KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, memerintahkan seorang pengarah syarikat agensi pelancongan membela diri atas satu pertuduhan mengiklankan perkhidmatan pakej haji furada tanpa lesen pengelola jemaah haji sah daripada Lembaga Tabung Haji (TH), dua tahun lalu.
Hakim, Mohd Kafli Che Ali memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Agus Rizal Mat Ali, 52, di akhir kes pendakwaan.
Ketika menyampaikan keputusan tersebut, Mohd Kafli berkata, mahkamah telah mendengar keterangan lapan saksi, hujahan, meneliti autoriti yang dikemukakan dan mencapai penilaian maksimum.
“Mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie oleh itu tertuduh diperintah membela diri.
“Kamu diberi tiga pilihan iaitu pertama, membela diri dengan memberi keterangan bersumpah di kandang saksi dan boleh disoal balas, kedua memberi keterangan dalam kandang secara tidak bersumpah, tanpa disoal balas atau ketiga berdiam diri,” katanya.
Sementara itu, peguam, Nik Mohamed Ikhwan Nik Mahamud yang mewakili Agus Rizal berkata, anak guamnya mengambil pilihan pertama untuk membela diri.
“Bagaimanapun, pembelaan belum melengkapkan senarai saksi yang akan dipanggil kelak,” katanya.
Mahkamah kemudiannya menetapkan prosiding bela diri berlangsung selama dua hari pada 23 Februari dan 1 Mac depan.
Dalam kes ini, pendakwaan dihadiri Timbalan Pendakwa Raya, Akmalzatul Mohd Nawi.
Pada 9 Ogos 2022, Agus Rizal mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan mengiklankan perkhidmatan pakej haji furada tanpa lesen pengelola jemaah haji yang sah daripada Lembaga TH pada Mei 2022 lalu.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa sebagai seorang pengarah syarikat itu, telah mengiklankan perkhidmatan pakej haji furada bagi musim 2022M/1443H di media sosial Facebook milik syarikat itu.
Perbuatan didakwa dilakukan dengan cara mengiklankan bahawa dia boleh menjalankan atau membuat transaksi perniagaan sebagai pengelola perjalanan ke tanah suci bagi menunaikan haji.
Sedangkan syarikat itu tidak mempunyai lesen pengelola jemaah haji secara sah daripada TH, di pejabatnya di Platinum Walk, Jalan Langkawi 2, Danau Kota di sini pada 9 Mei dua tahun lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 27(1)(b) Akta Tabung Haji 1995 dan boleh dihukum bawah Seksyen 27 (2) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Semasa di peringkat pendakwaan, seramai lapan saksi dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan kes yang bermula 11 Julai tahun lalu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jan 09 2024
![Iklan pakej haji furada: Agus Rizal diperintah bela diri Iklan pakej haji furada: Agus Rizal diperintah bela diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704781793_TBAgusRizaljpg.jpg)
Agus Rizal (kiri) bersama peguamnya berada di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa. - Gambar/ Sinar Harian
Masa depan sistem kesihatan Malaysia: Dari polisi ke transformasi
Kesihatan bukan sekadar rawatan, ia tentang inovasi, polisi yang kukuh, dan akses untuk semua. Future Healthcare Asia 2025 akan menghubungkan pemimpin kesihatan untuk membincangkan cabaran terbesar dalam sektor ini, daripada kekurangan tenaga kerja hingga kepada integrasi teknologi dalam sistem perubatan. Sertai perbincangan untuk mengetahui lebih lanjut bersama Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Galen Centre for Health and Social Policy, Azrul Mohd Khalib.
Grab dan GoTo percepat perbincangan penggabungan bagi atasi kerugian
Grab Holdings Ltd dan GoTo Group mempercepatkan perbincangan penggabungan dan mensasarkan untuk memeterai perjanjian tahun ini juga, bagi mengatasi kerugian yang berlarutan dalam pasaran Internet yang sangat sengit di Asia Tenggara.
![Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738891696_SultanIbrahimSulta.jpg)
Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan.
Malaysia Berpotensi Jadi Hab Semikonduktor Global
Menurut Pengarah & Penganalisis, Research Institute for Indonesia, Thailand and Singapore (ITS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Md Shukri Shuib.. ini kerana industri semikonduktor di negara ini berjaya menunjukkan kemajuan yang pesat sehingga mampu mengatasi negara Taiwan.
![Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735562009_ringgitduit.jpg)
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4230/4375 berbanding dolar AS daripada 4.4320/4385 semasa ditutup pada Khamis.
![Permohonan UPU sesi 2025/2026 dibuka 10 Feb - KPT Permohonan UPU sesi 2025/2026 dibuka 10 Feb - KPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695453945_PelajarUniversiti.jpg)
Permohonan UPU sesi 2025/2026 dibuka 10 Feb - KPT
Permohonan kemasukan pelajar bagi Sesi Akademik 2025/2026 melalui UPUOnline dibuka mulai 10 Februari hingga 14 Mac 2025 untuk Fasa Pertama.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [7 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di Jalan Lama KL - Bentong
- KPM sasar lima tahun laksana sekolah satu sesi seluruh negara - Fadhlina
- Polis Indonesia sahkan pempengaruh Malaysia buat cerita palsu
- Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di Jalan Lama KL - Bentong
- KPM sasar lima tahun laksana sekolah satu sesi seluruh negara - Fadhlina
- Polis Indonesia sahkan pempengaruh Malaysia buat cerita palsu
![NCAA larang wanita transgender sertai acara sukan sehari selepas perintah eksekutif Trump NCAA larang wanita transgender sertai acara sukan sehari selepas perintah eksekutif Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738889455_TBNCAA.jpg)
NCAA larang wanita transgender sertai acara sukan sehari selepas perintah eksekutif Trump
"Seorang atlet pelajar yang ditetapkan sebagai lelaki semasa lahir tidak dibenarkan bertanding dalam pasukan wanita."
![Piala EFL: Pesona Salah bawa Liverpool ke final Piala EFL: Pesona Salah bawa Liverpool ke final](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738888349_CarabaoCup.jpg)
Piala EFL: Pesona Salah bawa Liverpool ke final
Pasukan bimbingan Ange Postecoglou tidak dapat mengekang The Reds untuk ke final dengan kelebihan agregat 4-1.
![[KOLUMNIS] Perjuangan tanpa henti Malaysia bela nasib Palestin, bangunkan semula Gaza [KOLUMNIS] Perjuangan tanpa henti Malaysia bela nasib Palestin, bangunkan semula Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738854256_AnwarIbrahimPales.jpg)
[KOLUMNIS] Perjuangan tanpa henti Malaysia bela nasib Palestin, bangunkan semula Gaza
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memainkan peranan penting dalam memperjuangkan Palestin di peringkat global.
![Iklan pakej haji furada: Agus Rizal diperintah bela diri Iklan pakej haji furada: Agus Rizal diperintah bela diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704781793_TBAgusRizaljpg.jpg)
Iklan pakej haji furada: Agus Rizal diperintah bela diri
Mahkamah Sesyen memerintahkan seorang pengarah agensi pelancongan membela diri atas satu pertuduhan mengiklankan perkhidmatan pakej haji furada tanpa lesen.