkan pesara bekerja semula. — Bernama
Bernama
Tue Feb 19 2019
Kulasegaran (tengah) melancarkan Indeks Gaji Kebangsaan di Kementerian Sumber Manusia hari ini. - BERNAMA
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Bruno Fernandes mahu naik gaji RM2.19 juta seminggu
Fernandes dikatakan bakal meninggalkan United walaupun pada musim lalu dia menjadi salah seorang pemain terbaik pasukan itu.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Gaji guru Pasti: Semua kena patuh Akta Kerja 1955 - KPM
Sebelum ini, tular satu memo daripada JTKSM mengenai arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap Pasti.
Tiada kompromi ke atas mana-mana pihak langgar hak pekerja - Steven Sim
tindakan tegas akan diambil terhadap majikan kerana setiap pekerja berhak ke atas gaji mereka dan ia bukanlah satu perkara yang boleh dipermainkan.
Kerajaan pertimbang cadangan gaji RM4,000 untuk graduan TVET
Cadangan itu antara yang diberi perhatian dalam usaha memperkasakan institusi TVET di Malaysia.
Skim pencen: JPA di peringkat akhir kajian, belum ada keputusan - KSN
Pada 20 Jan lepas, JPA berkata Laporan Interim 1 Kajian Semula SSPA telah diserahkan kepada perdana menteri pada 19 Jan.
Elaun bulanan atlet Program Podium ditukar kepada gaji - Hannah
KBS mengumumkan bayaran elaun bulanan atlet yang berada di bawah Program Podium ditukar kepada gaji dan akan dinaikkan dengan minimum asas sebanyak RM1,500 sebulan.
Pelarasan gaji golongan profesion teknikal diberi keutamaan dalam SSPA - PM Anwar
Kehadiran beliau bagi mengiktiraf peranan golongan profesion teknikal yang sesuai dengan keadaan dan pertumbuhan ekonomi negara sekarang.
Lima aspek perlu diteliti sebelum laksana dasar gaji progresif - Prof Roselina
Kerajaan perlu meneliti lima aspek sebelum melaksanakan cadangan dasar gaji progresif dalam memastikan strategi ini mempunyai hala tuju lebih jelas terutama dalam membantu graduan.
Kerajaan disaran struktur semula gaji sektor awam
Zainal berkata, perubahan gaji mengikut gred dapat mengurangkan risiko mereka mendedahkan diri kepada amalan rasuah.