KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dalam era yang dikuasai digitalisasi dan kecerdasan buatan (AI), aspek ketamadunan seperti ilmu bahasa dan sastera tidak harus dilupakan kerana ia merupakan kekuatan nilai dan akhlak sesebuah masyarakat.
Beliau berkata negara juga tidak boleh berkembang tanpa pembinaan tamadun.
"Kita kan manusia. Manusiawi itu tidak mampu dibentuk dengan hanya kerangka teknologi digitalisasi, ia dibentuk dengan pembangunan bangsa dan budaya.
"Dalam mengangkat martabat bangsa, ya ekonomi masih asas penting. Tetapi kita bicara soal kalau (pembangunan) karamah insaniah tentulah pada ilmu, akhlak dan budaya," katanya dalam ucaptama semasa merasmikan Seminar Fikrah Siddiq Fadzil di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini hari ini.
Pada majlis yang membincangkan tajuk "Citra Budaya dan Peradaban Bangsa Malaysia", Anwar berkata wancana ilmiah seumpamanya harus diperluaskan bagi membina tamadun dan mengangkat martabat masyarakat Malaysia Madani.
Turut hadir Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP Datuk Seri Dr Awang Sariyan.
Dalam ucaptamanya, Perdana Menteri menyifatkan Allahyarham Datuk Dr Siddiq Fadzil sebagai seorang yang sangat mementingkan keperluan islah serta pemikiran baharu dalam kalangan masyarakat Melayu yang dinamik dan progresif.
"Dalam antara pertemuan akhir saya dengan beliau sebelum beliau sakit, beliau kata Anwar kita kena pusing sekali lagi dan bicara soal Melayu dan Islam, kefahaman yang lebih progresif, merujuk kepada keperluan pembaharuan.
"Beliau ada menulis memberikan rangka-rangka bagaimana kita boleh melatih anak-anak muda supaya dapat memanfaatkan kefahaman ini," kata Anwar.
Allahyarham Siddiq yang juga bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) meninggal dunia pada 31 Ogos 2021.
Selain pernah diangkat sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan bagi 2018, Allahyarham juga dilantik Presiden Kolej Dar al-Hikmah, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia dan Pengerusi Institut Darul Ehsan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 30 2023
Perdana Menteri melihat buku sewaktu melawat tapak pameran pada Majlis Perasmian Seminar Fikrah Siddiq Fadzil 'Citra Budaya dan Peradaban Bangsa Malaysia' di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka hari ini. - Foto Bernama
[KOLUMNIS] Timor-Leste dalam sebuah bingkai
Penyertaan Timor-Leste ke dalam ASEAN melihatkan bagaimana medium filem dan sinema mampu memainkan peranan yang signifikan.
Insiden rempuhan: Suspek dikenal pasti, tiga lagi suspek diburu - Polis
Polis giat memburu tiga suspek utama yang disyaki terlibat dalam insiden rempuhan di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama, Rabu lalu.
Hamas keluarkan senarai nama rakyat Palestin yang akan dibebaskan pada Sabtu
Kumpulan Palestin Hamas, pada Jumaat mengeluarkan senarai nama 183 tahanan Palestin di penjara Israel yang dijadualkan dibebaskan pada Sabtu sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan dengan Israel, lapor Agensi Anadolu (AA).
Warga Thailand antara tebusan yang dibebaskan
Warga Thailand yang dibebaskan dalam siri perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan Israel dikenali sebagai Watchara Sriaoun.
Gencatan Senjata: Hampir 500,000 warga Palestin pulang ke Utara Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat melaporkan bahawa "hampir setengah juta orang telah kembali ke kawasan utara Semenanjung Gaza" sejak gencatan senjata berkuat kuasa, lapor Agensi Anadolu.
Bantuan persekolahan bukti kerajaan ikhtiar bantu rakyat - Shamsul Iskandar
Peruntukan sebanyak RM200,000 disediakan bagi pelaksanaan pemberian baucar kelengkapan sekolah kepada 2,000 pelajar dalam Parlimen Tambun, hari ini.
Myanmar giat pemuliharaan Harimau Bengal
Di sebalik pelbagai cabaran domestik yang mendesak, Myanmar berjaya mengekalkan kira-kira 20 ekor Harimau Bengal, juga dikenali sebagai Harimau India - bukti kepada program pemuliharaan yang berkesan.
Trump tegas akan kenakan tarif ke atas produk EU
Bercakap di White House pada Jumaat, Trump menegaskan beliau "pasti" akan mengenakan tarif ke atas barangan dari EU.
Usaha pemuliharaan Myanmar selamatkan populasi harimau Bengal yang terancam
Harimau Benggala (Panthera tigris) adalah spesies terancam dalam Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN).
Filem MONEY GAME$ catat rekod, kutip RM2.76 juta
Sejak ditayangkan, filem ini telah mencatatkan kutipan RM1.65 juta pada hari pertama tayangannya, meraih gelaran Juara Box Office pada hari pertama tayangan
[KOLUMNIS] Timor-Leste dalam sebuah bingkai
Penyertaan Timor-Leste ke dalam ASEAN melihatkan bagaimana medium filem dan sinema mampu memainkan peranan yang signifikan.
Terus julang sikap saling mengasihi, menghormati dalam memacu negara - PM Anwar
Roh ihsan yang sentiasa menekankan tentang kepentingan mengasihi, menghormati dan menghargai sesama warga nusa dan bangsa perlu terus dijulang dalam memacu pembangunan negara bersama-sama.
PM Anwar tempelak pihak pertikai usaha kerajaan bantu bangunkan Gaza
Anwar berkata apa sahaja keputusan yang dilakukan beliau ketika ini dianggap kontroversi bagi sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan kerajaan.
Bencana: PM Anwar umum peruntukan segera lebih RM24 juta untuk Sabah, Sarawak
Anwar berkata bantuan kerajaan Pusat kepada negeri yang dilanda bencana, tidak mengikut musim.
PM Anwar luah kesedihan atas tragedi nahas udara di Washington DC
Dalam hantaran di Facebook, beliau berkata kehilangan atlet luncur ais muda dan berbakat yang memiliki masa depan cerah, amat memilukan.
PM Anwar seru rakyat tumpu kepentingan negara
Beliau berkata Malaysia juga harus menjadi negara contoh perpaduan kaum yang baik.
The Hague: 9 negara termasuk Malaysia bincang pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh Israel
Kumpulan The Hague akan umum langkah-langkah undang-undang, ekonomi dan diplomatik bagi memastikan Israel bertanggungjawab.
Kerajaan Malaysia, Jepun segerakan pembangunan semula Gaza - PM Anwar
Kerajaan bersama Kementerian Luar telah mendapat kepastian untuk menyegerakan pelaksanaan program pembagunan semula Gaza, Palestin.
Prabowo yakin isu sempadan, tenaga kerja dapat diselesaikan secara tertib
Prabowo berkata isu tenaga kerja dan sempadan yang sekian lama dibahas antara kedua-dua negara berjiran itu boleh diselesaikan, sekiranya pemimpin mempunyai iltizam politik untuk bekerjasama.
Ketokohan Anwar kunci utama kemampuan Malaysia angkat suara Asean ke pentas dunia
Ketokohan PM Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi kunci utama kepada kemampuan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN, untuk meningkatkan imej seterusnya membawa suara blok itu ke pentas dunia.