Majikan yang didapati bersalah menggaji pendatang asing tanpa izin (PATI) akan dipastikan menerima hukuman maksimum, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali.
Katanya hukuman maksimum perlu dikenakan terhadap mereka bagi memberi mesej keseriusan jabatan itu terhadap isu penggajian PATI setelah tempoh secukupnya diberikan kepada majikan untuk mendaftarkan pekerja mereka di bawah program E-Kad yang tamat pada 30 Jun lepas.
"Majikan yang melindungi PATI berhadapan dengan tindakan tegas termasuk denda, penjara dan sebatan. Kali ini kami akan pastikan majikan yang degil ini diberikan hukuman setimpal," katanya kepada pemberita pada majlis Sambutan Aidilfitri Jabatan Imigresen, di sini pada Selasa.
Sejak Op Mega E-Kad dijalankan pada 1 Julai lepas hingga 10.30 pagi tadi, seramai 63 majikan dan 3,116 PATI ditahan, katanya.
Khamis lepas, seorang majikan yang merupakan pengusaha kedai kek di Subang Jaya, Selangor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang atas pertuduhan mengambil 19 orang PATI untuk bekerja di premisnya.
Ditanya sama ada kesemua 63 majikan yang telah ditahan akan didakwa dalam masa terdekat, Mustafar berkata Jabatan Imigresen akan menyegerakan aspek siasatan namun tempohnya bergantung kepada jenis kes.
Mengulas lanjut mengenai 3,116 PATI yang ditahan, katanya 1,183 orang adalah warga Bangladesh, Indonesia (725), Myanmar (240), Vietnam (119), Thailand (111), Filipina (95) dan lain-lain negara (643).
"Kebanyakan PATI yang ditahan adalah dari sektor pembinaan, perkilangan dan perkhidmatan," katanya.
Dalam pada itu, Mustafar berkata lebih 30,000 PATI telah diusir ke negara asal sejak awal tahun ini dengan kebanyakan daripada mereka ditahan dalam operasi penguatkuasaan serta menyerah diri di bawah program 3+1 untuk dihantar pulang ke negara asal.
Ditanya sama ada Jabatan Imigresen sedia melanjutkan tempoh pendaftaran E-Kad jika terdapat permintaan daripada kerajaan negara lain, katanya perkara itu bergantung kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai pihak pembuat dasar.
"Perjumpaan boleh dibuat (dengan wakil kerajaan lain) dan kami mengalu-alukan perbincangan, tetapi itu di peringkat pembuat dasar. Tugas Imigresen adalah soal penguatkuasaan," katanya.
Bagaimanapun, Mustafar berkata kerajaan telah membuat keputusan untuk tidak melanjutkan program itu dan PATI yang masih berada di negara ini boleh menyerah diri di bawah program 3+1 yang masih berjalan sehingga 31 Dis ini.
Pada 1 Julai lepas, beliau dilaporkan berkata hanya 23 peratus daripada sasaran 600,000 PATI di negara ini yang mendaftar di bawah program E-kad.
Mengulas mengenai permintaan kerajaan Indonesia baru-baru ini supaya kerajaan Malaysia menghapuskan kompaun RM800 terhadap setiap PATI yang ditahan Jabatan Imigresen, beliau berkata perkara itu juga perlu dibincangkan di peringkat pembuat dasar.
Sebuah portal berita Indonesia melaporkan Menteri Tenaga Indonesia Hanif Dhakiri sebagai berkata kompaun itu membebankan PATI.
Bagaimanapun, Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia menganggap permintaan itu tidak masuk akal memandangkan Malaysia perlu menanggung kos sebanyak RM35 sehari bagi setiap seorang PATI yang ditahan di pusat-pusat tahanan meliputi kos makanan, perubatan dan lain-lain proses dokumentasi sebelum mereka dihantar pulang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 11 2017
![Imigresen mahu majikan menggaji PATI diberi hukuman maksimum Imigresen mahu majikan menggaji PATI diberi hukuman maksimum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/71496725997_DSMustafarAli.jpg)
MUSTAFAR: Majikan yang melindungi PATI berhadapan dengan tindakan tegas termasuk denda, penjara dan sebatan. -Gambar fail/Bernama
![Biden akan sampaikan ucapan kepada negara pada Rabu selepas tarik diri pilihan raya presiden Biden akan sampaikan ucapan kepada negara pada Rabu selepas tarik diri pilihan raya presiden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710975538_JoeBiden.jpg)
Biden akan sampaikan ucapan kepada negara pada Rabu selepas tarik diri pilihan raya presiden
Presiden Joe Biden berkata pada Selasa bahawa beliau akan berucap kepada negara pada Rabu selepas menarik diri daripada pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS).
Penerbangan ke Catania, Itali digantung
Penggantungan itu akan mengakibatkan pembatalan dan penjadualan semula laluan ke lapangan terbang lain.
Taiwan keluarkan amaran darat dan laut untuk taufan Gaemi
Agensi Meterologi Taiwan telah mengeluarkan amaran laut dan darat untuk taufan Gaemi, yang dijangka mendarat di Daerah Yilan antara lewat malam rabu dan awal pagi khamis
Pemangku Presiden Myanmar serah kuasa kepada ketua Junta
Minggu lepas, Kementerian Penerangan Negara itu mengumumkan bahawa swe telah menerima rawatan perubatan secara berkala daripada pasukan pakar.
Dua suspek ditahan pemerdagangan remaja dari Indonesia
Suspek masing-masing seorang lelaki berusia 43 tahun ditahan di Sydney, manakala suspek wanita ditahan di Jakarta atas dakwaan merekrut mangsa untuk dihantar ke Australia.
![Percubaan bunuh Trump: Pengarah Perkhidmatan Rahsia AS letak jawatan Percubaan bunuh Trump: Pengarah Perkhidmatan Rahsia AS letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721752265_KimberlyCheatle.jpg)
Percubaan bunuh Trump: Pengarah Perkhidmatan Rahsia AS letak jawatan
Pengarah Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS) Kimberly Cheatle telah meletakkan jawatan susulan desakan meluas berhubung cubaan membunuh calon Republikan Donald Trump.
MOTAC tambah baik infrastruktur, sedia sambut pelancong
Dalam pada itu, Roslan berkata walaupun Malaysia mempunyai banyak destinasi dan produk pelancongan yang menarik, tetapi MOTAC berdepan cabaran untuk menarik minat pelancong domestik untuk mengunjungi semula lokasi-lokasi dalam negara.
Menteri Luar ketuai delegasi Malaysia ke Vientiane
Datuk Seri Mohamad Hasan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-57 (AMM) yang dianjurkan di Vientiane, Laos.
Penyakit berkaitan cuaca panas meningkat kepada 112 kes
Menurut laporan ringkas status cuaca panas Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) pada Selasa daripada jumlah itu, 26 kes adalah strok haba, 78 kes kelesuan haba dan lapan kes kejang haba.
Platform mesej perlu lebih bertanggungjawab - Fahmi
Platform tersebut terutamanya Telegram, perlu lebih proaktif bagi memastikan ruang yang selamat terutama untuk guru-guru dan pelajar.
![Imigresen mahu majikan menggaji PATI diberi hukuman maksimum Imigresen mahu majikan menggaji PATI diberi hukuman maksimum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/71496725997_DSMustafarAli.jpg)
Imigresen mahu majikan menggaji PATI diberi hukuman maksimum
Majikan yang didapati bersalah menggaji pendatang asing tanpa izin (PATI) akan dipastikan menerima hukuman maksimum, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali.