Seramai 1,509 pendatang asing tanpa izin (PATI) pelbagai warganegara ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen sejak operasi penguatkuasaan besar-besaran dilaksanakan Jabatan Imigresen susulan tamatnya tempoh bagi pendaftaran Program E-Kad pada 30 Jun lalu.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata jumlah penahanan tersebut adalah hasil daripada 181 operasi penguatkuasaan yang dijalankan di seluruh negara bermula 1 Julai hingga 8 pagi hari ini (3 Julai) melibatkan pemeriksaan ke atas 5,278 orang warga asing.
"Sebanyak 28 majikan turut ditahan dan 86 orang diberi notis untuk hadir memberi keterangan sejak operasi tersebut dijalankan," katanya dalam satu kenyataan.
Daripada PATI yang ditahan, tangkapan tertinggi adalah warga Bangladesh seramai 752, diikuti oleh warga Indonesia (195), Myanmar (117), Filipina (50), Thailand (45) dan bakinya adalah dari negara lain.
Seramai 1,314 merupakan PATI lelaki, 192 perempuan dan tiga orang kanak-kanak, tambahnya.
E-Kad (Enforcement Card) membolehkan penggajian semula pekerja asing tanpa izin (PATI).
Mustafar berkata majikan yang dikesan menggaji PATI boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Akta Imigresen 1959/63 di mana majikan akan didakwa di bawah empat kesalahan utama iaitu di bawah Seksyen 55A kerana membawa masuk PATI secara tidak sah ke dalam negara, Seksyen 55B kerana menggaji PATI, Seksyen 55E kerana membenarkan PATI masuk dan tinggal di premis dan Seksyen 56 (1) (d) kerana kesalahan melindungi PATI.
Di samping itu, katanya majikan juga boleh didakwa di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (Pindaan 2010) (ATIP SOM).
Mustafar berkata operasi penguatkuasaan tersebut akan dijalankan secara berterusan tanpa henti dan majikan serta PATI yang ditangkap dalam operasi tersebut akan dikenakan tindakan yang tegas.
Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya juga telah mengesan satu taktik baru cubaan mendaftar E-Kad oleh PATI yang telah dihantar pulang dan disenarai hitamkan.
"Mereka menyusup masuk ke negara ini melalui jalan yang tidak sah dan cuba menyertai program pendaftaran E-kad dalam usaha mendapatkan pas kerja yang sah.
"Namun ini dapat dikesan oleh JIM apabila cap jari mereka diambil untuk semakan dan rekod telah mengesan identiti mereka yang sebenar dan status mereka yang disenarai hitam," katanya.
Beliau berkata cubaan untuk mendaftarkan PATI yang tidak layak itu berjaya digagalkan melibatkan 38 kes dengan 40 orang PATI dan dua orang majikan telah ditangkap.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang PATI atau sebarang maklumat yang boleh membantu Jabatan Imigresen dalam melaksanakan penguatkuasaan diminta untuk tampil menyalurkan maklumat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 03 2017
Pegawai imigresen, disertai Mustafar (dua kiri) membuat pemeriksaan E-Kad ke atas pekerja asing di kawasan perindustrian Kapar, 1 Julai, 2017. - Astro AWANI / Samsul Said
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia.
[TERKINI] Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa
Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lawatan Rasmi PM: Lembaran baharu penerokaan peluang pelaburan
Anwar mengalu-alukan kehadiran lebih 200 peserta yang mewakili 147 syarikat Korea Selatan dari pelbagai sektor, termasuk semikonduktor, kenderaan elektrik, teknologi hijau dan kecerdasan buatan (AI).
AWANI Pagi: Inovasi Selangor Pemacu Modal Insan Berkemahiran
Saksikan wawancara eksklusif #AWANIPagi bersama Mohd Hidayat Mohd Sauffi, Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Sekretariat Selangor Education Summit 2024, yang akan membincangkan peranan inovasi dan teknologi dalam memacu pembangunan modal insan di Selangor.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Wealth-Tech: The evolution of wealth management in Malaysia
Over the past decade, the landscape of wealth management and investing has undergone significant transformation, driven by technological advancements and innovative solutions. From robo-advisers to low-cost investment platforms, Malaysians now have more tools than ever to manage their finances and build wealth.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
MSF gesa bantuan dan perlindungan tanpa halangan untuk pelarian Rohingya di Bangladesh
MSF gesa pihak berkuasa Bangladesh memastikan akses segera dan tanpa halangan kepada bantuan kemanusiaan, penjagaan dan perlindungan untuk semua pelarian Rohingya.
KDN sahkan terima permohonan Bangladesh untuk tahan pengasas Bestinet
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan telah menerima permohonan daripada Bangladesh yang meminta Malaysia menahan pengasas Bestinet Aminul Islam Abdul Nor dan rakannya Ruhul Amin.
Tribunal Jenayah Antarabangsa Bangladesh keluar waran tangkap terhadap bekas PM Hasina
Tribunal Jenayah Antarabangsa Bangladesh pada Khamis mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas perdana menteri Sheikh Hasina atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan.
Lawatan rasmi: Anwar tiba di Bangladesh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Dhaka untuk lawatan rasmi bagi membuka laluan kepada hubungan lebih erat antara Malaysia dan Bangladesh.
PM Anwar akan diberi penghormatan rasmi di lapangan terbang Dhaka
Ketibaan beliau akan disambut Penasihat Utama Bangladesh, Profesor Muhammad Yunus pada 2.30 petang (4.30 petang waktu Malaysia).
PM Anwar dijadual ke Dhaka untuk tingkatkan hubungan dengan Bangladesh
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan lawatan singkat ke Bangladesh pada 4 Okt.
Bangladesh hantar bantahan susulan kenyataan Menteri Dalam Negeri India
Kementerian Luar Bangladesh mengemukakan bantahan keras terhadap kenyataan Shah yang disifatkan sebagai "sangat tidak dapat diterima".
Dua rakyat Malaysia bebas selepas jalani hukuman penjara di Bangladesh
Kementerian Luar Negeri Malaysia mengesahkan dua warganegara Malaysia dibebaskan berikutan perintah Mahkamah Bangladesh selepas selesai menjalani hukuman kerana menyeludup emas ke Bangladesh.
Bangladesh tidak dapat tampung lagi pelarian Rohingya - Penasihat Luar
Dhaka gesa negara dan organisasi yang mengesyorkan pengambilan selanjutnya supaya mereka berkongsi beban itu sendiri.
Imigresen tahan lima lelaki Bangladesh, tumpas sindiket pemalsuan dokumen Fomema
Modus operandi sindiket adalah menawarkan perkhidmatan kepada warganegara asing yang tidak memiliki pasport untuk mendapatkan dokumen Fomema.