Seorang imam warga Kemboja mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencabul kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun.

Pengakuan itu dibuat di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen Tuan Ruzuaini Tuan Lah.

Tertuduh Nory Kai, 28 tahun, didakwa dengan sengaja menyentuh kemaluan, mencium pipi kanan dan kiri, serta mulut mangsa, di sebuah musolla di Wakaf Stan di sini antara jam 7 dan 7.30 malam, 11 Disember lalu.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14 (A) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.



Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan disebat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Negeri, Hajarul Fellina Abu Bakar.

Mahkamah menetapkan 23 Januari depan untuk menjatuhkan hukuman.