KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak akan terus menerima imbuhan dan faedah bulanan selagi Dewan Undangan Negeri (DUN) belum dibubarkan.
Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek Sarawak, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata perkara itu termaktub dalam Fasal 5 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (Sarawak) 2021.
“Selama keadaan darurat berkuat kuasa, anggota Dewan Undangan Negeri sehingga tarikh pembubaran berhak mendapat saraan dan apa-apa elaun dan faedah lain yang perlu dibayar kepada mereka berdasarkan undang-undang bertulis,” jelasnya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Perkara ini sekaligus menjawab persoalan berkenaan status pembayaran imbuhan atau gaji ADUN sepanjang tempoh Darurat yang dibangkitkan Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK) Voon Lee Shan pada Ahad lalu.
Jelas Hasidah, kuasa eksekutif negeri (Kabinet) juga telah diperuntukkan dalam Fasal 6 (1) Ordinan yang sama.
“Bagi tempoh darurat berkuat kuasa, Ketua Menteri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sarawak yang wujud sebaik sebelum Proklamasi Darurat (Sarawak) dikeluarkan pada 29 Julai 2021 yang telah diberikan kuasa eksekutif hendaklah terus menjalankan kuasa eksekutif Negeri Sarawak dan mana-mana orang lain yang telah diberikan fungsi eksekutif oleh undang-undang hendaklah terus menjalankan fungsi itu”.
“Fasal 6 (2) juga menyatakan bahawa bagi tempoh darurat berkuat kuasa, Ketua Menteri dan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sarawak adalah berhak kepada saraan dan apa-apa elaun dan faedah lain yang kena dibayar kepada mereka di bawah mana-mana undang-undang bertulis,” katanya.
Ordinan yang telah diluluskan oleh Yang di-Pertua Agong ini katanya jelas menyatakan untuk memperuntukkan imbuhan atau gaji ADUN di Sarawak semasa tempoh darurat yang telah dilanjutkan sehingga tempoh yang telah ditetapkan.
Nuzuluddin Abdul Razak
Tue Aug 03 2021
Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali menjawab persoalan yang dibangkitkan Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK) Voon Lee Shan berhubung status gaji ADUN Sarawak sepanjang tempoh darurat. - Foto Facebook/@sharifahhasidah.sayeed
LRT: Kerajaan beri perhatian serius kebimbangan penduduk Pulau Pinang - Anwar
Kerajaan Persekutuan memberi perhatian serius mengenai kebimbangan penduduk Pulau Pinang tentang sebahagian kawasan Tapak Pesta Sungai Nibong.
SPRM: Reman pengurus akaun badan berkanun di Perlis disambung
Reman terhadap seorang pengurus akaun sebuah badan berkanun di Perlis yang berakhir hari ini, disambung tiga hari bermula esok.
Wujud unsur kecuaian pengasuh taska, tinggal bayi tanpa pemantauan - Polis
Terdapat unsur kecuaian atau pengabaian oleh pengasuh sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) berhubung kes kematian bayi lelaki berusia empat bulan, 3 Jan lepas.
Lelaki nekad buka pintu pesawat selepas bertengkar dengan kekasih
GARA-GARA bertengkar dengan teman wanita, seorang lelaki nekad membuka pintu pesawat yang bersedia untuk berlepas walau cuba dihalang penumpang yang lain.
DBKL arah henti penganjuran Havoc Food Festival di Setapak
Penganjuran Karnival Havoc Food Festival yang diadakan di tempat letak kereta Sama Square di Setapak sejak 9 Jan dan dijangka tamat esok (12 Jan), diarah dihentikan bermula hari ini.
Kanak-kanak autistik dilapor hilang, ditemui lemas di Sungai Kedah
Kanak-kanak lelaki autistik berusia tujuh tahun yang dilapor hilang di Taman Tunku Tabor, semalam ditemui lemas di Sungai Kedah, hari ini.
Banjir Kota Tinggi: 10 jalan terputus hubungan
Sebanyak 10 jalan di daerah ini terputus hubungan susulan banjir yang melanda disebabkan hujan lebat sejak pagi Jumaat.
AWANI Ringkas: Sistem kod QR diperluas di lapangan terbang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Minggu penuh bermakna dan produktif buat Malaysia' - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tempoh sepanjang minggu ini sebagai penuh bermakna dan produktif buat Malaysia.
Tidak puas hati perlawanan kriket, lelaki Nepal parah ditikam di Melaka
Seorang lelaki warganegara Nepal parah selepas ditikam rakan senegaranya gara-gara tidak berpuas hati berkenaan sokongan perlawanan pasukan kriket negara tersebut pada awal pagi Khamis.
MA63: Perbincangan positif kerajaan Persekutuan-Sarawak isu pendidikan, kesihatan
Kerajaan Persekutuan memberi kerjasama erat kepada kerajaan Sarawak dan Sabah bagi mempertingkatkan kelancaran perkhidmatan kesihatan di dua negeri berkenaan.
DUN Sarawak: Kerajaan negeri konsisten kaji, nilai tuntutan MA63
Kerajaan negeri menyasarkan untuk menyelesaikan semua tuntutan dalam tempoh yang secepat mungkin.
MA63 asas kembalikan 1/3 kerusi parlimen kepada Sarawak dan Sabah - Hasidah
Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, tuntutan 1/3 kerusi parlimen wajar bagi mengembalikan hak berkenaan yang terhakis semasa Singapura keluar daripada Malaysia pada 1965.
MA63: Langkah susulan tuntut hak Sarawak yang terhakis diteruskan - Hasidah
Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, pihaknya kini masih dalam proses meneliti dan membuat senarai perkara yang harus dituntut.
PRN Sarawak: Tiada istilah selesa, GPS sentiasa kerja keras
Meskipun dilihat sebagai pilihan, GPS tidak boleh terlalu selesa sebaliknya perlu bekerja keras bagi memenangi hati rakyat yang bakal memberi mandat baharu bagi pembentukan kerajaan negeri Sarawak.
PRN Sarawak: 'Iboh takut turun ngundi' - Hasidah
Di tempat mengundi akan ada penguatkuasaan SOP seperti wajib menggunakan pelitup muka, penjarakan sosial, jadi jangan susah hati apabila turun mengundi kelak
Imbuhan dan faedah untuk ADUN Sarawak termaktub dalam Ordinan Darurat - Hasidah
Selama keadaan darurat berkuat kuasa, ADUN sehingga tarikh pembubaran berhak mendapat saraan dan apa-apa elaun dan faedah lain yang perlu dibayar kepada mereka berdasarkan undang-undang bertulis.
Perjanjian Sarawak-Petronas satu kejayaan besar - Sharifah Hasidah
Kejayaan itu akan memakmurkan lagi ekonomi negeri itu dan lonjak taraf hidup rakyat dalam tempoh jangka panjang.
Abang Johari lepas jawatan, Abdul Karim kini Presiden Saberkas
Abang Johari undur diri sebagai Presiden Saberkas selepas tiga penggal menerajui pertubuhan belia itu bagi beri peluang kepada pemimpin baharu.
Petronas iktiraf hak Sarawak laksana SST ke atas produk petroleum - Hasidah
Keputusan Petronas menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching dalam kes semakan kehakiman memberi indikasi syarikat itu menerima dan mengiktiraf hak Sarawak.