PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengutip RM3.5 bilion bagi hasil negara setakat 30 Ogos lepas berbanding RM2.5 bilion bagi tempoh sama tahun lepas, kata Ketua Pengarahnya Datuk Khairul Dzaimee Daud.
Bercakap pada sidang media selepas menyertai Immigration Run 2022 di sini hari ini, beliau berkata hasil tersebut berjaya dicapai sebelum hujung tahun ini susulan pembukaan semula sempadan negara pada 1 April lepas.
Katanya levi pekerja asing menyumbang kutipan terbesar kepada jabatan itu dengan kemasukan 1.35 juta pekerja asing ke negara ini, diikuti pengeluaran serta pembaharuan Pasport Malaysia Antarabangsa dan kompaun yang dikenakan kepada individu yang melanggar undang-undang ditetapkan JIM.
"Pembukaan semula sempadan negara telah percepatkan JIM capai sasaran kutipan daripada jangkaan asal bagi sepanjang 2022. Ini kutipan hingga Ogos lepas, jadi (kutipan) untuk bulan akan datang (September hingga Disember) akan menjadi bonus.
"Dengan prestasi yang agak baik ini, saya harap Kementerian Kewangan boleh beri sedikit bonus kepada kakitangan JIM," katanya.
Susulan prestasi kutipan itu, beliau tidak menolak kemungkinan JIM mampu mencapai kutipan RM4 bilion menjelang hujung tahun ini dengan pengenalan Program Visa Premium (PVIP) Malaysia.
PVIP dilancarkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin pada Khamis lepas yang bertujuan menarik minat hartawan global melabur serta menetap di negara ini bagi tempoh 20 tahun, dan akan dibuka untuk permohonan mulai 1 Okt ini.
Dalam perkembangan lain, Khairul Dzaimee berkata pihaknya memberikan kerjasama penuh kepada Jawatankuasa Siasatan yang ditubuhkan pada 7 Ogos lepas bagi menyiasat dakwaan insiden melibatkan seorang pegawai tinggi kerajaan dan pegawai Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Sehingga kini, katanya pegawai Imigresen KLIA telah memberikan kenyataan dan maklumat tambahan kepada jawatankuasa terbabit yang dipengerusikan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun bagi menyiasat insiden yang dilaporkan berlaku pada 3 Ogos lepas.
"Tidak banyak maklumat yang boleh saya berikan cuma apa yang saya boleh maklumkan adalah pegawai saya telah selesai memberikan keterangan dan bekalkan maklumat berkaitan kepada jawatankuasa berkenaan," katanya.
BACA: Imigresen diarah siasat dakwaan pegawainya ditengking pegawai tinggi kerajaan di KLIA
Pada 3 Ogos lepas, seorang pegawai yang bertugas sebagai Ketua Operasi Imigresen di KLIA didakwa dimarahi di khalayak ramai kerana tiada pegawai Imigresen ditempatkan di kaunter bilik VIP sewaktu ketibaan pegawai tinggi kerajaan itu di bilik berkenaan.
Susulan dakwaan itu, Kabinet mengarahkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali untuk menubuhkan jawatankuasa di peringkat dalaman bagi menyiasat insiden terbabit yang melibatkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 04 2022
Khairul Dzaimee ketika sidang media selepas menyertai larian 'Immigration Run 2022' di Putrajaya hari ini. --fotoBERNAMA
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
Imigresen kutip RM3.5 bilion setakat 30 Ogos
Hasil tersebut berjaya dicapai sebelum hujung tahun ini susulan pembukaan semula sempadan negara pada 1 April lepas.