Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menyelamatkan tiga gadis warga Vietnam, yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi seks oleh sindiket pelacuran di sebuah premis pelacuran, dalam satu operasi khas yang dijalankan di Kota Kemuning, Selangor Selasa lepas.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata pasukan operasi membuat serbuan di premis berkenaan berdasarkan maklumat awam dan risikan.
"Ketiga-tiga mangsa eksploitasi seks yang masing-masing berumur 18 tahun berkenaan diselamatkan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.
"Ketiga-tiga mangsa ditempatkan di rumah perlindungan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis
Khairul Dzaimee berkata pasukan operasi turut menangkap seorang lelaki tempatan berumur 37 tahun bersama teman wanitanya seorang warga Vietnam, serta seorang wanita warga Myanmar yang disyaki bekerja sebagai penjaga premis yang berperanan menguruskan aktiviti pelacuran.
Ketiga-tiga mereka ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan AntiPenyeludupan Migran 2007, katanya.
Turut ditahan ialah tiga orang wanita pekerja seks yang lain terdiri daripada warga Vietnam dan Indonesia kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 07 2019
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata pasukan operasi membuat serbuan di premis berkenaan berdasarkan maklumat awam dan risikan. - Gambar BERNAMA
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Pekerja Islam berdepan diskriminasi solat Jumaat diminta buat aduan - Exco
Pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Jan tahun depan diminta membuat aduan.
Lebih 2,000 alumni bakal sertai Malam Alumni UM 2024
Aktiviti ini dijangka memberi motivasi kepada pelajar baharu dan alumni muda untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
MediaTek lancar cip Dimensity 8350
Ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm, hadir dengan empat teras CPU Cortex-A715, empat teras CPU Cortex-A510, GPU Mali-G615 MC6, dan NPU 780.
[KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan
Pembelian aset terpakai ini terbukti mampu menawarkan jalan tengah yang pantas dan efektif.
Sidang Parlimen: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Fasa akhir pembinaan kapal Littoral Combat Ship (LCS) pertama dijadualkan siap akhir tahun ini dan dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan dalam kontrak.
'Kita perlukan pasukan penembak dron' - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata Malaysia memerlukan pasukan penembak dron bagi mengatasi masalah penyeludupan dadah dalam negara.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
13 terbunuh, 18 cedera akibat tanah runtuh, banjir kilat di wilayah Sumatera Utara
Di Deli Serdang, enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas arus deras menghanyutkan empat rumah dan sebuah bangunan keagamaan.
Polis tembak polis kerana pengusaha lombong haram
Insiden polis menembak rakan setugas berlaku lagi di Indonesia, kali ini terjadi di balai polis Solok Selatan, Sumatera Barat.
Indonesia: Bakar suami selepas periksa akaun bank berkurangan
Seorang wanita hilang kewarasan apabila bertindak membakar suaminya, selepas tidak berpuas hati melihat akaun bank mangsa berkurangan.
Bank Indonesia beku akaun bank dikaitkan dengan perjudian dalam talian
Penyedia perkhidmatan pembayaran mesti mempunyai sistem pengesanan untuk mengenal pasti akaun yang digunakan untuk transaksi penipuan.
Ernie Zakri menang anugerah pertama di Indonesia, 'Masing Masing' dinobat Soundtrack Sinetron Paling Ngetop
Penyanyi bervokal mantap, Ernie Zakri terus melakar kejayaan apabila lagu hits nyanyiannya iaitu Masing Masing berjaya merangkul anugerah di Indonesia, pada Rabu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sejarah tercipta, Indonesia secara rasminya pasukan paling berjaya ASEAN
Selepas menewaskan pasukan Arab Saudi, Indonesia secara rasminya dinobatkan selaku gergasi Asia Tenggara paling berjaya dalam sejarah.
Indonesia unjur pertumbuhan eksport sehingga 9.6 peratus menjelang 2029
Kementerian Perdagangan Indonesia meramalkan penghantaran ke luar negara berpotensi meningkat sehingga 9.6 peratus menjelang 2029.
Malaysia perlu bantu Indonesia dalam proses transisi tenaga boleh baharu - Pakar
Malaysia perlu membantu Indonesia dalam proses transisi tenaga boleh baharu memandangkan pembangunan Ibu Kota Negara (IKN) Nusantara sedang pesar dibangunkan.
Malaysia kini huni tangga ke-128 dunia, pintas Indonesia
Kedudukan ranking dan mata masih lagi boleh berubah bergantung kepada keputusan perlawanan seterusnya.