KANGAR: Orang ramai perlu didedahkan dengan ilmu Fiqh bencana, agar mereka lebih bersedia menunaikan tanggungjawab solat ketika berhadapan dengan musibah, seperti banjir besar yang melanda negara baru-baru ini.
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah ilmu fiqh bencana, merangkumi hukum menunaikan solat fardu ketika berlaku bencana alam, dan juga permasalahan muamalat seperti hukum mengambil hak orang lain atas dasar darurat, menjumpai barangan berharga hak milik orang lain dan membersihkan rumah ibadat bukan Islam.
"Ilmu Fiqh juga dapat membantu penjawat awam yang terlibat dengan bencana seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), mengetahui beberapa hal berkenaan hukum hakam agama ketika menguruskan bencana," titah baginda ketika perasmian Seminar Fiqh Bencana Bagi Tahun 2022 anjuran Jabatan Mufti Negeri Perlis, di Auditorium Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN), di sini, hari ini.
Turut hadir Mufti Negeri Perlis Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), APM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan beberapa agensi lain.
Titah baginda ia juga penting kepada guru agama, agar maklumat dapat disampaikan kepada seluruh lapisan rakyat samasa di sekolah mahupun di masjid.
"Beta yakin, seseorang yang sentiasa berusaha membantu orang lain pasti mendapat pertolongan Allah selaras dengan hadis, Rasulullah SAW yang bersabda "Sesungguhnya Allah menolong hamba, jika hamba menolong saudaranya" (riwayat Bukhari dan Muslim)," titah baginda.
Syed Faizuddin bertitah meminta rakyat negeri ini meluangkan masa untuk mempelajari ilmu fiqh, agar dapat memahaminya bersesuaian dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 27 2022
Syed Faizuddin bertitah meminta rakyat negeri ini meluangkan masa untuk mempelajari ilmu fiqh, agar dapat memahaminya bersesuaian dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah. - Foto BERNAMA
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Masih ramai belum tebus baucar buku, tarikh akhir 31 Dis - Zambry
Hanya kira-kira 235,000 daripada lebih 1 juta pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara telah menebus inisiatif baucar buku bernilai RM100 bagi fasa kedua.
Bersih sedia jadi perantara antara kerajaan, pembangkang
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) sekali lagi menyataan kesediaan untuk menjadi perantara antara kerajaan dengan pembangkang bagi memastikan CSA atau MoU dijayakan dengan sebaik mungkin.
Polis terima laporan kes kucing diseret
Polis mengesahkan menerima laporan ke atas seorang lelaki yang bertindak menganiayai seekor kucing dengan mengikat tali di leher haiwan itu sebelum diseret dalam kejadian di Scott Garden Soho, Kuala Lumpur pada Sabtu.
KPT serah kepada polis siasat dakwaan pensyarah hina Nabi
Zambry berkata pihaknya telah meminta siasatan segera termasuk satu laporan lengkap mengenai insiden berkenaan sejurus isu itu tular.
AWANI Review: Power of Vulnerability - Why Openness Makes Better Leaders
Nick Jonsson, co-founder of Executives’ Global Network Malaysia and author of Executive Loneliness, explores the hidden struggles of leadership - loneliness and mental health. In conversation with Cynthia Ng, he reveals how embracing vulnerability and openness can transform leaders and organisations for the better.
Ilmu Fiqh bencana, bantu orang ramai solat ketika musibah - Raja Muda Perlis
Orang ramai perlu didedahkan dengan ilmu Fiqh bencana, agar mereka lebih bersedia menunaikan tanggungjawab solat ketika berhadapan dengan musibah.