Jabatan Imigresen Johor akan melakukan siasatan menyeluruh mengenai kejadian seorang wanita Malaysia yang didakwa berjaya meloloskan diri dari pusat pemeriksaan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di sini.
Pengarahnya, Rohaizi Bahari yang enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih berjalan berkata, pihaknya akan turut mengikuti perkembangan siasatan oleh pihak berkuasa Singapura.
Difahamkan, berikutan kejadian itu kawalan ketat dilakukan di kedua-dua pintu masuk Malaysia-Singapura sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Janda berusia 28 tahun itu yang berkahwin pada 2011 dan kemudiannya bercerai, berasal dari Kampung Baharu, Bukit Jenun di Pendang, Kedah ditahan kerana didakwa merempuh palang keselamatan di Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura pada Isnin.
Sebelum itu, dia yang memandu keretanya yang didaftarkan di Malaysia melepasi pusat pemeriksaan di Malaysia dan di Woodlands, Singapura pada 17 Jan lalu, dipercayai tiada sebarang dokumen pengenalan diri.
Selepas berjaya memasuki negara itu, wanita tersebut menghilangkan diri tanpa dapat dikesan selama tiga hari, sungguhpun polis melancarkan operasi untuk menjejakinya.
Bernama
Thu Jan 23 2014


'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Imigresen Johor tahan 72 warga asing, tiga majikan dalam operasi di dua daerah
Jabatan Imigresen menahan 72 warga asing dan tiga majikan warga tempatan dalam serbuan di 13 buah premis sekitar daerah Muar dan Batu Pahat.

Penjaga rumah ibadat antara 26 warga asing ditahan Imigresen
Jabatan Imigresen menahan 26 warga asing termasuk seorang penjaga rumah ibadat kerana tidak memiliki pas atau permit sah tinggal di negara ini.

Imigresen Johor tahan 28 warga asing disyaki tiada dokumen perjalanan sah
Ia susulan aduan orang awam mengenai terdapat warga asing tinggal di sekitar Skudai tanpa permit atau pas yang sah.

Imigresen Johor tahan 114 warga asing bekerja tanpa permit
Serbuan kira-kira 11.30 pagi itu dilakukan hasil risikan selama seminggu, susulan aduan awam diterima.

Imigresen Johor siasat dakwaan wanita lolos pemeriksaan CIQ
Jabatan Imigresen Johor akan melakukan siasatan menyeluruh mengenai kejadian seorang wanita Malaysia yang didakwa berjaya meloloskan diri dari pusat pemeriksaan CIQ