PATTANI: Imam di wilayah Pattani di selatan Thailand akan dilengkapi dengan ilmu perundangan Islam khususnya berkaitan pernikahan bagi memastikan mereka mahir dengan isu perkahwinan rentas sempadan di wilayah berkenaan.
Gabenor Wilayah Pattani Pateemoh Sadeeyamu berkata selain mendalami ilmu hal ehwal agama, beliau juga mahu imam muda di Pattani mahir dalam aspek perundangan Islam khususnya mengenai perkahwinan.
"Kita tahu ramai pasangan Islam dari negara-negara lain termasuk Malaysia memilih untuk bernikah rentas sempadan tanpa kebenaran terutamanya di selatan Thailand.
"Oleh itu, saya mahu imam-imam muda Pattani didedahkan dengan ilmu perundangan perkahwinan dalam Islam supaya mereka ini tahu mana yang dibenarkan dalam syarak atau sebaliknya," katanya kepada pemberita semasa program Lawatan Rasmi Duta Besar Negara-Negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke selatan Thailand.
Pateemoh berkata sebagai contoh apabila imam muda Pattani mengendalikan kes bernikah rentas sempadan tanpa kebenaran mereka ini tahu selok-belok pendokumentasian antara dua negara dan tidak 'cetek' ilmu dalam perkara ini.
"Walaupun Thailand dan Malaysia mempunyai undang-undang perkahwinan yang berbeza namun daripada syarak ia sama dan tiada isu.
"Saya tidak mahu rakyat Malaysia yang mempunyai pasangan di Thailand bernikah rentas sempadan tanpa kebenaran dan akhirnya kebajikan anak tidak terbela dan menghadapi kesulitan di kemudian hari," katanya.
Sementara itu, Pateemoh berkata kerajaan Thailand bercadang menghantar imam muda di Wilayah Pattani ke Malaysia khususnya di Kelantan bagi mendalami ilmu hal ehwal agama Islam.
Beliau berkata perkara berkenaan bakal dibincangkan bersama Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dan tujuan menghantar imam muda di wilayah itu ke Malaysia memandangkan mereka masih kurang berpengalaman.
"Saya melihat imam-imam muda di Kelantan berpengalaman luas dalam hal ehwal dan perundangan Islam dan jika MAIK bersetuju, mereka akan ke Kelantan pada Ogos ini," katanya.
Beliau berkata kebanyakan imam masjid di Pattani sudah berusia dan kini masanya untuk generasi muda mengambil alih tugas itu dan pihaknya sedang mengenal pasti calon imam muda yang berpotensi tinggi.
Pateemoh berkata Pattani masih kekurangan iman dalam kalangan golongan muda sedangkan Malaysia banyak melahirkan imam muda yang berkaliber, berpengalaman dan berilmu.
"Kerajaan Thailand dan Kelantan mempunyai hubungan yang sangat akrab, justeru jika ada isu melibatkan agama Islam kami akan berbincang dan bertukar pandangan," katanya.
Lawatan ke Wilayah Pattani, Yala dan Narathiwat itu disertai delegasi dari Malaysia, Brunei, Mesir, Nigeria, Pakistan, Maldives, Iran serta Indonesia yang bermula dari 11 hingga 13 Jun.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 12 2024

Pateemoh bercakap pada sesi temu ramah berkenaan Lawatan Rasmi Duta Besar Negara-Negara Islam di tiga wilayah Selatan Thailand alam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) hari ini. - Foto Bernama

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Imam di Pattani bakal dilengkapi ilmu mengenai perkahwinan rentas sempadan
Imam di wilayah Pattani di selatan Thailand akan dilengkapi dengan ilmu perundangan Islam khususnya berkaitan pernikahan.