Jabatan Imigresen akan membuat laporan polis berhubung anggota penguat kuasa Imigresen Selangor dipercayai dihalau daripada melakukan tugas operasi di kawasan peniaga haram di Batu Caves, di sini, baru-baru ini.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata pihaknya memandang serius tindakan provokasi itu dan menganggap ia sebagai perbuatan menghalang tugas penjawat awam.
"Satu laporan polis akan dibuat oleh pejabat Imigresen Selangor... dalam perkara ini, Imigresen tidak gentar dengan sebarang tindakan provokasi oleh pihak-pihak yang melindungi pendatang tanpa izin di negara ini.
"Tindakan berundur yang diambil adalah bertujuan untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.
BACA: Polis terima tiga laporan berhubung insiden di Batu Caves
Sementara itu dalam perkembangan terbaru, Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Arifai Tarawe memaklumkan pihaknya telah menerima dua laporan daripada pihak Imigresen serta satu laporan daripada individu dipercayai terlibat dalam insiden berkenaan petang Sabtu.
"Polis menerima laporan daripada Jabatan Imigresen pada 2 petang dan 2.15 petang tadi (Sabtu), manakala seorang individu tempatan dipercayai peniaga di perkarangan kuil di situ turut membuat laporan pada 2.30 petang bagi menafikan perbuatan menghalang penjawat awam semasa kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
BACA: Insiden Batu Caves: Ada warga asing berniaga, operasi Imigresen pula dihalang - Muhyiddin
Keterangan kesemua pihak yang membuat laporan itu telah diambil bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186/506 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta melakukan ugutan jenayah.
Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak menular atau menyebarkan berita yang tidak benar demi keharmonian pelbagai kaum dan sensitiviti masyarakat sentiasa terjamin.
BACA: Tiada rusuhan berlaku di Batu Caves seperti yang ditularkan - Polis
Pada Jumaat, tular di media sosial bahawa kira-kira 50 anggota penguat kuasa Imigresen Selangor dihalau keluar dari kawasan peniaga haram dari India dan Pakistan oleh Ahli Jawatankuasa Kuil Batu Caves.
Selain itu, mereka juga dicemuh dengan bahasa kesat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 15 2020

KHAIRUL DZAIMEE: Imigresen tidak gentar dengan sebarang tindakan provokasi oleh pihak-pihak yang melindungi pendatang tanpa izin di negara ini. - Gambar fail
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.

Piala Asia: Dion Cools selamat tiba di Qatar
Pertahanan kental negara, Dion Cools, selamat tiba di Qatar bagi memperkuatkan Harimau Malaya menjelang saingan Piala Asia bermula 12 Januari ini.

Enggan serah hak milik rumah, lelaki cederakan ibu angkat
Semakan rekod mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau iaitu dua kes dadah dan satu jenayah.

Dua lelaki disamun, kereta rosak dilanggar
Dua lelaki bukan sahaja disamun tetapi kereta mereka turut dilanggar sehingga rosak ketika minum di kawasan parkir berhadapan sebuah restoran di Jalan Utam Singh, di sini pada awal pagi Jumaat.

Lelaki ditahan syaki pecah masuk bengkel
Kejadian itu disyaki membabitkan tiga suspek yang telah mencuri barangan kenderaan di premis tersebut.

PKP Penuh: Polis Gombak tambah dua SJR di Jalan Ipoh-Rawang
Ini menjadikan jumlah SJR di bawah pentadbiran IPD Gombak sebanyak lapan lokasi, iaitu empat statik dan empat mobil.

PKP: Pemeriksaan teliti punca kesesakan trafik di Plaza Tol Gombak - Polis
Tular di media sosial muat naik gambar menunjukkan kesesakan di Plaza Tol Gombak yang melalui sekatan jalan raya.

Tahanan polis meninggal dunia di IPD Gombak
Suspek lelaki berumur 43 tahun itu dibawa ke IPD berkenaan bagi tujuan pendokumentasian.

Dua lelaki ditahan baling mercun di sekatan jalan raya
Sebelum kejadian, anggota polis ternampak kedua-dua suspek berusia 16 hingga 20 tahun itu menaiki motosikal dalam keadaan mencurigakan.

Anggota polis cedera bergelut dengan OKT lari dari hospital
Semasa proses tangkapan, telah berlaku sedikit pergelutan dan seorang anggota polis mengalami cedera ringan.

Polis cadang inkues untuk kes Ganapathy
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata kes itu masih disiasat dan kertas siasatan akan dihantar ke pejabat TPR dalam masa terdekat.