KUALA LUMPUR: Setelah mengharungi perjalanan sejauh 18,000 kilometer (km) selama 108 hari dengan menunggang motosikal Yamaha FZ150, akhirnya impian pengusaha tasbih, Zulkepli Mo'minin untuk menjejakkan kaki dan menunaikan umrah di Makkah tercapai.
Zulkepli, 55, selamat tiba di Tanah Suci Isnin lepas (23 Okt) selepas memulakan perjalanan solo sejak 8 Julai lalu dari Gombak, Selangor dan telah merentasi 11 negara antaranya Thailand, Laos, China, Kazakhstan, Uzbekistan, Turkmenistan, Iran, Iraq, Kuwait dan Arab Saudi.
Berkongsi pengalamannya dengan Bernama, Zulkepli berkata, antara peristiwa tidak dapat dilupakan ialah ketika beliau terkandas di Iran selama sebulan lebih berbanding perancangan asal 11 hari kerana masalah dokumentasi.
Beliau menghadapi kesukaran untuk memasuki Iraq di Shalamche meskipun hanya tinggal 100 km sahaja untuk sampai di Safwan iaitu sempadan Iraq-Kuwait.
"Sebelum memulakan ekspedisi ini, mengikut sedikit info yang saya dapat daripada pengembara yang pernah merentasi Iraq, jika sudah ada transit visa dan tidak bermalam di negara itu, tidak akan ada masalah, boleh rentas sahaja.
"Tapi, sebaliknya berlaku di pintu masuk Iran-Iraq, Shalamche.. pegawai Iraq tidak membenarkan saya masuk, jadi saya terpaksa berpatah balik ke bandar Khorramshahr yang jaraknya hanya 20km dari Shalamche untuk bermalam dan memikirkan jalan penyelesaian seterusnya," katanya ketika dihubungi.
Bagi menyelesaikan masalah itu, beliau terpaksa meninggalkan motosikalnya sementara waktu dan mengambil penerbangan dari bandar Ahvaz ke Tehran yang jaraknya 900 km, bagi memohon visa secara fizikal daripada Kedutaan Iraq.
"Dipendekkan cerita, Kedutaan Iraq akhirnya meluluskan permohonan visa saya selepas 15 hari berada di Tehran...walaupun pada satu ketika saya sudah buntu dan hampir putus asa memikirkan tentang birokrasi pegawai Iraq dan mahu sahaja ambil tiket penerbangan dari Tehran ke Riyadh, Arab Saudi," katanya.
Bapa kepada lima anak itu berkata, beliau turut berdepan cabaran lain iaitu terpaksa melalui laluan berbatu di salah satu pergunungan di Kyrgyzstan sejauh 450 km.
"Walaupun pelbagai ujian dan kesusahan terpaksa dilalui sepanjang ekspedisi ini, saya terima sahaja kerana itu semua ketentuan Allah dan ujian itu adalah nikmat untuk saya rasai," katanya.
Zulkepli akan berada di Makkah dan Madinah untuk beberapa hari lagi sebelum mengambil penerbangan pulang ke tanah air manakala motosikalnya akan dihantar dengan kargo laut. - BERNAMA
Bernama
Wed Oct 25 2023
Zulkepli Mo'minin mengharungi perjalanan sejauh 18,000 kilometer selama 108 hari dengan menunggang motosikal Yamaha FZ150 untuk menjejakkan kaki dan menunaikan umrah di Makkah.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Impian Zulkepli bermotosikal ke Makkah, tunai umrah tercapai
Zulkepli Mo'minin mengharungi perjalanan sejauh 18,000 kilometer selama 108 hari dengan menunggang motosikal Yamaha FZ150.